wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 2 KSSM

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

1. Apakah konsep berkaitan perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara?

a)

Keunggulan

b)

Imperialisme

c)

Nasionalisme

d)

Kemerdekaan

2.

Jean Jacques Fousseau

2. Tokoh berikut telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789.

Apakah gelaran terhadapat suara rakyat tersebut?

a)

Kata sepakat

b)

Hasrat Umum

c)

Tuntutan Rakyat

d)

Impian bersama

3.

3. Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.


-Liga Muslim

-Kongres Kebangsaan India (INC)


Mengapakah jawatankuasa khas tersebut dibentuk?

a)

Menggerakkan perang gerila

b)

Melancarkan gerakan dakyah

c)

Melakukan penentangan militan

d)

Merangka pembahagian India

4.

Jose Rizal

4. Mengapakah tokoh berikut membentuk Gerakan Propaganda di Filipina?

a)

Menentang kelemahan pemerintahan Sepanyol

b)

Menamatkan penguasaan politik oleh pembesar

c)

Menghalang kemasukan pengaruh luar ke Filipina

d)

Menuntut hak yang sama seperti bangsa Sepanyol

5.

5. Pada 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.

Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar tutup pintu dikuatkan

b)

Sistem raja berkuasa mutlak tamat

c)

Pemerintahan republik dilaksanakan

d)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuh

6.

6. Bagaimanakah tokoh berikut membangkitkan kesedaran nasionalisme di negara kita?


-Ibu Zain

-Muhammad Rakawi Yusuf

a)

Melahirkan penulisan kreatif

b)

Menubuhkan persatuan negeri

c)

Membangkitkan isu kebudayaan

d)

Memperjuangkan gerakan agama

7.

7. Mengapakah pengaruh agama berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Memperkenalkan semangat jihad

b)

Mendorong gerakan radikal

c)

Mencetuskan idea revolusi

d)

Menyindir sikap penjajah

8.

8. Masyarakat India di Tanah Melayu telah menerbitkan akhbar Tamil Nesan.

Apakah pihak awal yang menerbitkan akhbar tersebut?

a)

Tokoh politik

b)

Peniaga India

c)

Persatuan Cina

d)

Golongan intelektual

9.

Dr. Sun Yat Sen

9. Pemimpin berikut berusaha menjalinkan hubungan dengan pemimpin cina di negara kita.

Bagaimanakah usaha tersebut dilakukan?

a)

Menyatukan pergerakan orang Cina

b)

Menubuhkan persatuan Cina Peranakan

c)

Melawat Negeri-negeri Melayu Bersekutu

d)

Memuatkan berita dalam penerbitan akhbar

10.

10. Persatuan kebajikan berikut ditubuhkan di Singapura.

* al-Jamiah al-Khairiah *

Bagaimanakah persatuan tersebut ditubuhkan?

a)

Cadangan Raja-raja Melayu

b)

Permintaan kerajaan British

c)

Tuntutan orang Melayu

d)

Gesaan Kaum Muda