WorksheetsKata Ganti Nama dan Kata Sendi Nama
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
“Ayah, _______ mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan,” kata Wani dengan gembira.
saya
aku
engkau
kamu
Ahmad murid yang berdisiplin. ________ sentiasa mematuhi peraturan di sekolah.
Mereka
Baginda
Dia
Beliau
Datuk Rosli ialah pegawai daerah di kawasan itu. ________ telah menderma wang sebanyak enam ribu ringgit untuk membina balai raya itu.
Patik
Dia
Beliau
Mereka
Menurut para peserta ekspedisi itu, ________ akan tiba di puncak Gunung Tahan pada tengah hari ini.
kamu
kita
mereka
dia
“________ mesti sentiasa menjaga nama baik kampung ini,” kata ketua kampung kepada anak buahnya.
Saya
Beta
Ia
Kita
“Betulkah Pak Cik Cheong itu datuk _________ ?” tanya Chitra kepada Soo.
awak
mereka
kami
encik
“_______ hendak pergi berkelah di Air Terjun Sekayu,” kata Ah Meng dan Raju kepada Badrul.
Engkau
Tuanku
Saudara
Kami
Sultan Ahmad berasa sangat sedih kerana puteri _______ diserang penyakit ganjil.
patik
baginda
dia
nya
"Janganlah ____________ dihukum, tuanku,"rayu tukang masak istana kepada Sultan Azlan.
patik
aku
saya
beta
"Bilakah ___________ sampai?"tanya Encik LIm kepada kawannya.
kita
engkau
cik
dia
Kempen kebersihan yang dilancarkan pada minggu lepas akan berlangsung _____________ minggu hadapan.
dari
kepada
hingga
pada
Suganya dan Moganah bersahabat rapat ________________ mereka belajar di tadika lagi.
daripada
ketika
sejak
sampai
Puvana mula menjahit pakaian itu ________________ minggu lepas.
hingga
daripada
semenjak
sampai
Guru Besar dan guru-guru sekolah sedang berbincang ________________ Majlis Anugerah yang akan diadakan pada minggu hadapan.
tentang
terhadap
agar
supaya
Naren akan menjual keretanya ________________ sesiapa yang berminat.
pada
daripada
kepada
dengan
Saniah menyerahkan kad jemputan majlis perkahwinan itu____________ ibunya yang baru pulang dari pejabat.
daripada
kepada
untuk
pada
Bubu yang digunakan untuk memerangkap ikan diperbuat ________________ buah.
dari
daripada
oleh
pada
Gobi menerima sepucuk surat ________________ ibunya.
daripada
kepada
hingga
pada
Hadiah ini saya terima __________ ibu dan ayah sempena hari lahir saya.
dari
kepada
daripada
pada
Sara mengupas kulit buah mangga itu ______________ sebilah pisau yang tajam.
untuk
dengan
pada
oleh
