NEW
Font size
WorksheetsPerwarisan dihibrid
Total questions: 11
Worksheet time: 13mins
Rajah menunjukkan sepasang kromosom homolog dalam sel soma suatu tumbuhan pada peringkat profasa I.
Apakah genotip sel tersebut?
UuLl
ULul
UlLu
LUlu
Rajah menunjukkan kromosom homolog semasa proses meiosis. Lokasi alel untuk empat gen ditunjukkan. Pindah silang berlaku menghasilkan kombinasi alel yang baru. Antara berikut yang manakah BUKAN kombinasi alel yang baru?
Klmn
klMN
klmN
KLMN
Apakah jenis gamet yang boleh dihasilkan oleh pokok kacang pea heterozigot (RrYy) untuk bentuk biji dan warna biji?
Rr dan Yy
RY dan ry
Ry, Yy, RY dan ry
RY, Ry, rY dan ry
Rajah menunjukkan kacukan silang antara dua jenis tumbuhan kacang pea. Apakah genotip K, L dan M?
Rajah menunjukkan rajah skema bagi satu kacukan dihibrid. Nombor 1 hingga 16 mewakili genotip anak. Nombor manakah yang mempunyai genotip yang sama dengan induknya.
1, 6, 11, 16
6, 7, 10, 11
5, 6, 11, 12
4, 7, 10, 13
Antara berikut, yang manakah menunjukkan genotip bagi homozigot resesif?
bbgg
Bbgg
bbGg
BBGG
Maklumat berikut menunjukkan beberapa alel dalam manusia. Apakah kebarangkalian satu pasangan mendapat anak dengan genotip, FFhh, jika suami adalah homozigus dominan bagi kedua-dua trait manakala isterinya homozigus resesif bagi kedua-dua trait?
0%
25%
50%
100%
Jika anak generasi F1 dikacuk sesama sendiri, apakah kemungkinan untuk menghasilkan biji yang bulat dan hijau pada generasi F2.
1/16
3/16
6/16
9/16
Kacang homozigot biji kuning dan bulat dikacukkan dengan biji hijau berkedut. Biji bulat dominan kepada biji berkedut sementara biji kuning dominan kepada biji hijau. Hasil daripada generasi pertama (F1) kemudian dikacukkan dengan pokok lain yang homozigot resesif untuk kedua-dua ciri. Berapakah nisbah fenotip generasi kedua (F2)? (soalan susah ni gais pikir lama sikit)
semua kuning dan bulat
3 kuning bulat : 1 hijau berkedut
9 kuning bulat : 3 hijau bulat : 3 kuning berkedut : 1 hijau berkedut
1 kuning bulat : 1 hijau bulat : 1 kuning berkedut : 1 hijau berkedut
Maklumat yang berikut menunjukkan beberapa alel dalam manusia. Apakah kebarangkalian pasangan ini mendapat anak yang mempunyai iris berwarna biru dan berambut kerinting jika suami homozigous dominan untuk kedua-dua trait manakala isterinya homozigous resesif untuk kedua-dua trait?
0%
25%
50%
100%
Seorang saintis telah mengacukkan dua pokok kacang heterozigous untuk biji benih licin dan berwarna kuning. Hasil daripada kacukan ini, dia dapat 32 pokok yang berbenih kedut dan berwarna hijau. Jika alel licin dan kuning adalah dominan, berapakah pokok yang benih kedut dan kuning dihasilkan daripada kacukan ini. (pikir dulu gais, jgn main tekan je jawapan)
32
96
160
288
