Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Perempuan itu __________ malu apabila ditegur oleh Abang Remy.

a)

ditarik-tarik

b)

tersipu-sipu

c)

berdua-dua

2.

Pak Razak menternak beberapa puluh ekor kambing __________ di ladang ternakannya.

a)

lembu-lembu

b)

kura-kura

c)

biri-biri

3.

Rambut adik __________ selepas bangun dari tidur.

a)

serbah-sebih

b)

kusut-masai

c)

comot-momot

4.

Ayah memasang __________ yang baharu di dalam bilik abang.

a)

rerambut

b)

peparu

c)

lelangit

5.

Mak Cik Senah menjemur ikan-ikan masin buatannya di atas __________.

a)

rerumput

b)

tetulang

c)

pepara

6.

Perniagaan Encik Zahiruddin mengalami kerugian yang teruk kerana masalah __________nya yang tidak berbayar.

a)

senang-lenang

b)

hutang-piutang

c)

gegak-gempita

7.

Mak Cik Munah menjual __________ yang sedap di restoran yang terkenal.

a)

sayur-mayur

b)

segar-bugar

c)

kuih-muih

8.

Adik menangis __________ kerana jarinya luka terkena sebilah pisau yang tajam sungguh.

a)

teresak-esak

b)

terbatuk-batuk

c)

tersedak-sedak

9.

Petani itu mencacakkan __________ di tengah-tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

gambar-gambar

b)

patung-patung

c)

orang-orang

10.

Anak lelaki Puan Lela memang __________ menyebabkan dia menjadi tidak berdisiplin.

a)

didodoi-dodoikan

b)

dimanja-manjakan

c)

ditinggi-tinggikan

11.

Sufian akan menonton televisyen __________ lamanya jika berada di rumah.

a)

berjam-jam

b)

sehabis-habis

c)

tergesa-gesa

12.

Perahu yang sarat dengan penumpang itu __________ dipukul ombak.

a)

terkapai-kapai

b)

terhuyung-hayang

c)

terumbang-ambing

13.

Guru-guru haruslah menggalakkan anak muridnya supaya __________ mencari ilmu pengetahuan agar senang pada kemudian hari.

a)

berlumba-lumba

b)

berkejar-kejar

c)

berdikit-dikit

14.

Nazura kelihatan __________ apabila dia menaiki tangga bangunan empat tingkat itu.

a)

terkial-kial

b)

tergagap-gagap

c)

tercungap-cungap

15.

Anak kucing itu lari __________ apabila dikejar oleh anjing liar itu.

a)

ulang-alik

b)

lama-lama

c)

lintang-pukang