wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

1. Semasa pulang melancong dari Istanbul Mas membawa banyak _________________kepada rakan-rakannya.

a)

buah mulut

b)

buah tangan

c)

buah hati

d)

buah fikiran

2.

Ramai pelancong terpegun dengan kemajuan negara kita sejak mencapai kemerdekaan, banyak bangunan pencakar langit yang didirikan di Kuala Lumpur bagai___________

a)

bulan dipagari bintang

b)

lebah menghimpun madu

c)

aur dengan tebing

d)

cendawan tumbuh selepas hujan

3.

. Semasa melancong di Tanah Tinggi Cameron saya__________ memilih cenderamata di kedai itu kerana semuanya cantik-cantik belaka.

a)

anak mata

b)

angkat mata

c)

cahaya mata

d)

rambang mata

4.

Para pelancong ketakutan apabila mendengar bunyi letupan yang______________

a)

tajam seperti sembilu

b)

kuat seperti guruh

c)

keras seperti batu

d)

gagah seperti gergasi

5.

Kita mengharapkan generasi muda dapat memajukan industri pelancongan negara kita setanding dengan negara maju supaya__________

a)

bersekutu bertambah maju

b)

hidup dalam perlumbaan

c)

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

d)

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

6.

Ratna rajin membantu ibunya di gerai jualan mereka di Pantai Batu Buruk yang menjadi tempat kunjungan pelancong setiap hujung minggu. Dia___________

a)

berani seperti harimau

b)

rajin seperti semut

c)

garang seperti singa

d)

malas seperti keldai

7.

Laksana bunga dedap, warnanya merah baunya tidak


Maksud bagi peribahasa di atas ialah______________

a)

seseorang yang tidak cantik tetapi berbudi bahasa

b)

seseorang yang suka bercerita dan pandai menyimpan rahsia

c)

seseorang yang suka bercakap banyak tetapi baik hati

d)

seseorang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa

8.

Gedung baju itu dikunjungi oleh pelancong dari pelbagai negara yang ramai bagai

a)

bagai anai-anai bubus

b)

bagai anjing berebut tulang

c)

bagai ikan dalam lubuk

d)

bagai cacing kepanasan

9.

mendapat musibah atau malang secara berturut-turut


peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas ialah______________

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

bagai mencurah air ke daun kelad

c)

bagai telur di hujung tanduk

d)

bagai kacang lupakan kulit

10.

Peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni boleh digantikan dengan peribahasa___________

a)

tak kenal maka tak cinta

b)

sambil menyelam minum air

c)

muafakat membawa berkat

d)

sudah terhantuk baru tengadah