WorksheetsSAJAK KUNCI BAHASA
Total questions: 14
Worksheet time: 14mins
1. Apakah tema Sajak Kunci Bahasa?
A. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
B. Mencintai dan memelihara alam sekitar.
C. Bahasa dan kepentingannya dalam kehidupan manusia.
D. Kuasa tuhan sebagai pencipta alam semesta.
2. Berikut merupakan persoalan Sajak Kunci Bahasa, kecuali....
A. Bahasa hendaklah digunakan dengan betul.
B. Bahasa boleh digunakan untuk memperkukuh silaturrahim.
C. Bersyukur kerana dapat menikmati keindahan dunia.
D. Bahasa yang berbudi sudah menjadi amalan dan budaya dalam masyarakat.
3. Sajak Kunci Bahasa terdiri daripada ____________________ rangkap.
A. 5
B. 6
C. 7
D. 8
4. Penggunaan perkataan berwasilah, ukhwah dan ummah yang terdapat dalam Sajak Kunci Bahasa merupakan pinjaman daripada bahasa ________________________.
A. Jepun
B. Inggeris
C. Korea
D. Arab
5. Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah.
Bahasa berbuah
tidak kering bahasa diperah.
Perkataan manakah yang menunjukkan gaya bahasa repitisi ?
A. Bahasa
B. Berbuah
C. Bermaruah
D. Berbilur
6. Apakah ciri-ciri bahasa yang disampaikan oleh penyajak?
A. Bahasa tidak berkembang
B. Bahasa hanya untuk berkomunikasi
B. Bahasa menunjukkan maruah
B. Bahasa yang indah adalah bahasa Melayu
7. Apakah perkara yang ingin diingatkan oleh penyajak dalam rangkap ketiga sajak ini ?
A. Bersatu padu dalam setiap perkara.
B. Berhati-hati dalam tutur kata.
C. Menggunakan bahasa yang indah.
D. Perang mulut dalam kalangan masyarakat.
8. Apakah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan?
A. Bermain game
B. Jangan berkawan dengan orang lain
C. Menggunakan telefon bimbit
D. Selalu membaca dan bercakap dalam bahasa kebangsaan
9. Apakah perkara yang ingin diingatkan oleh penyajak dalam rangkap ketiga sajak ini ?
A. Bersatu padu dalam setiap perkara.
B. Berhati-hati dalam tutur kata.
C. Menggunakan bahasa yang indah.
D. Perang mulut dalam kalangan masyarakat.
10. Apakah maksud rangkap 2?
A. Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik walaupun berlaku perubahan masa.
B. Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.
C. Bahasa digunakan untuk berkomunikasi.
D. Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta bahasa yang puitis.
11. Apakah maksud rangkap 4?

12. Apakah maksud rangkap 6?

13. Bahasa bersejarah
Tidak luput bahasa bertingkah
Apakah pengajaran yang disampaikan oleh penyajak melalui rangkap di atas?
A. Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati orang lain.
B. Kita haruslah menggunakan bahasa untuk membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik.
C. Kita wajar menggunakan ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta bahasa yang puitis semasa berkomunikasi.
D. Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.
14. Nyatakan pendapat anda tentang langkah-langkah memartabatkan bahasa kebangsaan. Pilih 3 kotak jawapan.
Menggunakan bahasa kebangsaan dalam majlis-majlis rasmi.
Mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar.
Menggunakan bahasa ibunda semasa berkomunikasi dengan rakan-rakan pelbagai bangsa.
Menyokong dan menyertai kempen memartabatkan bahasa kebangsaan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.