Font size
WorksheetsF4 BAB 6 ASID, BES DAN GARAM
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Asid fosforik ialah asid lemah yang
mempunyai nilai pH 1.0
tidak boleh meneutralkan larutan alkali
menukarkan kertas litmus merah kepada biru
mengion separa di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen
Persamaan kimia yang manakah mewakili suatu tindak balas peneutralan?
Mg + H2SO4 → MgSO4 + H2
ZnCl2 + 2HNO3 → Zn(NO3)2 + 2HCl
2HCl + CaCO3 → CaCl2 + CO2 + H2O
NaOH + CH3COOH → CH3COONa + H2O
Ion apakah yang menentukan sifat keasidan sesuatu larutan?
Ion OH-
Ion SO42-
Ion H+
Ion NO3-
Ciri-ciri asid kuat ialah
I. Kepekatan ion H+ tinggi
II. Penceraian tidak lengkap apabila dilarutkan dalam air
III. Kepekatan ion OH- tinggi
IV. Penceraian lengkap apabila dilarutkan dalam air
I dan II sahaja
II dan III sahaja
I dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Unit kepekatan yang biasanya digunakan ialah
g dm-3 atau molar
mol gdm-3 atau molar
mol kgdm-3 atau molar
mol dm-3 atau molar
Hitungkan isi padu larutan natrium karbonat, Na2CO3 2.0 mol dm-3 yang diperlukan untuk menyediakan 50 cm3 larutan natrium karbonat, Na2CO3 1.5 mol dm-3 .
[1 cm3 = 0.001 dm3]
37.0 cm3
37.5 cm3
40.0 cm3
40.5 cm3
Antara sebatian berikut, yang manakah garam tak terlarutkan?
Zink klorida
Aluminium klorida
Natrium klorida
Argentum klorida
Bahan manakah adalah satu asid diprotic?
Which substance is a diprotic acid?
Asid sulfurik
Sulphuric acid
Asid etanoik
Ethanoic acid
Asid fosforik
Phosphoric acid
Asid hidroklorik
Hydrochloric acid
Zink oksida bertindak balas dengan asid nitrik menghasilkan garam dan air. Apakah garam tersebut?
Zink nitrat
Nitrogen dioksida
Zink nitrit
Nitrogen
Antara sebatian berikut, yang manakah merupakan garam terlarutkan?
Barium sulfat
Magnesium nitrat
Kalsium karbonat
Argentum klorida
Ammonium klorida
Kertas litmus merah akan bertukar menjadi biru apabila diletakkan atas ketulan sabun kerana kehadiran
ion hidroksida
ion hidrogen
ion natrium
ion klorida
Mengapakah asid etanoik glasial tidak boleh menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah?
asid etanoik glasial adalah asid lemah
asid etanoik glasial adalah monoprotik asid
asid etanoik glasial hanya mengion separa
asid etanoik glasial berbentuk molekul tiada ion hidrogen bergerak bebas.
Rajah di atas menunjukkan penyediaan garam. Antara berikut, garam manakah sesuai dihasilkan menggunakan kaedah penyediaan seperti dalam rajah?
Natrium sulfat
Zink sulfat
Kalsium sulfat
Barium sulfat
Rajah menunjukkan salah satu prosedur penyediaan garam. Apakah nama tindak balas yang ditunjukkan dalam rajah?
Peneutralan
Pentitratan
Penambahan pepejal berlebihan terhadap asid
Penguraian ganda dua
Mengapakah serbuk kuprum(II) oksida perlu ditambah secara berlebihan kepada asid nitrik semasa penyediaan garam kuprum(II) nitrat?
Untuk menghasilkan larutan tepu
Untuk menghasilkan garam kuprum(II) nitrat
Untuk menghasilkan hablur garam kuprum(II) nitrat
Untuk memastikan semua asid nitrik telah bertindak balas dengan lengkap
