WorksheetsUlang kaji Peribahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Kamal tidak memandang rendah dengan budak pendiam itu yang sebenarnya handal dalam ilmu persilatan, kerana dia tahu
air susu dibalas dengan air tuba
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Walaupun baru beberapa bulan Farez bekerja di syarikat swasta itu, namun dia sudah dinaikkan pangkat oleh majikannya sebagai timbalan pengurus. Inilah yang dikatakan
yang tegak disokong, yang rebah ditindih
yang itu ombak, ombak juga; yang itu air, air juga
yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Dalam diam-diam, Hartini telah berjaya mencipta mesin pencetak untuk memudahkan pekerja-pekerja mencetak dokumen. Begitulah kata orang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
bernasi di balik kerak
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
"Kamu haruslah memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Naim terhadap kamu, kerana dia sudah menginsafi perbuatannya dan berasa kesal," kata Mak Timah kepada anak lelakinya. Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa
bumi mana yang tidak ditimpa hujan
ke hulu menongkah surut, ke hilir menongkah pasang
setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga
ayam tak patuk, itik tak sudu
Bernice tidak akan mudah terpedaya dengan hadiah misteri yang ditawarkan oleh kedai emas itu kepadanya kerana dia pernah ditipu sebelum ini. Keadaan ini samalah seperti
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
sudah terhantuk baru tergadah
sambil menyelam minum air
Sebelum terjadi sesuatu perkara, kita perlu membuat persediaan yang lebih awal. Hal ini menunjukkan kita seorang yang bersikap
sediakan payung sebelum hujan
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
berakit-rakit ke hulu, berenang-berenang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
biar lambat asal selamat
Peribahasa yang bermaksud walaupun tempat orang lebih baik, adalah lebih baik jika berada di tempat sendiri ialah
ada gula, ada semut
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri
setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak
Walaupun Zaidi lemah dalam pelajaran, tetapi berkat kesungguhannya mengulang kaji pelajaran membolehkannya memperoleh keputusan yang cemerlang pada akhirnya. Hal ini kerana
belakang parang sekalipun, jika diasah nescaya akan tajam juga
bagaimana acuan begitulah kuihnya
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
tanam tebu di bibir mulut
Pertelingkahan antara Jian dengan abangnya Nelson tidak berpanjangan apabila mereka saling bermaafan. Peribahasa yang sesuai dengan kisah tersebut ialah
bagaimana acuan begitulah kuihnya
lembu punya susu, sapi dapat nama
carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga
nyiru setandan, tetapi berlainan jadinya
Semua orang suka bergaul dengan Zainal kerana dia sentiasa menunaikan janji yang dibuatnya. Sikap Zainal dikatakan
terkilas ikan di air, sudah tahu jantan betina
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya
kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
tanam tebu di bibir mulut
Setiap kali Sandy pulang dari Kempen Motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah, dia begitu bersemangat untuk belajar. Tetapi, lama-kelamaan sikap malasnya muncul kembali. Sikap Sandy ini diibaratkan
indah khabar dari rupa
hangat-hangat tahi ayam
alang-alang mandi biar basah
alah bisa tegal biasa
"Tidak ada gunanya kamu menyesali perbuatanmu itu kerana __________________ ," kata Pak Halim kepada anaknya.
nasi sudah menjadi bubur
sekali air bah, sekali pasir berubah
sambil menyelam minum air
sediakan payung sebelum hujan
Apabila sudah mendapat sesuatu yang baharu, yang lama akan dibuang atau diketepikan. Peribahasa yang sesuai dengan ayat ini ialah
sudah jatuh ditimpa tangga
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
tepuk dada tanya selera
"Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan diri," pesan Mak Leha kepada anaknya. Peribahasa yang sesuai dengan nasihat tersebut ialah
tepuk sebelah tangan tidak berbunyi
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
ukur baju di badan sendiri
lain di mulut, lain di hati
Perajurit itu sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan negara kerana bagi dirinya ___________.
biar titik jangan tumpah
biar berputih tulang jangan berputih mata
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
air dicencang tidak putus
