wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji RBT

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan bahan bukan logam ?

a)

MDF

b)

Zink

c)

Keluli

d)

Kepingan Aluminium

2.

Bahan bukan logam ini digunakan secara meluas dalam penghasilan papan iklan, perabot dan plat nombor kenderaan. Apakah bahan yang dimaksudkan?

a)

PVC

b)

Papan lapis

c)

Perspeks

d)

PVC dan Perspeks

3.
Apakah dua alatan tangan yang digunakan dalam kerja seperti gambar di atas?
a)
Gergaji puting dan apit-G
b)
Gergaji tangan dan ragum meja
c)
Gergaji puting dan ragum meja
d)
Gergaji tangan dan apit-G
4.
Alatan seperti dalam gambar, diperolehi di dalam kotak kit model kereta. Manakah antara berikut bahan pengikat dan pencantum yang akan digunakan untuk memasang kit model kereta tersebut?
a)
paku
b)
bolt dan nat
c)
skru berkepala alur
d)
skru berkepala Phillips
5.

Apakah nama alatan di dalam gambar ini?

a)

Kunci allen

b)

Pemutar skru rata

c)

Pemutar skru philip

d)

Sepana hujung terbuka

6.
Manakah antara berikut bahan pengikat dan pencantum yang paling mudah boleh ditanggalkan semula?
a)
Paku panel
b)
Skru Philip
c)
Glu sentuh
d)
Paku kepala rata
7.
Haritas Sivam menggunakan sejenis alatan tangan untuk mencengkam dan memegang komponen gear yang kecil.   Apakah nama alatan tangan yang digunakan oleh Haritas Sivam? 
a)
Playar muncung tirus
b)
Pemutar skru mata rata
c)
Sepana hujung terbuka
d)
Pemutar skru mata Philip
8.

Sofian ingin menghasilkan projek berasaskan bahan logam dan bukan logam. Manakah antara bahan berikut yang boleh Sofian pilih ?

a)

keluli dan zink

b)

zink dan PVC

c)

PVC dan perspeks

d)

perspeks dan MDF

9.

Gambar di sebelah menunjukkan sistem asas elektromekanikal

a)

Motor dan gear

b)

Motor, gegancu dan rantai

c)

Motor dan takal

d)

Motor, takal, dan tali sawat

10.

Fungsi elemen mekanikal dalam sistem mekatronik ialah

a)

Sebagai sumber tenaga elektrik

b)

sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan kepada bentuk yang lain

c)

Merupakan susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik

d)

Menerima dan menukarkan isyarat input kepada isyarat elektrik

11.

Antara produk berikut, yang manakah tidak menggunakan sistem elektromekanikal?

a)

Basikal elektrik

b)

Kalkulator

c)

Mesin pengadun tepung

d)

Pengelap tingkap automatic

12.

Yang manakah bukan merupakan bentuk geometri?

a)
b)
c)
d)
13.

Elektromekanikal ialah gabungan di antara ____________ .

a)

bateri, suis dan wayar

b)

bateri dan suis

c)

elektrik dan elektronik

d)

elektrik, elektronik dan mekanikal.

14.
Apakah rujukan utama sepanjang masa membuat dan menyiapkan penghasilan projek reka cipta?
a)
Buku teks
b)
Buku aktiviti
c)
Buku peraturan bengkel
d)
Buku manual penghasilan projek
15.

Susun semula langkah penghasilan projek dibawah dengan urutan yang betul.


1-Menjanakan idea.

2-Menilai lakaran dan membuat penambahbaikan

3- Melakarkan Reka Bentuk

4-Membentangkan projek

5-Mengira kos bahan

6-Menghasilkan Reka bentuk

a)

1-2-3-4-5-6

b)

1-3-2-5-6-4

c)

6-5-4-3-2-1

d)

1-2-3-6-5-4

16.

Gambar berikut merupakan langkah pertama sebelum memulakan penghasilan projek. Apakah proses penghasilan projek yang telah dilakukan oleh Armand?

a)

Proses Lakaran

b)

Proses menghasilkan reka bentuk

c)

Proses menjana idea

d)

Proses pembentangan

17.

Mengapakah lakaran projek perlu dibuat dahulu sebelum memulakan projek yang sebenar?

a)

Menentukan reka bentuk projek yang dikehendaki

b)

Menentukan harga projek

c)

Mencantikkan projek

d)

Melengkapkan proses kerja

18.

Apakah fungsi kemasan pada projek?

a)

Memenuhi syarat penghasilan projek

b)

Memastikan projek berwarna-warni

c)

Mudah untuk dilihat waktu malam

d)

Memastikan projek lebih cantik, tahan lama dan menutup kecacatan.

19.

Mengapakah bahan logam zink perlu dilengkungkan pada bahagian penjuru?

a)

Mengelakkan kecederaan

b)

Memudahkan kemasan dibuat

c)

Memudahkan bahan dibentuk

d)

Mengelakkan bahan daripada berkarat

20.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya projek yang dibina tidak berfungsi semasa diuji?

a)

periksa litar

b)

periksa kemasan projek

c)

periksa penyambungan wayar dan cantuman bahan