NEW
Font size
WorksheetsKhutbah terakhir. Sirah tahun 6.
Total questions: 13
Worksheet time: 13mins
Khutbah terakhir Nabi Muhammad di padang Arafah berlaku di dalam peristiwa........
Pembukaan kota Mekah
Perjanjian Hudaibiyah
Hajjatul Wada'
Hijrah
Nabi Muhammad telah menyampaikan khutbah terakhir kepada ribuan muslimin yang mengerjakan Haji ketika melaksanakan ........
ibadat Tawaf di masjidil Haram
ibadat Wuquf di Arafah
ibadat solat Jumaat
Ibadat solat Aidil Adha
Dalam peristiwa Hajjatul Wada', Nabi Muhammad mengajar orang-orang Islam cara melaksanakan ibadat.......
Zakat
Puasa
Solat
Haji
Di dalam Khutbah terakhir Nabi Muhammad, baginda mengingatkan tanggungjawab ........
mengeratkan persaudaraan sesama Islam.
merenggangkan perhubungan sesama Islam.
permusuhan sesama Islam.
balas dendam terhadap kejahatan orang kafir.
Umat Islam hendaklah...................amalan Jahiliyah dalam masyarakat Islam seperti mementingkan perkauman dan kabilah.
mementingkan
mengamalkan
menghapuskan
mengutamakan
Umat Islam hendaklah bersikap dan berlaku baik kepada orang perempuan serta ...............
berlaku zalim kepada kaum wanita.
menindas kaum wanita.
mengabaikan hak kepada kaum wanita.
menunaikan hak kepada kaum wanita.
Umat Islam hendaklah menjadikan .............................sebagai pegangan dan panduan hidup di dunia.
budaya dan adat istiadat
Al Quran dan As Sunnah
Taurat dan Injil
harta dan pangkat
Apakah itu As Sunnah?
Firman Allah
Hadis Nabi
kata ulamak
kata imam
Umat Islam Wajib mentaati pemimpin selagi............
pemimpin menyuruh melakukan dosa.
melanggar hukum Syarak.
tidak melanggar hukum Syarak.
bertentangan dengan hukum Syarak.
Nabi Muhammad mengingatkan umat Islam supaya ...........................
melaksanakan Riba
mengamalkan Riba
mendekati Riba
menjauhi Riba
Manakah antara berikut merupakan pesanan Nabi s.a.w. dalam khutbahnya?
Makanlah Riba'.
Mendirikan Solat, Puasa, Zakat dan Haji.
Wajib taati pemimpin sehingga melanggar hukum Syarak.
Amalkan budaya mementingkan perkauman dan kabilah.
Apakah iktibar dari peristiwa Hajjatul Wada' ?
Sentiasa mengasihi dan mencontohi Nabi Muhammad.
Umat Islam mesti bersatu pada dalam keadaan baik atau jahat.
Hendaklah bersungguh-sungguh bekerja walaupun tertinggal solat.
Mengamalkan Riba di dalam kehidupan.
Kita hendaklah ...............menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad dan kaum muslimin.
lalai dan leka
sambil lewa
bermalas-malas
bersungguh-sungguh
