wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HINDARI DOSA-DOSA BESAR TING 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan hadis Nabi SAW terdapat tujuh dosa besar yang membinasakan manusia.

Berikut adalah dosa-dosa besar, kecuali.

i- syirik, sihir

ii- membunuh manusia, makan riba

iii- makan harta anak yatim, lari dari medan perang

iv- menuduh perempuan mukmin berzina

v- merompak, mencuri

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

v sahaja

2.

Berikan maksud syirik jali.

a)

menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu.

b)

menyekutukan Nabi SAW dengan sesuatu.

c)

melakukan amalan bukan kerana Allah SWT

d)

perbuatan secara halus yang memudharatkan diri

3.

Syirik Khafi ialah...

a)

melakukan amalan yang bercanggah dengan syariat.

b)

melakukan amalan bukan kerana Allah SWT

c)

mendirikan ibadat tanpa rujukan agama

d)

menyembah berhala

4.

ilmu hitam,pelaris, santau

Tiga contoh di atas adalah perbuatan...

a)

syirik

b)

bomoh

c)

sihir

d)

khurafat

5.

* Beribadat supaya dipuji

* sombong dengan kebaikan diri


Berikut adalah perbuatan...

a)

riyak

b)

takabbur

c)

syirik jali

d)

syirik khafi

6.

Berikan maksud sihir dengan tepat.

a)

perbuatan secara halus bertujuan untuk memudharatkan pihak lain dengan bantuan jin dan syaitan

b)

perbuatan menghilangkan nyawa seseorang dengan pelbagai cara.

c)

menggunakan kelemahan seseorang untuk dijadikan helah keburukan.

d)

menyantau seseorang dengan harapan untuk memudharatkan.

7.

Menuduh wanita mukmin berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi akan dikenakan hukuman

a)

qazaf

b)

rejam

c)

sebat

d)

pancung

8.

Riba ialah...

a)

pertambahan dividen kepada peminjam

b)

mengenakan bunga bayaran yang tinggi

c)

hutang yang ditetapkan faedah tertentu

d)

pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hhutang piutang

9.

Apakah hukum lari dari medan peperangan

a)

haram

b)

sunat

c)

makruh

d)

wajib

10.

Berdasarkan hadis, nyatakan tujuh dosa-dosa tersebut

a)

syirik, sihir, membunuh manusia dan makan riba

b)

syirik, sihir, membunuh manusia, makan riba dan makan harta anak yatim

c)

syirik, sihir, membunuh manusia, makan riba, makan harta anak yatim dan lari dari medan perang

d)

syirik, sihir, membunuh manusia, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan mukmin berzina.

11.

Manakah di antara berikut adalah akibat perbuatan syirik kepada individu?

a)

Mengurangkan iman

b)

Membatalkan akidah

c)

Hidup tidak tenteram

d)

Memutuskan silaturrahim

12.

Di antara contoh syirik jali ialah

a)

Riak

b)

Tidak mengakui balasan di akhirat

c)

Menyembah bulan, bintang atau matahari

d)

Membuang ancak bagi menghalau hantu

13.

Orang yang mengamalkan perbuatan syirik dinamakan

a)

Kafir

b)

Munafik

c)

Murtad

d)

Musyrik

14.

Menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya disebut (a)   .

15.

Hukum mengamalkan perbuatan syirik ialah (a)   .

16.

Berikut adalah kesan amalan sihir kepada masyarakat kecuali

a)

Menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

b)

Memecahbelahkan masyarakat

c)

Menimbulkan pergaduhan

d)

Mendatangkan fitnah

17.

(a)   ialah ilmu yang berkaitan dengan perbuatan atau pertolongan makhluk ghaib yang bertujuan untuk memudaratkan manusia.

18.

Riba (a)   ialah pertambahan yang diperolehi kerana menangguhkan tempoh bayaran.

19.

Hukum melakukan riba ialah (a)   dan berdosa besar.

20.

(a)   ialah orang yang mengagumi diri sendiri.