wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulang Kaji Bahasa Melayu STPM

Total questions: 200

Worksheet time: 3hrs 5mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar tentang klausa?

a)

Unsur bahasa yang paling kecil

b)

Sesetengahnya mengandungi subjek dan predikat

c)

Tidak dapat berfungsi sebagai ayat

d)

Terdiri daripada ayat penyata sahaja

2.

Mereka kesiangan kerana tidur lewat malam tadi.


Berdasarkan ayat di atas, klausa tak bebas ialah

a)

Mereka kesiangan

b)

tidur lewat malam tadi

c)

Mereka kesiangan kerana tidur lewat

d)

kerana tidur lewat malam tadi

3.

Oleh sebab mereka terlalu penat, semua peserta itu tidak dapat menghabiskan larian.


Yang manakah klausa utama dalam ayat di atas?

a)

mereka terlalu penat

b)

Oleh sebab mereka terlalu penat

c)

semua peserta itu tidak dapat menghabiskan larian

d)

semua peserta itu terlalu penat

4.

Apakah maksud "klausa bebas"?

a)

Klausa yang dapat berfungsi sebagai ayat

b)

Klausa yang memerlukan klausa lain

c)

Klausa yang ditambahkan sebagai keterangan

d)

Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri

5.

Yang manakah ciri klausa tak bebas?

a)

Mengandungi subjek dan predikat

b)

Tidak dapat diujarkan dengan intonasi yang sempurna

c)

Dapat membawa makna secara sendiri

d)

Hadir sebelum klausa bebas dalam ayat susunan biasa

6.

Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas itu dikenali juga sebagai

a)

klausa kecil

b)

klausa utama

c)

klausa keterangan

d)

klausa komplemen

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan klausa bebas?

a)

baru sampai di situ

b)

kerana bertolak lewat

c)

dia baru sampai di situ

d)

baru sampai di situ kerana bertolak lewat

8.

Ayat yang manakah mengandungi klausa tak bebas yang berfungsi sebagai subjek?

a)

Kami belum makan kerana masih kenyang.

b)

Yang sudah terjadi biarkanlah berlalu.

c)

Adiknya menyatakan bahawa ibunya sedang sakit.

d)

Mereka bertegas bahawa mereka tidak bersalah.

9.

Dalam ayat yang berikut, semua klausa tak bebas berfungsi sebagai keterangan, KECUALI

a)

Dia sangat takut kerana telah melakukan kesilapan.

b)

Mereka masih menunggu kalau-kalau dia dapat datang.

c)

Dua beradik itu kebingungan oleh sebab tidak memahami hal yang berlaku.

d)

Beberapa pihak mencadangkan supaya mereka menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

10.

Yang manakah ayat yang mengandungi klausa sebagai objek?

a)

Yang berdiri itu bakal isterinya.

b)

Dia membertahu bahawa keadaan terkawal.

c)

Bangunan yang terletak di tebing sungai itu runtuh.

d)

Mereka bercadang untuk memulakan syarikat baharu.

11.

Ayat yang manakah yang mengandungi dua klausa bebas?

a)

Hasnah tidak datang kerana masih demam.

b)

Mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.

c)

Adiknya sangat peramah tetapi abangnya suka bersendiri.

d)

Dia berharap agar keadaan sedemikian tidak berulang lagi.

12.

Untuk kami menyelesaikan hal itu tidaklah mudah.


Apakah fungsi klausa dalam ayat di atas?

a)

Pelengkap

b)

Penerang

c)

Predikat

d)

Subjek

13.

Yang manakah ciri klausa?

a)

Mempunyai intonasi

b)

Ada yang boleh berdiri sendiri

c)

Tidak berpotensi untuk menjadi ayat

d)

Menduduki tempat teratas dalam hierarki tatabahasa

14.

Apakah persamaan antara klausa dengan ayat?

a)

Kedua-dunaya mempunyai intonasi.

b)

Kedua-duanya terdiri daripada klausa bebas.

c)

Kedua-duanya mempunyai subjek dan predikat.

d)

Kedua-duanya diberikan noktah dalam penulisan.

15.

Yang manakah termasuk dalam kategori klausa bebas?

a)

Klausa kecil

b)

Klausa utama

c)

Klausa komplemen

d)

Klausa keterangan

16.

Yang berikut merupakan bidang morfologi, kecuali

a)

A mengkaji morfem dan kata

b)

B mengkaji pembentukan kata

c)

C mengkaji bunyi dan makna kata

d)

D mengkaji bentuk, struktur dan golongan kata

17.

Yang manakah contoh yang betul bagi morfem terikat satuan, morfem terikat terbahagi, dan morfem terikat kompleks?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

18.

Perkataan manakah yang menggunakan alomorf yang betul bagi morfem { meN - …} ?

I Mempastikan

II Menseimbangkan

III Mengeritingkan

IV Menyasarkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Yang manakah padanan yang betul antara kata ganti nama X, Y, dan Z dengan contohnya?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

20.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya menggunakan imbuhan yang berfungsi sebagai pengubah golongan kata?

a)

A Kegagahan, mewarnai

b)

B Meneliti, berlari

c)

C Bergelumang, berbedak

d)

D Menyendiri, perumahan

21.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

22.

Yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif berpenerang?

I Razali berkasut kulit pagi itu.

II Air sungai itu kini beransur surut.

III Lazimnya, beliau bertali leher ke pejabat.

IV Wajah pesakit itu kelihatan bertambah cengkung.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

23.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

24.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

25.

Dia mesti sudah mahir sangat dalam permainan itu.

__________________________________________________

Jenis kata tugas yang manakah yang tidak terdapat dalam ayat di atas?

a)

A Kata bantu aspek

b)

B Kata bantu ragam

c)

C Kata penguat bebas

d)

D Kata penguat belakang

26.
a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

27.

Semua yang berikut ini termasuk dalam kajian morfologi, kecuali

a)

A bentuk kata

b)

B struktur kata

c)

C golongan kata

d)

D perbendaharaan kata

28.

Perkataan yang manakah mengandungi kata dasar yang terdiri daripada kata terbitan?

a)

A Sinambung

b)

B Pesuruhjaya

c)

C Kegemilangan

d)

D Memperkasakan

29.

Yang manakah perkataan yang mempunyai sisipan kata nama?

I jelajah

II geletar

III telunjuk

IV kelangkang

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

30.

Tendangan pemain itu telah tersasar daripada pintu gol pasukan lawan.

________________________

Kata kerja yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah kata kerja

a)

A tak transitif tanpa pelengkap

b)

B tak transitif berpelengkap

c)

C transitif pasif

d)

D transitif aktif

31.

Tanam tebu beruas-ruas,

Tanam dari tepi telaga,

Lautan lebar bukankah luas,

Kenapa kapal selalu berlaga?

--------------

Perkataan yang berhuruf condong dalam pantun di atas ialah kata adjektif

a)

A sifat

b)

B ukuran

c)

C bentuk

d)

D keadaan

32.

Kanak-kanak itu sangat rindu akan neneknya di kampung.

---------------

Perkataan akan dalam ayat di atas termasuk dalam golongan

a)

A kata bantu aspek

b)

B kata bantu ragam

c)

C kata sendi nama

d)

D kata penguat belakang

33.

Pilih ayat-ayat yang mempunyai kata kerja transtif aktif dengan dua objek.

I Dia menghidangkan adiknya nasi ayam kukus.

II Hamid menyiapkan kerja rumah Matematik di sekolah. III Cikgu Melati menghadiahinya buku rujukan sebagai insentif.

IV Mereka membawa pelancong Amerika itu ke bilik pameran kraf tempatan.

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan I

34.

[ Kata bantu aspek + kata penguat +

kata adjektif ]

Yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa seperti di atas?

a)

A Mesin jahit di rumah Mak Minah sudah terlalu uzur.

b)

B Tindakannya itu amat membanggakan keluarganya.

c)

C Kehidupan di luar negara memang sungguh indah.

d)

D Buah durian di dusun itu masih belum masak

35.

Jenis susunan konstituen ayat terdiri daripada


I Susunan biasa

II Susunan aktif

III Susunan pasif

IV Susunan songsang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Ayat susunan songsang terdiri daripada jenis


I songsang seluruh subjek

II songsang seluruh predikat

III songsang sebahagian daripada subjek

IV songsang sebahagian daripada predikat

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

37.

Ayat yang manakah bersusunan biasa?

a)

Bersawah padi sudah tidak digemari anak-anak muda.

b)

Sudah bertahun-tahun kami tidak menziarahi keluarga di kampung.

c)

Perjanjian tersebut dibatalkan kerana kedua-dua pihak tidak berpuas hati.

d)

Sangat gembira Johari dan Nathan kerana dapat bertemu semula setelah 30 tahun berpisah.

38.

Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai frasa keterangan?

a)

Dari seberang laut barang itu agaknya.

b)

Masih ada pada saya buku karangan itu.

c)

Pada waktu lapang abang suka melukis pemandangan.

d)

Masih bersedih keluarga nahas pesawat itu sejak semalam.

39.

Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan kata kerja dengan objek?


I Menangis dia semalam kerana dimarahi ibu.

II Menyihatkan badannya, program yang disertainya itu.

III Menyusuri pantai perahu-perahu nelayan kampung itu.

IV Menjadi genting perselisihan kedua-dua orang rakan itu.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Ayat yang manakah yang terdiri daripada ayat susunan songsang?

a)

Adik membacakan nenek surat itu.

b)

Rumah penginapan itu telah kami uruskan.

c)

Pemuda itu telah mendapat rawatan di klinik.

d)

Sebelum meneruskan perjalanan, kami makan di gerai itu.

41.

Ayat yang manakah BUKAN ayat susunan songsang?

a)

Bilakah pelancong dari Jepun akan sampai?

b)

Rajin sungguh pembantu rumah Hajah Sepiah itu.

c)

Adik bongsunya penulis novel remaja yang popular.

d)

Pada bulan hadapan, majikan mereka akan menghadiri kursus.

42.

Yang manakah ayat susunan biasa?

a)

Kematian anak bongsu wanita itu.

b)

Memang tertutup pintu itu sejak tadi.

c)

Semalam remaja itu kena saman di Paka.

d)

Hasrat ibu untuk ke Mekah tertunai juga akhirnya.

43.

Ayat yang manakah yang merupakan ayat susunan songsang sebahagian daripada predikat?

a)

Telah berkahwin pada tahun lalu atlet terkenal itu.

b)

Atlet terkenal itu telah berkahwin pada tahun lalu.

c)

Pada tahun lalu atlet terkenal itu telah berkahwin.

d)

Pada tahun lalu telah berkahwin atlet terkenal itu,

44.

Yang manakah ayat susunan songsang?


I Nama kakak sulung awak siapa?

II Saya tendang bola itu sekuat hati.

III Orang muda itukah pengurus syarikat itu?

IV Budak itu sedang duduk di belakang saya.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

45.

Ayat yang manakah BUKAN ayat yang mengalami proses pendepanan sebahagian daripada predikat?


I Sudah basi gulai ikan patin itu.

II Dengan kayu dia menongkat basikalnya.

III Masih belum berbuah lagi pokok mangga itu.

IV Kena pukul pekerja itu di tapak pembinaan semalam.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

46.

Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan kata bantu dengan kata adjektif?

a)

Belum bertunang lagi dua sejoli itu.

b)

Sudah besar anak teruna Puan Hasmah.

c)

Akan berkunjung ke sini pembantu menteri itu.

d)

Masih tenggelam kampung yang dilanda banjir besar itu.

47.

Ayat yang manakah yang merupakan ayat aktif transitif yang bersusunan songsang?

a)

Sudah menguning padi malinja di sawah datuk.

b)

Melompat-lompat budak-budak itu mendapat cokelat.

c)

Menanam kacang panjang Pak Mahat di belakang rumah.

d)

Membesar dengan cepatnya pokok yang ditanam di tepi longkang itu.

48.

Yang manakah ayat pasif yang bersusunan songsang?

a)

Belum berbasuh lagi baju batik ayah.

b)

Kucing yang manja itu dikejar anjing liar.

c)

Berdebar-debar dadanya menunggu keputusan STPM.

d)

Bakul yang berisi buah durian itu telah saya simpan di dalam stor.

49.

Predikat (FS) + Subjek (FN) + Predikat (Keterangan)


Struktur di atas digunakan untuk membina ayat

a)

susunan biasa

b)

susunan songsang seluruh predikat

c)

susunan biasa dan susunan songsang

d)

susunan songsang sebahagian daripada predikat

50.

Ayat yang manakah yang mengalami pendepanan kata bantu dengan kata adjektif?

a)

Sungguh besar rumah orang kaya itu.

b)

Masih sihat pengetua sekolah kami dahulu.

c)

Rajin murid kelas itu ketika hendak menghadapi ujian.

d)

Amat merdu sekali penyanyi itu mengalunkan lagu lama.

51.

Ayat yang berikut mengalami pendepanan kata kerja dengan objek, KECUALI

a)

Membuat sarang burung itu di atas pokok.

b)

Terpijak kaca botol yang pecah kaki Pak Ghani.

c)

Bermain bola keranjang budak-budak itu sekarang.

d)

Membersihkan kawasan padang pekerja-pekerja itu.

52.

Ayat tanya yang manakah menggunakan susunan biasa?

a)

Mahukah kamu pergi ke situ?

b)

Mengapakah dia tidak mahu makan?

c)

Dia tidak mahu makan mengapa?

d)

Berapa ringgitkah harga barang itu?

53.

Berehat mereka di situ tadi.


Ayat di atas mengalami pendepanan

a)

kata kerja sahaja

b)

kata bantu dengan kata kerja

c)

kata kerja dengan kata objek

d)

kata kerja dengan kata bantu

54.

Ayat yang manakah yang tidak mengalami penyongsangan?

a)

Menolong orang susah amalan mulia.

b)

Terbakar pokok itu kerana dipanah petir.

c)

Berlari-lari mereka apabila melihat datuk datang.

d)

Sungguh rumit sekali masalah yang ditanggungnya.

55.

Apa itu morfem?

a)

Bunyi kata

b)

Kesatuan bunyi terkecil yang mengandung arti serta tidak mempunyai bentuk lain serta tidak mempunyai bentuk lain sebagai unsur pembentuknya

c)

Kata kalimat

d)

Huruf kata

56.

Kata di bawah ini terdiri dari 2 morfem, kecuali?

a)

Bernyanyi

b)

Kelalaian

c)

Pelari

d)

Kedepankan

57.

Proses pengimbuhan pada kata berpakaian sama dengan proses pengimbuhan pada kata?

a)

Berkeliaran

b)

Bertujuan

c)

Berlari

d)

Berdandan

58.

1.Yang manakah yang termasuk dalam kajian morfologi?

a)

struktur,bentuk dan golongan ayat

b)

struktur,bentuk dan golongan kata

c)

golongan kata

d)

bentuk dan pembentukan kata

59.

Yang manakah contoh bagi morfem bebas?

a)

bukan

b)

juang

c)

leter

d)

tapa

60.

Yang manakah kata yang menerima morfem terikat kompleks?

a)

keikhlasan

b)

peradaban

c)

pemasangan

d)

memperingati

61.

Perkataan yang manakah yang menerima sisipan dan apitan?

a)

keberuntungan

b)

penggeledahan

c)

kecemerlangan

d)

penggerudian

62.

Apakah bentuk kata bagi kata dasar perkataan kehebatan dan penaiktarafan?

a)

kata ganda dan kata terbitan

b)

kata terbitan,kata majmuk

c)

kata tunggal,kata majmuk

d)

kata akar,frasa

63.

Perkataan yang manakah yang kata dasarnya ialah kata akar?

a)

bermain

b)

ketawa

c)

berenang

d)

berceloteh

64.

Pasangan kata yang manakah yang kedua-duanya merupakan kata tunggal?

a)

tawa,tapa

b)

senyum, hakis

c)

bermain,cerpen

d)

kekuningan,kebiruan

65.

Perkataan yang manakah yang tidak mengalami proses pembentukan kata?

a)

jelajah

b)

jeriji

c)

jejentik

d)

pelipis

66.

Yang manakah perkataan yang kata dasarnya terdiri daripada kata terbitan?

a)

keberuntungan

b)

diketepikan

c)

pemuliharaan

d)

menyenaraikan

67.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang bidang morfologi?

a)

kajian tentang penyusunan kata yang membentuk ayat

b)

kajian tentang bentuk,struktur dan golongan kata

c)

kajian tentang penggabungan fonem dan kata

d)

kajian tentang asal usul dan makna kata

68.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang morfem bebas?

a)

unit tatabahasa yang boleh menjadi kata

b)

unit tatabahasa yang membezakan makna

c)

unit tatabahasa yang perlu bergabung dengan morfem lain

d)

unit tatabahasa yang terkecil yang tidak dapat hadir bersendirian

69.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang kata?

a)

terbahagi kepada tiga jenis

b)

semua kata ialah morfem

c)

unit terkecil dalam tatabahasa

d)

tidak boleh menjadi ayat minimal

70.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang kata akar?

a)

boleh terdiri daripada morfem bebas

b)

mempunyai makna tatabahasa

c)

belum mengalami proses pembentukan kata

d)

perlu hadir bersama-sama morfem lain

71.

Yang manakah pasangan kata yang menggunakan alomorf yang betul bagi awalan peN- dan meN-?

a)

penaksir,mempelawa

b)

penerjemah,mengklip

c)

penimbang,menyangkul

d)

pengkabul,menternak

72.
Yang manakah tergolong sebagai kata majmuk?
a)
Menyayangi
b)
Suruhanjaya
c)
Kontang-kanting
d)
Mempersembahkan
73.
Yang manakah kata ganda yang menunjukkan makna keserupaan?
a)
Gula-gula
b)
Mana-mana
c)
Berkibar-kibar
d)
Peladang-peladang
74.
Yang manakah merupakan proses penggandaan?
a)
Mengulang kata dasar
b)
Menggabungkan dua kata dasar
c)
Menggabungkan imbuhan dengan kata dasar
d)
Menggabungkan unsur tertentu daripada serangkaian perkataan
75.

Perkataan yang manakah yang mengandungi alomorf?

a)

Makanan

b)

Dibawakan

c)

Menderhaka

d)

Kosmopolitan

76.
Yang manakah perkataan yang kata dasarnya terdiri daripada kata tunggal?
a)
Berkumpul
b)
Mengetawakan
c)
Bertarik-tarikan
d)
Berwarganegarakan
77.
Yang manakah perkataan yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat?
a)
Tapa
b)
Bertani
c)
Tertutup
d)
Mengetawakan
78.

Frasa yang manakah yang mengandungi morfem terikat kompleks?

a)

Pasar malam

b)

Anak harapan

c)

Mempercepat urusan

d)

Sudah ketinggalan zaman

79.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN morfem terikat satuan?

a)

Ke-

b)

Ter-

c)

Juang

d)

Per-...-an

80.
Perkataan yang manakah kata dasarnya ialah frasa?
a)
Menyukat
b)
Mengetengahkan
c)
Bertanggungjawab
d)
Terbayang-bayang
81.

Perkataan yang manakah yang terbina daripada morfem terikat terbahagi?

a)

Keamanan

b)

Memperkuat

c)

Dipertemukan

d)

Menyelesaikan

82.

Yang manakah BUKAN jenis morfem terikat?

a)

Morfem terikat satuan

b)

Morfem terikat terbahagi

c)

Morfem terikat kompleks

d)

Morfem terikat kardinal

83.

Berapakah jumlah morfem terikat dalam perkataan "kemenangan"?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

84.
Alomorf yang sesuai untuk digabungkan dengan perkataan "gembala" ialah
a)
me-
b)
men-
c)
mem-
d)
meng-
85.

Perkataan yang manakah yang terbina daripada morfem terikat terbahagi?

a)

Keamanan

b)

Memperkuat

c)

Dipertemukan

d)

Menyelesaikan

86.

Yang manakah kata dasar bagi perkataan "mempersembahkan"?

a)

Sembah

b)

Persembah

c)

Sembahkan

d)

Persembahkan

87.

Yang manakah berkaitan dengan morfofonem?

a)

Boleh berdiri sendiri dan membawa makna sendiri

b)

Ciri bunyi semasa imbuhan digabungkan dengan kata dasar

c)

Kelainan bentuk yang disebabkan oleh huruf awal sesuatu kata

d)

Gabungan antara morfem terikat dengan morfem terikat yang lain

88.

Perkataan yang manakah yang mengekalkan awalan peN- dan meN-?

a)

nyanyi

b)

dukung

c)

hancur

d)

bohong

89.

Penggunaan sesuatu alomorf ditentukan oleh

a)

golongan kata

b)

cara pembentukan kata

c)

huruf pertama kata dasar

d)

akhiran pada sesuatu kata

90.

Morfem terikat dan morfem bebas mempunyai perbezaan dari segi

a)

jumlah suku kata

b)

golongan perkataan

c)

kedudukan dalam hierarki tatabahasa

d)

dapat berdiri sendiri sebagai kata atau tidak

91.

Perkataan "bertemu" terdiri daripada

a)

satu morfem bebas

b)

satu morfem terikat

c)

dua morfem terikat

d)

satu morfem bebas dan satu morfem terikat

92.

Mereka rela berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.


Berapakah morfem terikat yang terdapat dalam ayat di atas?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

d)

Empat

93.

Yang manakah dapat bersifat perkataan?

a)

Frasa

b)

Morfem bebas

c)

Morfem terikat

d)

Rangkai kata

94.

Perkataan yang manakah yang mempunyai tiga morfem?

a)

Kepunyaan

b)

Penyiaran

c)

Seruling

d)

Perkampungan

95.

Ayat yang manakah TIDAK termasuk dalam kumpulan jenis ayat?

a)

Ayat tanya

b)

Ayat penyata

c)

Ayat perintah

d)

Ayat aktif transitif

96.

Ayat yang manakah yang dipanggil ayat berita?

a)

Kamu sudah makan malam?

b)

Letakkan sahaja buku itu di situ.

c)

Pertandingan itu terpaksa ditangguhkan.

d)

Usah engkau berdalih-dalih lagi dengan aku.

97.

Ayat yang berikut ialah contoh binaan yang betul bagi ayat tanya, KECUALI


I - Dia pun demamkah?

II - Keadaan ini akan berakhir bila?

III - Sudah pulihkah pemain yang cedera itu?

IV - Siapa yang mengambil laptop saya di sini?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

98.

Yang berikut ialah ayat tanya tanpa unsur tanya, KECUALI

a)

Gadis di sebelah awak itu siapa?

b)

Mereka akan bergerak sekarang?

c)

Sudah sampaikah penulis undangan itu?

d)

Mereka tidak mahu menyiapkan kerja sekolah?

99.

Yang manakah ayat perintah?

a)

Wah, banyak sungguh duit kamu!

b)

Cikgu menyuruh kamu bertemu dengannya.

c)

Pegawai itu tidak membenarkan kami masuk.

d)

Pastikan budak-budak itu tidak datang lagi ke sini.

100.

Yang manakah ayat penyata pasif?

a)

Mereka baru pulang dari bandar.

b)

Budak itu dipukul oleh bapa saudaranya?

c)

Beberapa ekor lelumba dilihat di kawasan itu.

d)

Kamu boleh menyertai pertandingan itu tahun depan.

101.

Yang manakah BUKAN ayat perintah?

a)

Usah bersihkan tingkap sekarang.

b)

Mari bersihkan tingkap dengan segera.

c)

Bersihkan tingkap sebelum kamu ke sana.

d)

Guru mengarahkan kami membersihkan tingkap.

102.

Yang manakah ayat penyata?

a)

Jangan gelojoh sangat.

b)

Dia di situ semenjak tadi?

c)

Wah, pandai betul adik kamu!

d)

Kami diminta agar pergi dari situ.

103.

Binaan ayat seruan yang betul ialah

a)

Eh! Kamu sudah sampai.

b)

Cis! Dasar lelaki kepala batu!

c)

Aduh, sakitnya kepalaku!

d)

Wah, kamu memang hebat.

104.

Yang manakah ayat tanya terbuka?

a)

Kamu datangkah esok?

b)

Di manakah kamu tinggal?

c)

Pergi dengan kawan kamu, bukan?

d)

Kamu akan memandu kereta itu sendirian?

105.

Yang manakah BUKAN ayat suruhan?

a)

Rujuk kamus itu sekarang.

b)

Tolong bawakan lampu suluh.

c)

Jawablah soalan dengan hati-hati.

d)

Bacakan saya perenggan itu dengan kuat.

106.

Harap jangan terlalu mengikut perasaan.


Ayat di atas merupakan

a)

ayat larangan

b)

ayat suruhan

c)

ayat permintaan

d)

ayat harapan

107.

Pilih ayat tanya relatif.

a)

Karangan itu ditulis oleh Badri?

b)

Badrikah yang menulis karangan itu?

c)

Karangan itu ditulis oleh Badri sendiri?

d)

Badrikah penulis karangan itu?

108.

Ayat perintah yang manakah yang dibina secara tidak tepat?

a)

Tolong jangan berbaring di sini.

b)

Minta disebarkan maklumat dengan betul.

c)

Sekarang saya mohon bantuan daripada tuan.

d)

Usah keluar dari rumah ketika larangan sedang berkuat kuasa.

109.

Yang manakah ayat nafi?

a)

Dia sudah pergi pagi tadi.

b)

Mohon pergi lebih awal lagi.

c)

Buku ini bukan untuk mereka.

d)

Bergaya sungguh budak itu sekarang!

110.

Ayat yang manakah terkategori dalam ragam ayat?


I Ayat susunan songsang

II Ayat aktif tak transitif

III Ayat perintah

IV Ayat pasif

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I dan III

d)

III dan IV

111.

Buku itu telah saya baca.


Apakah jenis ragam ayat di atas?

a)

Ayat aktif transitif

b)

Ayat aktif tak transitif

c)

Ayat pasif dengan imbuhan pasif

d)

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama

112.

Ayat yang manakah yang BUKAN ayat aktif tak transitif berpenerang?

a)

Neneknya suka berkain batik.

b)

Mereka mahu bermain badminton esok.

c)

Kanak-kanak sedang seronok bermain di taman permainan.

d)

Lelaki yang bertongkat kayu itu kemalangan ketika menyeberang jalan.

113.

Ayat yang manakah yang merupakan ayat aktif transitif?

a)

Adik-beradik itu asyik berbual setelah lama tidak bertemu.

b)

Pekerja syarikat itu membersihkan longkang yang tersumbat.

c)

Juadah berbuka sudah terhidang di atas meja ketika mereka sampai.

d)

Beberapa orang pelajar masih berbincang mengenai ayat aktif transitif.

114.

Pernyataan yang manakah BUKAN tentang ayat pasif?

a)

Menggunakan frasa kerja yang berimbuhan di-

b)

Frasa kerja diikuti oleh frasa nama sebagai objek

c)

Kata kerja berimbuhan ber- yang diikuti kata sendi nama oleh

d)

Terdapat juga kata kerja berimbuhan ter- yang diikuti kata sendi nama oleh

115.

Ayat yang manakah merupakan ayat aktif transitif?

a)

Pengetua sedang meneliti kertas cadangan itu.

b)

Budak perempuan itu sedang menangis teresak-esak.

c)

Pokok mempelam di depan rumah itu membesar dengan cepatnya.

d)

Patung lilin yang dipamerkan itu menyerupai wajah sebenar tokoh tersebut.

116.

Ayat yang manakah TIDAK boleh dipasifkan?

a)

Wanita itu membaringkan anaknya di sofa.

b)

Negarar itu membangun dengan pesat sekarang.

c)

Dia menghidupkan enjin motosikalnya lalu beredar dari situ.

d)

Jamal sudah mengirimkan bungkusan itu kepada nenek semalam.

117.

Ayat yang manakah ayat aktif tak transitif berpelengkap?


I Mereka berlari ke arah pantai.

II Pegawai penyelidik tiba pagi tadi.

III Kami akan berkunjung ke rumahnya esok.

IV Kita perlu sentiasa berbuat baik terhadap jiran tetangga.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

118.

Ayat yang manakah yang mempunyai kata kerja berpenerang?

a)

Budak itu berjaya merenangi sungai itu.

b)

Abang beroleh pendapatan yang lumayan.

c)

Cincin pertunangannya bersalut emas 18 karat.

d)

Mereka menetap di kampung itu sudah agak lama.

119.

Ayat yang manakah mengandungi frasa kerja yang diikuti oleh objek?

a)

Adik mahu menjadi tukang masak.

b)

Dua ekor kucing itu sedang bergaduh di halaman rumah.

c)

Pemuda itu semakin tampan apabila dia berbaju Melayu.

d)

Mak Milah memasak rendang daging untuk hidangan hari raya.

120.

Ayat yang manakah merupakan ayat pasif kata ganti nama diri kedua?

a)

Pelanggan itu belum kami temui lagi.

b)

Kamu hendaklah berbaik-baik dengan jiran.

c)

Tuala yang sudah digunakan anda sangkutkan pada palang.

d)

Menjelang minggu hadapan, semua tugas harus kita selesaikan.

121.

Ayat yang manakah yang mengandungi frasa kerja dengan pelengkap?

a)

Budak itu masih berada di asrama anak yatim.

b)

Ibu dan bapa saya masih belum pulang dari pekan.

c)

Penceramah bebas itu baru bertolak dari Kota Kinabalu.

d)

Anak bongsunya masih mahu berehat di rumah neneknya.

122.

Antara yang berikut, yang manakah ayat aktif tak transitif?

a)

Bapa saudaranya membuka syarikat baharu di Melaka.

b)

Penduduk kampung diarahkan agar berwaspada dengan kejadian itu.

c)

Menulis rencana tentang masalah kekerluargaan tugasnya dalam penerbitan majalah tersebut.

d)

Semua petak bendang datuk Majid di daerah Pendang di Kedah sedang berbuah dengan lebatnya.

123.

Pernyataan yang manakah yang BENAR tentang ayat aktif transitif?

a)

Ayat aktif transitif menggunakan perkataan yang berimbuhan ber-.

b)

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul.

c)

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mementingkan subjek asal sebagai judul.

d)

Ayat aktif transitif ialah ayat yang tidak memerlukan penyambut selepasa frasa kerja transitifnya.

124.

Pernyataan yang manakah yang TIDAK benar tentang ayat pasif.

a)

Ayat pasif boleh juga menggunakan imbuhan ter- dan ber-.

b)

Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul.

c)

Ayat pasif ialah ayat yang mementingkan subjek asal sebagai judul.

d)

Ayat pasif kata ganti nama diri pertama ialah ayat mengandungi kata ganti nama diri kedua yang diikuti oleh kata kerja pasif.

125.

Ayat yang manakah yang mengandungi dua objek?

a)

Kakak memberi ibu wang setiap bulan.

b)

Kemudahan jalan raya memudahkan kegiatan seharian penduduk.

c)

Mereka mengedarkan buku atur cara program itu kepada setiap peserta.

d)

Bandar raya itu akan menikmati kemudahan perkhidmatan transit aliran ringan.

126.

Ayat yang manakah yang TIDAK menepati struktur ayat pasif?

a)

Harga makanan itu telah saya bayar.

b)

Pemandu jentolak itu kena saman semalam.

c)

Projek itu belum lagi diselesaikan oleh kamu berdua.

d)

Penduduk kampung kebingungan oleh peristiwa pelik itu.

127.

Yang manakah ayat yang menepati binaan ayat pasif?

a)

Penjenayah itu tertembak di bahagian dadanya.

b)

Mereka terdengar bunyi tembakan dari arah hutan.

c)

Kereta mewah milik orang kaya itu terlanggar tiang telefon.

d)

Cadangan yang lengkap perlu dihantar oleh kita dua hari lagi.

128.

Yang manakah ayat pasif?

a)

Pahlawan itu terangkat besi yang berat itu.

b)

Besi yang berat itu terangkat oleh pahlawan itu.

c)

Budak yang nakal itu terlanggar pemuda yang gemuk.

d)

Terlanggar pemuda yang gemuk budak yang nakal itu.

129.

Ayat aktif transitif yang manakah yang mengandungi satu objek?

a)

Mak Teh menjahitkan saya baju kurung.

b)

Allah sentiasa menganugerahi hamba-Nya rezeki.

c)

Budak-budak itu menganggap Pak Lamin ayah mereka.

d)

Tuan rumah sedang menghidangi tetamunya nasi dagang.

130.

Yang manakah benar tentang kata nama?

a)

Inti dalam binaan frasa nama

b)

Boleh didahului oleh kata bantu

c)

Boleh menggunakan kata penguat

d)

Menjelaskan sifat sesuatu benda atau perkara

131.

Yang berikut ialah contoh kata nama, KECUALI

a)

Negara

b)

Kenegaraan

c)

Menegarakan

d)

Warganegara

132.
Yang manakah contoh kata nama am bukan institusi konkrit?
I     Parit
II    Cadangan
III   Tembok
IV   Keindahan
a)
I dan III
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
133.
  • makan
  • bungkus


Perkataan-perkataan di atas boleh dijadikan kata nama dengan menambahkan imbuhan


I - ber-

II - -an

III - ke-...-an

IV - peN-...-an

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

134.

Ayat yang manakah mengandungi kata ganti nama diri tunjuk umum?

a)

Rumah baharunya terletak di sana.

b)

Siapa-siapa yang lewat sila berdiri.

c)

Ini bungkusan yang awak cari semalam.

d)

Keadaan begini sudah banyak kali berlaku.

135.

Frasa yang manakah TIDAK mengandungi kata nama khas?

a)

Di tengah Afrika

b)

Belajar di Universiti Malaya

c)

Memancing ikan di tepi sungai

d)

Menunggu kedatangan Tan Sri Hussin

136.

Yang manakah kata nama abstrak?

a)

Dinding

b)

Cahaya

c)

Sungai

d)

Langit

137.

Ayat yang manakah yang menggunakan kata nama sebagai objek?

a)

Sharifah masih di dapur.

b)

Mereka tidur berbantalkan lengan.

c)

Emak sedang menyidai kain di belakang rumah.

d)

Pak Cik Musa suka berbaju batik jika pergi ke bandar.

138.

Kata kerja aktif transitif mesti dikuti oleh

a)

pelengkap

b)

penerang

c)

keterangan

d)

objek

139.

Objek mesti terdiri daripada

a)

kata sendi nama atau frasa sendi nama

b)

kata kerja atau frasa kerja

c)

kata nama atau frasa nama

d)

kata adjektif atau frasa adjektif

140.

Berikut ialah jenis kata kerja aktif tak transitif, kecuali

a)

kata kerja aktif tak transitif dengan penerang

b)

kata kerja aktif tak transitif dengan pelengkap

c)

kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

d)

kata kerja aktifi tak transitif berketerangan

141.

Pelengkap terdiri daripada kata atau frasa berikut, kecuali

a)

kata nama atau frasa nama

b)

kata kerja atau frasa kerja

c)

frasa sendi nama

d)

kata adjektif atau frasa adjektif

142.

Pilih ayat yang mengandungi 2 objek

a)

Ali memasakkannya bubur nasi.

b)

Fatimah menghadiahkan sebentuk cincin kepada ibunya.

c)

Ghani menggelar saya Pak Long

d)

Suresh menjahit sehelai baju untuk abangnya.

143.

Pilih ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif berpenerang.

a)

Rahul berniaga di tapak pasar tani itu.

b)

Huda berbaju batik pada setiap hari Khamis.

c)

Jason bertandang ke rumah ibu saudaranya.

d)

Tan Kar Hui bermenantukan orang Sabah.

144.

Pilih ayat yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

a)

Wani tinggal di kawasan perumahan itu.

b)

Lelaki di sebelah Ina bertubuh sasa.

c)

Qhalid sedang bercucuk tanam di halaman rumah.

d)

Wanita itu sudah beranak sejak 10 tahun lepas.

145.

Pilih ayat yang mengandungi kata kerja aktif transitif dengan 1 objek

a)

Rita mencarikan anaknya buah jambu.

b)

Paden menghidangi tetamu itu makanan tengah hari.

c)

Hakim menjatuhkan hukuman terhadap pesalah itu.

d)

Eilen mengirimi kekasihnya mel elektronik semalam.

146.
Yang manakah terdiri daripada bentuk kata?
a)
Kata nama
b)
Kata terbitan
c)
Kata kerja aktif
d)
Kata majmuk kiasan
147.
Yang manakah tergolong sebagai kata majmuk?
a)
Menyayangi
b)
Suruhanjaya
c)
Kontang-kanting
d)
Mempersembahkan
148.
Yang manakah merupakan proses penggandaan?
a)
Mengulang kata dasar
b)
Menggabungkan dua kata dasar
c)
Menggabungkan imbuhan dengan kata dasar
d)
Menggabungkan unsur tertentu daripada serangkaian perkataan
149.
Kata tunggal boleh dijadikan kata terbitan dengan cara
a)
mengulang kata tunggal
b)
menambahkan imbuhan pada kata tunggal
c)
menambahkan satu atau dua kata tunggal lagi
d)
mengekalkan kata tunggal tanpa sebarang penambahan atau pengulangan
150.
Yang manakah kata ganda yang menunjukkan makna keserupaan?
a)
Gula-gula
b)
Mana-mana
c)
Berkibar-kibar
d)
Peladang-peladang
151.
Yang manakah bukan kata majmuk istilah khusus?
I    Ibu bapa
II   Anak angkat
III  Kanta tangan
IV  Pita rakaman
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
152.
Perkataan ADUN merupakan akronim yang terbentuk daripada cantuman
a)
suku kata dengan suku kata daripada beberapa perkataan
b)
suku kata dengan huruf awal perkataan
c)
suku kata dengan perkataan penuh
d)
huruf awal daripada beberapa kata
153.
Kakitangan Perhilitan dihantar ke kampung itu untuk menangkap gajah liar.
Perkataan "Perhilitan" dalam ayat di atas merupakan
a)
kata ganda
b)
kata majmuk
c)
kata terbitan
d)
kata tunggal
154.
Yang berikut ialah kata terbitan, kecuali
a)
haruman
b)
kelelawar
c)
berdikari
d)
pertaruhan
155.
Kata tunggal yang manakah terdiri daripada empat suku kata?
a)
Sempena
b)
Lembaga
c)
Universiti
d)
Sayembara
156.
Ayat yang manakah mengandungi kata ganda semu?
a)
Kami mahu berjalan-jalan di sini.
b)
Tiang itu reput dimakan anai-anai.
c)
Anak-anaknya sedang belajar di universiti.
d)
Kuih-muih yang dijual di warung itu sangat sedap.
157.
Yang manakah perkataan yang tidak mengalami proses pembentukan kata?
a)
Tempias
b)
Petronas
c)
Warganegara
d)
Terbongkok-bongkok
158.

Mereka berlari-lari di padang.


Perkataan yang bergaris dalam ayat di atas mengalami proses


I - Pengakroniman

II - Pengimbuhan

III - Penggandaan

IV - Pemajmukan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

159.

Perkataan berimbuhan yang manakah membawa makna lokasi?

a)

Menaikkan bendera

b)

Menembak penjahat

c)

Meninggal dunia

d)

Menuruni lurah

160.

Kata ganda yang manakah membawa maksud "keserupaan"?

a)

Bertarik-tarikan

b)

Sayur-mayur

c)

Cucu-cicit

d)

Gula-gula

161.

Yang manakah kata terbitan yang tergolong dalam kata adjektif?

a)

Bertembung

b)

Keindonesiaan

c)

Lintang-pukang

d)

Perkembangan

162.

Apakah bentuk kata bagi perkataan "debunga"?

a)

Kata ganda

b)

Kata tunggal

c)

Kata terbitan

d)

Kata majmuk

163.

Perkataan berimbuhan yang berikut kata dasarnya terdiri daripada kata terbitan, KECUALI

a)

pembelajaran

b)

menyempurnakan

c)

memberhentikan

d)

keberhasilan

164.

Proses pembentukan kata yang melibatkan pengulangan kata ialah

a)

penggandaan

b)

pemajmukan

c)

pengimbuhan

d)

pengakroniman

165.

Ayat yang manakah mengandungi kata akronim cantuman huruf awal perkataan?

a)

Yang kemalangan tadi ialah pegawai Petronas.

b)

Dia berminat untuk melanjutkan pelajarannya di UPSI.

c)

Pihak Perhilitan sedang mengawasi gajah yang berbahaya itu.

d)

Murid tadika yang hilang dua hari lepas ditemukan dalam kelaparan.

166.

Yang manakah BUKAN kata berimbuhan sisipan?

a)

Seruling

b)

Pepatung

c)

Semerbak

d)

Kelelawar

167.

Yang manakah BUKAN kata berimbuhan sisipan?

a)

Seruling

b)

Pepatung

c)

Semerbak

d)

Kelelawar

168.

Pernyataan yang manakah TIDAK berkaitan dengan proses pembentukan kata?

a)

Pengulangan kata dasar

b)

Penambahan awalan pada kata dasar

c)

Penggabungan dua atau lebih kata dasar

d)

Penjenisan kata berdasarkan semantik dan sintaksis

169.

Awalan meng- dan akhiran -kan ditambahkan pada satu kata dasar.


Apakah hasil daripada proses di atas?

a)

Kata ganda

b)

Kata terbitan

c)

Kata majmuk

d)

Kata tunggal

170.
  • Harta tanah


Sekiranya perkataan diubah menjadi kata akronim, apakah cara pembentukan kata akronim itu.

a)

Gabungan huruf awal beberapa kata

b)

Gabungan suku kata dengan perkataan penuh

c)

Gabungan suku kata dengan suku kata beberapa kata

d)

Gabungan suku kata dengan huruf awal beberapa kata

171.

Yang berikut merupakan bidang morfologi, kecuali

a)

A mengkaji morfem dan kata

b)

B mengkaji pembentukan kata

c)

C mengkaji bunyi dan makna kata

d)

D mengkaji bentuk, struktur dan golongan kata

172.

Yang manakah contoh yang betul bagi morfem terikat satuan, morfem terikat terbahagi, dan morfem terikat kompleks?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

173.

Yang manakah padanan yang betul bagi kata tunggal, kata terbitan, dan kata ganda?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

174.

Yang manakah padanan yang betul antara kata ganti nama X, Y, dan Z dengan contohnya?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

175.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya menggunakan imbuhan yang berfungsi sebagai pengubah golongan kata?

a)

A Kegagahan, mewarnai

b)

B Meneliti, berlari

c)

C Bergelumang, berbedak

d)

D Menyendiri, perumahan

176.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

177.

Yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif berpenerang?

I Razali berkasut kulit pagi itu.

II Air sungai itu kini beransur surut.

III Lazimnya, beliau bertali leher ke pejabat.

IV Wajah pesakit itu kelihatan bertambah cengkung.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

178.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

179.

Dia mesti sudah mahir sangat dalam permainan itu.

__________________________________________________

Jenis kata tugas yang manakah yang tidak terdapat dalam ayat di atas?

a)

A Kata bantu aspek

b)

B Kata bantu ragam

c)

C Kata penguat bebas

d)

D Kata penguat belakang

180.
a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

181.

Semua yang berikut ini termasuk dalam kajian morfologi, kecuali

a)

A bentuk kata

b)

B struktur kata

c)

C golongan kata

d)

D perbendaharaan kata

182.

Tendangan pemain itu telah tersasar daripada pintu gol pasukan lawan.

________________________

Kata kerja yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah kata kerja

a)

A tak transitif tanpa pelengkap

b)

B tak transitif berpelengkap

c)

C transitif pasif

d)

D transitif aktif

183.

Tanam tebu beruas-ruas,

Tanam dari tepi telaga,

Lautan lebar bukankah luas,

Kenapa kapal selalu berlaga?

--------------

Perkataan yang berhuruf condong dalam pantun di atas ialah kata adjektif

a)

A sifat

b)

B ukuran

c)

C bentuk

d)

D keadaan

184.

Kanak-kanak itu sangat rindu akan neneknya di kampung.

---------------

Perkataan akan dalam ayat di atas termasuk dalam golongan

a)

A kata bantu aspek

b)

B kata bantu ragam

c)

C kata sendi nama

d)

D kata penguat belakang

185.

Pilih ayat-ayat yang mempunyai kata kerja transtif aktif dengan dua objek.

I Dia menghidangkan adiknya nasi ayam kukus.

II Hamid menyiapkan kerja rumah Matematik di sekolah. III Cikgu Melati menghadiahinya buku rujukan sebagai insentif.

IV Mereka membawa pelancong Amerika itu ke bilik pameran kraf tempatan.

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan I

186.

[ Kata bantu aspek + kata penguat +

kata adjektif ]

Yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa seperti di atas?

a)

A Mesin jahit di rumah Mak Minah sudah terlalu uzur.

b)

B Tindakannya itu amat membanggakan keluarganya.

c)

C Kehidupan di luar negara memang sungguh indah.

d)

D Buah durian di dusun itu masih belum masak

187.

1. Yang manakah pernyataan yang benar tentang morfologi?

I Bidang yang mengkaji pembentukan kata

II Bidang yang mengkaji bunyi dan makna kata

II Bidang yang mengkaji fonem, morfem, dan makna kata

IV Bidang yang mengkaji bentuk, struktur, dan golongan kata

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

188.

4. Yang manakah tergolong sebagai bentuk kata?

a)

A Kata tugas

b)

B Kata nama

c)

C Kata tunggal

d)

D Kata adjektif

189.

6. Kata yang terbit daripada proses mencantumkan huruf, suku kata, bahagian kata tertentu dan kata penuh ialah

a)

A kata terbitan

b)

B kata akronim

c)

C kata tunggal

d)

D kata majmuk

190.

8. Ciri yang membezakan akronim daripada kata singkatan ialah

a)

A dapat diucapkan sebagai satu kata


b)

B diringkaskan daripada beberapa kata asal

c)

C lebih ringkas daripada rangkaian kata asal

d)

D penggabungannya menggunakan huruf awal kata sahaja

191.

NO.9

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

192.

10. Yang manakah semuanya terdiri daripada kata ganda separa?

a)

A Bebola, terlari-lari, hantar-menghantar

b)

B Gunung-ganang, kekura, lintang-pukang

c)

C Biri-biri, kanak-kanak, pelaporan-pelaporan

d)

D Cabar-mencabar, kertas-kertas, kunang-kunang

193.

13. Yang berikut ialah kata majmuk kiasan kecuali

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

194.

15. Yang manakah benar tentang kata ganda?

a)

A Kata yang mengalami pengulangan kata dasar

b)

B Kata yang mengalami proses penambahan imbuhan

c)

C Kata yang dicantumkan dan membentuk kata yang membawa makna khusus

d)

D Kata yang menggabungkan huruf dan suku akta tertentu untuk membentuk kata tunggal

195.

17. Antara yang berikut, rangkai kata yang manakah mempunyai akronim?

a)

A Universiti Perguruan Sultan Idris

b)

B Universiti Putra Malaysia

c)

C Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

d)

D Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

196.

19

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

197.

20. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kata kerja terbitan?

a)

A Hantar

b)

B Hantaran

c)

C Menghantar

d)

D Penghantaran

198.

Objek mesti terdiri daripada

a)

kata sendi nama atau frasa sendi nama

b)

kata kerja atau frasa kerja

c)

kata nama atau frasa nama

d)

kata adjektif atau frasa adjektif

199.

Pelengkap terdiri daripada kata atau frasa berikut, kecuali

a)

kata nama atau frasa nama

b)

kata kerja atau frasa kerja

c)

frasa sendi nama

d)

kata adjektif atau frasa adjektif

200.
Yang manakah kata ganda yang menunjukkan makna keserupaan?
a)
Gula-gula
b)
Mana-mana
c)
Berkibar-kibar
d)
Peladang-peladang