Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata majmuk bebas dan mantap bm tahun 5

Total questions: 45

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Cikgu Aini meminta Sofia meletakkan__________itu di penjuru kelas

a)

tanah air

b)

pasu bunga

2.

_________Tahun 4 telah disemak oleh Cikgu Goh.

a)

kertas mahjong

b)

kertas ujian

3.

Alif telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam ____________Sains dan Matematik.

a)

mata pelajaran

b)

mata wang

4.

Kedai __________akan tutup pada 6 petang.

a)

alat pensel

b)

alat tulis

5.

Qalid membeli sebungkus________di gerai Oya Square sebagai sarapan pagi.

a)

nasi putih

b)

nasi lemak

6.

_____ Ani tidak berfungsi lagi kerana telah dimasuki air ketika dia bermain di padang.

a)

jam tangan

b)

jam dinding

7.

Adrian sedang __________________ maklumat dari Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya.

a)

memuat turun

b)

mengemas kini

8.

Shan Shan mahir menggunakan ________ untuk menyiapkan kertas projeknya.

a)

komputer riba

b)

kamus dewan

9.

Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.

a)

baju kurung

b)

baju sukan

10.

Seng Yun mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.

a)

buku lima

b)

buku rujukan

11.

Isikan tempat kosong dengan kata majmuk mantap yang betul ejaannya.


Zara murid kelas 4 Wira. Dia memberikan ______________ kepada rakan-rakan sekelasnya semasa menjalankan perbincangan.

a)

kerja sama

b)

kerjasama

12.

Zara selalu membantu masyarakat secara ___________, Dia membantu orang buat melintas jalan.

a)

sukarela

b)

suka rela

13.

Dia berjaya menyertai sukan ___________ sehingga peringkat antarabangsa.

a)

olahraga

b)

olah raga

14.

Zara juga murid yang rajin. Dia menjalankan tugas sebagai seorang ____________ Kelab Bahasa Melayu di sekolahnya.

a)

setia usaha

b)

setiausaha

15.

Zara prihatin dengan rakan-rakannya di sekolah. Dia menjalankan ___________ merawat murid yang tercedera ketika bersukan.

a)

tanggung jawab

b)

tanggungjawab

16.

Para belia perlu memberikan lebih perhatian kepada _______________ yang berumur 12 tahun ke bawah.

a)

murid-murid

b)

anak yatim

17.

Para belia yang prihatin perlu menghulurkan bantuan kepada ___________________.

a)

warga emas

b)

bertanya khabar

18.

Sumbangan berbentuk barangan dan ___________________ dapat mengurangkan beban mangsa banjir.

a)

buah tangan

b)

wang ringgit

19.

Belia yang baik hati hendaklah ___________________ tentang kebajikan masyarakat sekeliling.

a)

menjamu selera

b)

ambil tahu

20.

Sukarelawan digalakkan ______________________ warga emas selepas memberikan bantuan.

a)

ambil tahu

b)

bertanya khabar

21.

Para sukarelawan boleh beramah mesra dengan anak-anak yatim semasa __________________.

a)

menjamu selera

b)

ambil tahu

22.

Pilih tiga kata majmuk mantap .

a)

sukarela

b)

keretapi

c)

wargaemas

d)

warganegara

e)

suruhanjaya

23.

MyKid ialah kad pengenalan diri kanak-kanak ____________________ Malaysia.

a)

warganegara

b)

tanggungjawab

24.

Kebersihan sekolah juga merupakan ________________ murid-murid.

a)

tanggungjawab

b)

suruhanjaya

25.

Semua __________________ pejabat itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

a)

setiausaha

b)

kakitangan

26.

Muka Mellisa dan Hellina menjadi kemerah-merahan apabila berjemur lama di bawah terik _____________.

a)

pesuruhjaya

b)

matahari

27.

" Sebagai _________________ Persatuan Bahasa Melayu, kamu diminta menulis laporan tentang lawatan itu, " kata Adam kepada Farouq.

a)

suruhanjaya

b)

setiausaha

28.

Kad pengenalan yang dihasilkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara bertaraf _________________.

a)

warganegara

b)

antarabangsa

29.

" Tolong ___________________ rakan-rakan kamu suapaya membawa buku penulisan esok, " kata Cikgu Azianna kepada ketua kelas 4 Arif.

a)

sukarela

b)

beritahu

30.

Nyatakan kata majmuk ini

(a)  

31.

Nyatakan kata majmuk ini

(a)  

32.

Nyatakan kata majmuk ini

(a)  

33.

Nyatakan kata majmuk ini

(a)  

34.

Nyatakan kata majmuk ini

(a)  

35.

Encik Kamarul menyimpan wang hasil perniagaannya di dalam sebuah __________________________.

a)

peti besi

b)

peti sejuk

c)

peti surat

d)

peti undi

36.

"Saya sekeluarga akan menaiki __________________________ dari KLIA 2 ke Pulau Langkawi pada hari Sabtu ini," kata Jamilah kepada Aliah.

a)

kereta api

b)

kapal layar

c)

kereta kebal

d)

kapal terbang

37.

"Wah, ________________________ ini sangat enak dimakan bersama ayam masak merah!" kata Nani dengan teruja.

a)

kerak nasi

b)

beras pulut

c)

nasi minyak

d)

minyak masak

38.

"____________________________ jenama Rolex yang cantik ini dihadiahkan oleh ayah saya", kata Shahir.

a)

Baju melayu

b)

Jam tangan

c)

Kasut bola

d)

Alat tulis

39.

Murid-murid Tahun Empat Ceria sedang menjalankan ___________________________ sains di makmal sains sambil dipantau oleh guru mereka.

a)

uji kaji

b)

pandu uji

c)

temu duga

d)

soal selidik

40.

"Dia bukan _______________________ Malaysia kerana berasal dari Singapura," kata Jannah kepada Fitri.

a)

kakitangan

b)

pesuruhjaya

c)

antarabangsa

d)

warganegara

41.

Saya akan ___________________________ ketua kampung tentang masalah yang dihadapi oleh petani di kampung kita ini.

a)

beritahu

b)

sukacita

c)

tanggungjawab

d)

tandatangan

42.

Amirah telah dilantik sebagai _________________________ Kelab Bumi Hijau sekolah.

a)

sukarela

b)

kakitangan

c)

setiausaha

d)

pesuruhjaya

43.

Masyarakat Melayu terkenal dengan __________________________ Melayu yang berfungsi untuk memberikan nasihat.

a)

peribahasa

b)

peribadi

c)

bumiputera

d)

warganegara

44.

"_______________________________ dimaklumkan bahawa sekolah kita telah mendapat Anugerah Sekolah Hijau," umum Guru Besar semasa perhimpunan pada pagi itu.

a)

Sukarela

b)

Sukacita

c)

Kakitangan

d)

Setiausaha

45.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata majmuk?

a)

Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu

b)

kata tugas yang menguatkan maksud kata adjektif

c)

perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat

d)

perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama