WorksheetsAyuh, Bantu Saya!
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
I Mereka terkejut apabila mendengar aliran guruh yang sungguh kuat.
II Aliran sungai itu telah berubah semenjak pendalaman sungai dilakukan.
III Bapa terlewat tiba di rumah kerana aliran trafik di jalan itu sungguh perlahan.
IV Mereka memilih aliran sains kerana peluang melanjutkan pelajaran ke universiti lebih luas.
I DAN II SAHAJA
III DAN IV SAHAJA
I, II DAN III SAHAJA
II, III DAN IV SAHAJA
I Lelaki itu mengira keuntungan kasar kedai runcitnya.
II Rina terkejut kerana ditegur oleh ibunya dengan suara yang kasar.
III Syikin tidak membeli kain songket itu kerana tenunannya yang kasar.
IV Rasyidin menjamah makanan dengan kasar kerana dia sedang kelaparan.
I DAN II SAHAJA
III DAN IV SAHAJA
I, II DAN III SAHAJA
II, III DAN IV SAHAJA
I Syafiq menunggang motosikal secara beransur ke sekolah.
II Selepas dipukul ombak besar semalam, pantai itu beransur sedikit.
III Ayah beransur pulih setelah menjalani pembedahan pada minggu yang lalu.
IV Rombongan pengantin lelaki beransur dari rumah pengantin perempuan untuk pulang ke kampung mereka.
I DAN II SAHAJA
III DAN IV SAHAJA
I. II DAN III SAHAJA
II, III DAN IV SAHAJA
I Anak panah yang dilepaskan oleh pemanah itu tidak mengenakan sasaran.
II Peniaga itu mengenakan bayaran yang berpatutan kepada setiap pelanggannya.
III Kerajaan mengenakan cukai bagi semua kenderaan yang diimport.
IV Mekanik itu mengenakan skru pada motorsikal ayah.
I DAN II SAHAJA
II DAN III SAHAJA
I, II DAN III SAHAJA
II, III DAN IV SAHAJA
I Sultan Alauddin sedang beradu di Istana Bunga Anggerik.
II Tok Pak mengajar anak buahnya cara-cara beradu dengan pihak lawan.
III Dua orang pahlawan itu beradu tenaga untuk menentukan pemenangnya.
IV Haziq beradu kepada ibu bahawa adik-adiknya bergaduh.
I DAN II SAHAJA
III DAN IV SAHAJA
I, II DAN III SAHAJA
II, III DAN IV SAHAJA
I Beberapa orang petunjuk perasaan telah ditahan oleh polis.
II Petunjuk yang diberikan oleh pendeta itu tersemat dalam hati Pendekar Bujang.
III Alya memperlahankan kenderaan apabila melihat petunjuk perangkap had laju.
IV Buku tatabahasa ini menjadi petunjuk kepada murid-murid sekolah rendah.
I DAN II SAHAJA
III DAN IV SAHAJA
I, II DAN III SAHAJA
II, III DAN IV SAHAJA
I Haida yang berdarah kacukan itu memang bermuka-muka orang Arab.
II Datin Saloma pandai bermuka-muka apabila berada di hadapan ibu mentuanya.
III Tulisannya tentang teori itu bermuka-muka panjangnya.
IV Sikap Danial yang bermuka-muka menyebabkan ia tidak disukai rakan sekerjanya.
I DAN II SAHAJA
I I DAN III SAHAJA
I, II DAN III SAHAJA
II, III DAN IV SAHAJA
I Farhana agak gemuruh semasa menghadiri temu duga itu.
II Ucapan beliau telah disambut dengan tepukan gemuruh daripada orang ramai.
III Daun kelapa di tepi pantai gemuruh dipupuk oleh bayu senja.
IV Bunyi gemuruh diselangi dengan kilat sabung-menyabung menyebabkan Ali ketakutan.
IV
I DAN II SAHAJA
III DAN IV SAHAJA
I, II DAN III SAHAJA
II, III DAN IV SAHAJA
I Wajah Farizal masam apabila ibunya menegur sikapnya yang suka tidur pada waktu siang.
II Erniza gemar makan buah mangga yang masih muda walaupun rasanya masam.
III Kita tidak boleh sentiasa masam kerana sikap ini akan menganggu tugas kita.
IV Keadaan cuaca yang masam menandakan hari hendak hujan.
I DAN II SAHAJA
III DAN IV SAHAJA
I, II DAN III SAHAJA
II, III DAN IV SAHAJA
I Ular itu kononnya sangat besar dan boleh makan seekor kerbau.
II Aizat seorang yang suka makan kawan.
III Pembinaan rumah banglo itu telah makan masa satu tahun setengah.
IV Rayyan bekerja makan gaji dengan ayahnya.
I DAN II SAHAJA
III DAN IV SAHAJA
I, II DAN IV SAHAJA
II, III DAN IV SAHAJA
