WorksheetsKUASAI SISTEM BAHASA
Total questions: 30
Worksheet time: 13mins
Para murid diingatkan agar berhati-hati semasa melakukan uji kaji di ________________.
A. dewan
B. makmal
C. padang
D. perpustakaan
Baju tradisional yang dipamerkan di Kompleks Kraf Tangan Malaysia ______________ belaka.
A. cantik-cantik
B. comel-comel
C. elok-elok
D. indah-indah
Kanesh memetik ______________ sambil menyanyikan lagu patriotik semasa mengadakan persembahan Malam Merdeka.
A. piano
B. kompang
C. gitar
D. seruling
Pihak berkuasa menjalankan _______________ tentang punca pencemaran di Sungai Muar.
A. siasatan
B. kajian
C. selidikan
D. ujian
Setiap hari, Amir akan menyimpan baki wang sakunya ke dalam ____________ buluhnya.
A. laci
B. poket
C. tabung
D. almari
Pak Hamid membina _______________ daripada buluh untuk dijadikan tempat beristirahat bersama keluarganya.
A. kekisi
B. kekuda
C. bebalai
D. bebendul
Buah durian belanda ini mempunyai duri yang _____________ dan isinya berwarna putih.
A. kuat
B. lemah
C. lembut
D. tumpul
Hafizul ___________ sebagai peguam di sebuah syarikat guaman yang tersohor di ibu negara.
A. belajar
B. bekerja
C. bermain
D. berkursus
Kedudukan atlet negara dalam kejohanan basikal peringkat antarabangsa semakin __________________.
A. mampat
B. mantap
C. gagah
D. teguh
Suraya merupakan atlet ______________ sekolah dalam acara balapan.
A. sokongan
B. harapan
C. tumpuan
D. pegangan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, pilih A, B atau C. Jika tiada kesalahan, pilih D.
Kita harus bersenam (A) dan menjaga pemakanan (B) seimbang agar badan sihat (C) dan cergas. Tiada kesalahan. (D)
A: bersenam
B: pemakanan
C: sihat
D: Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, pilih A, B atau C. Jika tiada kesalahan, pilih D.
Para penduduk (A) akan bertugas sebagai pengawal (B) pada waktu malam untuk menjaga keamanan kawasan taman perumahan itu secara bergilir-gilir (C). Tiada kesalahan (D).
A: penduduk
B: pengawal
C: bergilir-gilir
D: Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, pilih A, B atau C. Jika tiada kesalahan, pilih D.
Para peserta memeriksa reka cipta mereka itu supaya (A) robot yang dipamerkan pada (B) juri dapat berfungsi dengan baik (C). Tiada kesalahan (D).
A: supaya
B: pada
C: dengan baik
D: Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, pilih A, B atau C. Jika tiada kesalahan, pilih D.
Ayah telah pergi (A) ke bandar untuk jumpa (B) dengan pegawai pertanian bagi berbincang (C) tentang kaedah tanaman fertigasi. Tiada kesalahan (D).
A: pergi
B: jumpa
C: berbincang
D: Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, pilih A, B atau C. Jika tiada kesalahan, pilih D.
Cikgu Lee amat yakin sekali (A) bahawa para pemain (B) yang dibimbingnya akan menunjukkan permainan yang cemerlang (C). Tiada kesalahan (D).
A: amat yakin sekali
B: pemain
C: cemerlang
D: Tiada kesalahan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Ibu beransur baik selepas menjalani rawatan di hospital.
II. Makanan seimbang memang baik untuk kesihatan kita.
III. Faiz keluar ke bandar baik sahaja saya tiba di rumah.
IV. Jurulatih itu mengajar cara berenang dengan cara yang baik.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Kawasan yang dipagar itu akan dijadikan lapangan terbang.
II. Sejak kecil lagi Amira berminat dalam lapangan muzik tradisional.
III. Mei Ying memang mahir dalam lapangan pertahankan diri.
IV. Datuk berhasrat untuk membina gelanggang silat di kawasan yang lapangan itu.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Kita tidak boleh baik sangka terhadap orang lain.
II. Syahrul murid yang baik di sekolah.
III. Zarina ialah kawan baik Syakirah.
IV. Kesihatan Encik Badrul semakin baik selepas mendapatkan rawatan daripada doktor pakar.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Hanif memetik gitar sambil bernyanyi.
II. Datuk memetik buah roselle di kebunnya.
III. Abang Kamal memetik kelapa muda dengan menggunakan galah.
IV. Para pekerja memetik rumput yang panjang di kebun buah-buahan itu.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Encik Khirudin ingin menjelaskan perniagaan itu dengan membuka dua buah cawangan.
II. Saya dapat menjelaskan keindahan pulau peranginan melalui hotel itu.
III. Beliau berusaha untuk menjelaskan hutangnya dengan pihak bank.
IV. Petugas itu menjelaskan manfaat yang diperoleh oleh pengguna melalui skim yang ditawarkan itu.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Tandakan sama ada A, B atau C jika bahagian yang bergaris mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Amira bertanyakan kepada saya cara-cara gaya hidup sihat.
A. bertanya saya
B. tertanya kepada saya
C. bertanya kepada saya
D. bertanyakan kepada saya
Tandakan sama ada A, B atau C jika bahagian yang bergaris mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Jika cuaca cerah, bangunan itu kelihatan begitu amat jelas sekali dari rumah saya.
A. begitu jelas sekali
B. amat terjelas sekali
C. begitu amat jelas
D. begitu amat jelas sekali
Tandakan sama ada A, B atau C jika bahagian yang bergaris mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Saya amat kagum sangat akan keindahan alam semula jadi di kaki gunung itu.
A. amat kagum
B. paling kagum sangat
C. sangat kagum amat
D. amat kagum sangat
Tandakan sama ada A, B atau C jika bahagian yang bergaris mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Turut hadir pelancaran program itu ialah pengetua dan guru-guru.
A. Turut menghadirkan pelancaran
B. Yang turut hadir pelancaran
C. Yang turut menghadiri pelancaran
D. Turut hadir pelancaran
Tandakan sama ada A, B atau C jika bahagian yang bergaris mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Kegunaan teknologi moden dalam industri pertanian memberikan hasil yang lumayan.
A. Kegunaan teknologi moden di dalam
B. Pengguna teknologi moden dalam
C. Penggunaan teknologi moden dalam
D. Kegunaan teknologi moden dalam
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. "Buku itu kami punya," kata Tasya kepada Aina.
II. Taman Sains kelihatan suram apabila ditanami pokok bunga yang berwarna-warni.
III. Saya lebih suka membayar bil melalui talian berbanding beratur di kaunter bayaran.
IV. Kita perlu datang awal ke stadium supaya tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan badminton.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Pokok kelapa hibrid itu sangat rendah.
II. Petugas itu mengedarkan brosur kepada para pengunjung.
III. Tanaman kelapa sawit banyak terdapat di negeri Perak.
IV. Harga ikan ini amat termahal sekali.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Encik Abu usaha kilang labu sayong ini.
II. Tarian piring ini boleh ditarikan secara berpasangan.
III. Istana Lama Seri Menanti terletak di Negeri Sembilan.
IV. Najiha belajar cara-cara mencanting batik daripada neneknya.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Puan Julia ialah doktor haiwan.
II. Kakak Farhana sedang melayari Internet untuk mencari pekerjaan.
III. Pekerja-pekerja itu memakai topi dan jaket keselamatan sebelum memulakan tugas.
IV. Kakak Alisa kelihatan sungguh tampan apabila menggayakan busana pengantin itu.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Para pemandu yang melanggar peraturan jalan raya akan didenda.
II. Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan-bangunan bersejarah warisan negara.
III. Pelbagai prasarana disediakan di sekolah agar supaya murid dapat belajar dengan selesa.
IV. Cikgu Marlina hendak berjumpa dengan Naim tentang persediaan Hari Kantin.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
