WorksheetsNutrisi dan sistem pencernaan manusia
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah fungsi salur pencernaan?
Mengangkut darah kepada semua bahagian dalam badan
Mencerna dan menyerap nutrien dari makanan yang diambil
Untuk mengawal suhu dalaman badan
Mengkoordinasi tindakan terkawal dan tidak terkawal dalam badan
Antara yang berikut, yang manakah tidak menghasilkan enzim-enzim yang diperlukan untuk pencernaan?
Perut
Usus kecil
Pankreas
Pundi hempedu
Antara yang berikut, yang manakah akan dicerna oleh enzim dalam air liur?
Maltosa
Kanji
Protein
Lipid
Sel-sel epitelium di permukaan dalam dinding perut terdiri daripada?
Sel utama yang merembeskan pepsinogen
Sel parietal yang merembeskan asid hidroklorik
Sel mukus yang merembeskan mukus
Sel otot yang merembeskan asid
Fungsi asid hidroklorik adalah untuk...
menyediakan medium pH berasid untuk tindakan enzim pepsin
membunuh bakteria dalam makanan
menghentikan tindakan enzim air liur
menyediakan medium berasid untuk tindakan enzim renin
Pankreas merembeskan enzim ....................., .................. dan .................. ke dalam duodenum melalui duktus pankreas.
amilase pankreas, maltase. sukrase
amilase pankreas, tripsin, lipase
amilase air liur, tripsin, lipase
tripsin, lipase, erepsin
Pencernaan kanji bermula di .................. dan berakhir di ................. .
Pencernaan protein bermula di ................ dan berakhir di ................. .
mulut, perut,
perut, dubur
mulut, ileum usus kecil
perut, ileum usus kecil
pankreas, duodenum
mulut, duodenum
mulut, ileum usus kecil
mulut, ileum usus kecil
Antara A, B, C dan D yang manakah merupakan tempat berlakunya penyerapan makanan tercerna?
A
B
C
D
Bahagian manakah mempunyai medium berasid?
P
Q
R
S
Pilih pernyataan yang menerangkan tentang vilus.
Lapisan epitelium vilus setebal satu sel untuk mempercepat penyerapan nutrien.
Terdapat banyak jaringan kapilari darah memudahkan pengangkutan hasil pencernaan ke seluruh badan.
sel goblet merembes mukus yang membantu pencernaan
Lakteal mengangkut titisan asid lemak dan gliserol
Kapilari-kapilari darah di usus kecil bergabung membentuk (a) .
Lakteal-lakteal di usus kecil bergabung membentuk salur limfa yang lebih besar dalam rangkaian sistem limfa. Kandungan salur limfa akan memasuki (a) yang kemudian mengalir ke dalam vena subklavikel kiri.
Ke arah manakah darah dalam vena portal hepar mengalir?
Dari hati ke pankreas
Dari hati ke jantung
Dari usus kecil ke hati
Dari usus kecil ke pankreas
-Proses penggunaan nutrien untuk membentuk sebatian kompleks.
Apakah proses tersebut?
Asimilasi
Penyerapan
Deaminasi
Penyahtinjaan
Antara berikut, yang manakah bukan fungsi hati?
Membentuk urea
Menghasilkan hempedu
Merembeskan enzim pencernaan
Mengubah toksin kepada bahan bukan toksin
Antara yang berikut, yang manakah ialah proses utama yang berlaku di dalam kolon manusia?
Penyerapan air
Penyerapan hasil pencernaan
Pencernaan selulosa
Pencernaan protein
Seorang pesakit di hospital telah dikeluarkan pundi hempedunya dan memerlukan menu yang khusus. Menu yang manakah sesuai untuk pesakit tersebut?
Daging ayam yang direbus tanpa kulit dan oren segar
Isi ikan goreng dalam sos keju dan salad hijau
Isi ikan goreng dan kentang rebus
Sosej ayam dan kek berkrim
Fungsi serat ialah...
merangsang peristalsis
menyerap dan menyingkirkan bahan toksik
meningkatkan populasi bakteria berfaedah dalam usus besar
menyerap sel-sel mati
(a) menghidrolisis maltosa kepada glukosa
Enzim erepsin menghidrolisis peptida kepada ______________
polipeptida
pepton
asid amino
Antara berikut, yang manakah bertindak secara berkesan dalam medium berasid?
Pepsin
Amilase liur
Amilase pankreas
Maltase
Antara vitamin berikut, yang manakah tidak terdapat dalam lakteal?
Vitamin A
Vitamin B
Vitamin D
Vitamin K
Antara yang berikut, yang manakah fungsi glukosa yang diasimilasikan oleh sel?
Penghasilan enzim
Penghasilan tenaga
Membaiki tisu yang rosak
Pembentukan membran plasma
Rajah 2 menunjukkan organ-organ dalam sistem pencernaan manusia.
Namakan enzim yang dihasilkan oleh organ di atas yang terlibat dalam pencernaan lipid.
Amilase
Pepsin
Lipase
Tripsin
Antara yang berikut, persamaan manakah yang mewakili tindak balas yang berlaku dalam duodenum?
Kanji + Air -> Maltosa
Protein + Air -> Polipeptida
Maltosa + Air -> Glukosa
Lipid + Air -> Asid lemak dan gliserol
Rajah di bawah menunjukkan keratan memanjang struktur vilus.
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang kandungan nutrien dalam salur Y?
Mengandungi kandungan asid amino yang tinggi
Mengandungi kandungan titisan lemak yang tinggi
Mengandungi kandungan titisan lemak yang rendah
Mengandungi kandungan glukosa yang tinggi
Rajah di atas menunjukkan sebahagian organ dalam sistem pencernaan manusia.
Apakah yang berlaku sekiranya organ di atas gagal berfungsi?
I Toksin tidak dapat disingkirkan
II Pendeaminan tidak berlaku
III Glukosa berlebihan tidak dapat ditukarkan kepada kanji
IV Glukagon tidak dapat dihasilkan
I & II
I & III
II & III
III & IV
Pernyataan berikut merujuk kepada salah satu isu kesihatan yang berkaitan dengan pemakanan manusia.
Keradangan pada lapisan epitelium perut disebabkan oleh tindakan asid hidroklorik yang menghakis dinding perut.
Apakah isu kesihatan tersebut?
Distrofi otot
Gastritis
Anoreksia nervosa
Refluks asid
Apakah nama proses ini?
Lumpuh
Hidrolisis
Peristalsis
Penyerapan
Antara berikut, yang manakah fungsi usus besar?
I. Tapak Penularan
II. Penyerapan air dan vitamin
III. Pembentukan Najis
IV. Habitat untuk bakteria
I, II dan III
I dan IV
II, III dan IV
II dan III
