WorksheetsPERANAN NABI MUHAMMAD PEMIMPIN AGUNG TAHUN 5
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pemimpin bermaksud...
Seseorang yang suka mengarahkan orang lain.
Individu yang bertanggungjawab menerajui sesuatu organisasi.
Antara berikut, yang manakah peranan nabi Muhammad sebagai pemimpin?
Nabi Muhammad sebagai pemimpin masyarakat
Nabi Muhammad sebagai ketua tentera
Nabi Muhammad sebagai ketua hakim
Nabi Muhammad sebagai perancang ekonomi negara
Nabi Muhammad sebagai pemimpin keluarga
Sebagai seorang pemimpin keluarga, Nabi Muhammad SAW merupakan seorang suami dan bapa yang ______________ dan adil.
pemarah
tidak bertanggungjawab
penyayang
Berikut adalah peranan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin masyarakat, KECUALI...
Menyatupadukan masyarakat pelbagai agama dan kaum.
Menyemai sikap hormat-menghormati antara anggota masyarakat.
Menyalahgunakan wang milik masyarakat.
Berganding bahu antara pemimpin dan rakyat.
Sebagai ketua tentera, Nabi Muhammad SAW...
memusnahkan harta benda awam.
merancang strategi peperangan.
menjaga adab-adab ketika berperang.
membunuh semua orang yang memusuhi Islam.
Sebagai ketua hakim, Nabi Muhammad SAW...
Menjadikan al-Quran dan petunjuk Allah sebagai asas menjatuhkan hukuman
Menjatuhkan hukuman sesuka hati.
Adil dan saksama serta berpendirian tegas.
Menjatuhkan hukuman berdasarkan bukti dan saksi tanpa pilih kasih.
Membebaskan rakan baik dan saudara-mara walaupun terbukti bersalah.
Berikut merupakan peranan Nabi Muhammad SAW sebagai perancang ekonomi negara, KECUALI...
menghapuskan dasar ekonomi jahiliah.
memungut zakat daripada mereka yang wajib mengeluarkannya.
mengagihkan zakat kepada yang layak.
menggunakan wang negara untuk kepentingan sendiri.
membasmi segala bentuk penindasan seperti riba'.
Pilih TIGA iktibar daripada keperibadian Nabi Muhammad sebagai pemimpin.
Mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Mengambil kesempatan atas kelemahan orang yang dipimpin.
Tegas dan adil dalam menyelesaikan masalah.
Menjalinkan hubungan baik dengan semua golongan termasuklah orang bukan Islam.
Menggunakan kekerasan dan paksaan untuk melaksanakan sesuatu.
Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad sebagai pemimpin agung?
Mengadakan mesyuarat bagi mendengar pandangan orang ramai dan memilih cadangan yang terbaik.
Tenang dan bijaksana dalam menghadapi masalah.
Tergopoh-gapah dalam membuat keputusan.
Sentiasa bermunajat memohon bantuan Allah.
Sebagai seorang ketua kelas, apakah yang kamu lakukan sekiranya dua rakan kamu sedang bergaduh?
Berusaha menghentikan pergaduhan.
Bertindak menyokong salah seorang rakan yang terlibat.
Turut sama menyertai pergaduhan
