wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA STPM SEM 1- Badan Perundangan

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Tugas Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara ialah

a)

Menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan

b)

Meluluskan dasar kerajaan

c)

Membahaskan ideologi parti-parti politik

d)

Menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan

2.

Yang manakah benar tentang Dewan Negara?

a)

Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara

b)

Kedudukan Dewan Negara tidak tergugat apabila Parlimen dibubarkan

c)

Ahlinya mesti mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong

d)

Dewan Negara berkuasa meminda rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat

3.

Yang manakah tugas Ketua Majlis dalam Dewan Rakyat?

a)

menentukan tarikh mengadakan mesyuarat

b)

menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul

c)

memilih ahli-ahli untuk Jawatankuasa Majlis Parlimen

d)

Menasihati Yang Dipertua Dewan Rakyat atas urusan Dewan

4.

Yang manakah antara berikut tugas Setiausaha Dewan Rakyat?

a)

menetapkan tarikh-tarikh majlis bermesyuarat

b)

mengarahkan ahli dewan keluar dewan ketika mesyuarat berlangsung

c)

mengeluarkan penyata rasmi bagi persidangan dan prosedur mesyuarat

d)

memberi nasihat kepada Yang Dipertua Dewan dalam hal-hal berkaitan dewan.

5.

Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat?

a)

Ahli Dewan Rakyat boleh menjadi ahli Dewan Negara

b)

Setiausaha Dewan Rakyat mempengerusikan sidang Dewan Rakyat

c)

Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat

d)

Rang Undang-undang Perbekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat

6.

Tempoh genap lima tahun Dewan rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh

a)

Pengundian dijalankan

b)

Penamaan calon pilihan raya

c)

Keputusan pilihan raya diwartakan

d)

Mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya

7.

Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat?

a)

Merasmikan perasmian Dewan Rakyat pada setiap penggal

b)

Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri

c)

Memecat Setiausaha Dewan rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat

d)

Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat

8.

Yang manakah yang benar tentang Dewan Rakyat?

a)

Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat

b)

Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat

c)

Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat

d)

Rang Undang-undang Pembekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat

9.

Yang manakah benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?

a)

Ketua negara dipilih dalam pilihan raya

b)

Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit

c)

Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat

d)

Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat

10.

Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan

oleh badan eksekutif setelah

a)

diluluskan oleh Majlis Parlimen

b)

disahkan oleh Badan Kehakiman

c)

diwartakan sebagai Warta Kerajaan

d)

diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

11.

Berdasarkan pernyataan di atas, urutan yang manakah yang betul tentang proses penggubalan undang-undang negara ?

a)

I, III, II

b)

II, I, III

c)

III, II, 1

d)

III, I, II

12.

Yang manakah yang benar tentang pernyataan di atas?

a)

Ahli Parlimen bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dalam Parlimen

b)

Ahli Parlimen boleh mendedahkan rahsia kerajaan dalam Dewan Rakyat

c)

Ahli Parlimen tidak boleh didakwa terhadap perkara yang diperkatakan dalam Parlimen

d)

Ahli Parlimen boleh berbahas tentang kedaulatan raja-raja Melayu dalam sidang Parlimen

13.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah sistem

pemerintahan yang diamalkan ?

a)

Demokrasi Terpimpin

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Demokrasi Berparlimen

d)

Pemerintahan pengasingan

14.

Yang manakah yang berikut memenuhi syarat untuk seseorang bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ?

a)

Bertugas sebagai penjawat awam

b)

Menetap di luar Kawasan pilihan raya

c)

Dicadangkan oleh sesebuah parti sebagai calon

d)

Berumur lebih 21 tahun pada hari penamaan calon

15.

Yang manakah rang undang-undang yang wajib dimulakan di Dewan Rakyat?

a)

Pengenalan atau kenaikan sebarang cukai

b)

Penambahan bilangan ahli Dewan Negara

c)

Penetapan kadar pemberian kepada negeri

d)

Persempadanan semula kawasan pilihanraya

16.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang bidang kuasa Dewan Negara?

a)

Memulakan rang undang-undang

b)

Menangguhkan rang undang-undang kewangan selama setahun

c)

Menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat

d)

Meminda rang undang-undang sekiranya pindaan itu diterima oleh Dewan Rakyat

17.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang tahap Bacaan Pertama dalam prosedur penggubalan undang-undang?

a)

Rang undang-undang boleh dipinda

b)

Rang undang-undang boleh dibahaskan

c)

Menteri yang berkaitan hanya menyebut tajuk rang undang-undang

d)

Draf rang undang-undang dicetak dan diedarkan sebelum bacaan dibuat

18.

Yang manakah benar tentang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)?

a)

Saraan ditentukan oleh Raja atau Yang Dipertuan Negeri

b)

ADUN boleh menjadi ahli Dewan Rakyat pada masa yang sama

c)

ADUN dilantik oleh Raja atau Yang Dipertuan Negeri daripada kalangan rakyat yang berjasa

d)

ADUN mesti meletakkan jawatan sebagai ADUN jika dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Negara

19.

Yang manakah pihak yang perlu dirujuki oleh seseorang menteri untuk memberikan notis pemberitahuan dalam proses penggubalan rang undang-undang?

a)

Ketua Whip

b)

Peguam Negara

c)

Setiausaha Dewan Rakyat

d)

Yang Dipertua Dewan Rakyat

20.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Dewan Undangan Negeri?

a)

Bilangan ahlinya berbeza-beza mengikut negeri

b)

Keistimewaan Dewan Undangan Negeri sama seperti Parlimen

c)

Dewan Undangan Negeri berkuasa menggubal undang-undang dalam Senarai Persekutuan

d)

Dewan Undangan Negeri perlu bersidang tidak lewat daripada 60 hari dari tarikh pembubaran