Font size
WorksheetsPermulaan Karangan
Total questions: 7
Worksheet time: 13mins
Pilih teknik permulaan yang betul bagi contoh berikut
Pada suatu hari, Sang Kancil sedang menikmati udara nyaman sambil berjalan-jalan di dalam hutan. Sedang Sang Kancil berjalan, dia ternampak beberapa pohon buah-buahan di seberang sungai yang dipenuhi buaya.
Imbas kembali
Latar
Monolog
Dialog
Pilih teknik permulaan bagi contoh berikut:
Pakaian lama terpaksa dibuang. Carol mengeluarkan beberapa helai gaun. Matanya terlihat gaun merah yang sudah lama. Terdapat kesan jahitan di bahagian atas gaun itu. Carol tersenyum dan berkata pada dirinya, "aku tidak akan lupa peristiwa lucu yang berlaku tahun lepas itu."
Dialog
Monolog
Latar
Imbas kembali
Pilih teknik permulaan yang betul bagi contoh berikut
Cuaca pagi itu sangat cerah. Kumar dan Rahim sedang berbincang untuk acara esok sambil memakan di kantin. "Saya tidak ada pakaian tradisional untuk dipakai semasa sambutan Hari Keharmonian Kaum esok," kata Kumar. "Jangan risau, awak boleh meminjam baju kurung cekak musang saya," balas Rahim.
Monolog
Latar
Dialog
Imbas kembali
Pilih teknik permulaan yang betul bagi contoh berikut
Aku termenung di luar tingkap. Hujan turun dengan lebat sekali dan langit kelihatan gelap gelita. Sudah 2 tahun aku kehilangan ibuku. Hari ini hari lahirnya dan aku teringat tentang peristiwa yang berlaku dua tahun lalu.
Dialog
Latar
Imbas Kembali
Monolog
Pilih teknik permulaan yang betul bagi contoh berikut
"Dalam cuaca panas macam api ini, baik aku pakai sesuatu yang tipis dan selesa. Kemeja-T ini sangat sesuai," bisik Haris dalam hatinya.
Monolog
Dialog
Latar
Imbas kembali
Berikan satu cara lain untuk memulakan karangan naratif.
(a)
