WorksheetsPSV T1: Ulangkaji Tajuk 14 & 15
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Apakah yang dimaksudkan dengan irama dan pergerakan dalam karya seni visual?
Hasil karya yang seimbang
Nilai ton warna yang berubah-ubah
Kepelbagaian unsur seni dan prinsip rekaan dalam karya
Kesan pergerakan yang wujud daripada pengulangan visual
Manakah pernyataan yang BETUL tentang fungsi prinsip irama dan pergerakan?
Menjadikan pergerakan kelihatan tidak tersusun atau sekata
Menjadikan karya seni lebih realistik
Memberikan kesan statik pada rupa
Menimbulkan kebosanan
Irama merujuk kepada unsur-unsur seni yang berulang-ulang untuk menghasilkan .................
pergerakan
perjalanan
perubahan
pemandangan
Rekaan tangga yang ........................ memberikan kesan pergerakan.
berputar
berpusing
berulang
berterusan
Manakah antara berikut merupakan jenis irama?
Irama rawak
Irama teratur
Irama selingan
Irama bersimpang siur
Mengapakah aksi dalam komik menggunakan banyak prinsip irama dan pergerakan?
Memudahkan jalan cerita
Menonjolkan watak utama
Memaparkan prinsip kepelbagaian
Meninggalkan kesan aksi yang lebih mendalam
_________________ ialah judul dan fokus sesuatu karya untuk menggambarkan mesej yang ingin disampaikan.
Makna
Mesej
Tajuk
Tujuan
__________ ialah makna atau maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam sesebuah karya.
Mesej
Tajuk
Judul
Tujuan
Terdapat dua jenis teknik yang digunakan untuk mencipta sesuatu hasil seni iaitu:
Teknik Tradisional & Teknik Kepelbagaian
Teknik Kepelbagaian & Teknik Kontemporari
Teknik Konvensional & Teknik Kontemporari
Teknik Tradisional & Konvensional
Apakah tiga komponen dalam proses pembentukan karya seni visual?
Hal benda, bentuk dan kandungan
Hal benda, kandungan dan teknik
Bentuk, teknik dan kandungan
Hal benda, bentuk dan teknik
Proses yang tidak terikat dengan kaedah tradisi dan lebih kreatif serta inovatif.
Teknik kepelbagaian
Teknik kontemporari
Teknik konvensional
Teknik tradisional
Apakah hal benda yang dipaparkan dalam karya seni berikut?
Figura perwira-perwira askar Melayu
Penggunaan media cat minyak
Pertempuran di lereng bukit Pasir Panjang
Karya seni visual berikut memaparkan imej ayam berlaga. Pada pandangan anda, apakah tema yang diketengahkan dalam karya ini?
Tema kemasyarakatan
Tema kemanusiaan
Tema peperangan
Tema kesihatan
Apakah teknik konvensional?
Terikat dengan proses atau cara tradisi
Tidak terikat dengan proses atau cara tradisi
Kreatif dan inovatif
Moden dan terkini
Penyampaian mesej pada suatu karya dikenali sebagai..
penyampai mesej
pencerita
tajuk
maksud
Pilih satu tajuk yang boleh diberikan untuk karya yang ditunjukkan dalam gambar rajah.
Kampung halaman
Pesawah bijak
Beli belah di kampung
Musim panas di Malaysia
Apakah tajuk yang paling sesuai untuk karya yang ditunjukkan?
Si Monyet yang Cerdik
Monyet dan Buaya
Tiga Sahabat Baik
Kisah Haiwan Comel
Manakah antara poster berikut yang lebih bertemakan kemasyarakatan?
Ombak menunjukkan pergerakan melalui olahan garisan melengkung dan beralun yang berulang.
Betul
Salah
Irama merujuk kepada unsur seni yang berulang-ulang untuk menghasilkan pergerakan.
Betul
Salah
