NEW
Font size
WorksheetsFIQEH (ZAKAT)
Total questions: 11
Worksheet time: 5mins
1. Apakah pengertian zakat dari segi bahasa?
putih, subur, adil dan berkat.
bersih, subur, suci dan berkat.
bersih, banyak, suci dan rahmat.
2. ِ Apakah maksud dalil ini?
(سورة البقرة : 43) وَاَقِيمُوا الصَّلاَةَ وَءَاتُوا الزَّكَاةَ
“Berikan sedekah dan tunaikan zakat”
“Dirikanlah sembahyang dan tunaikan haji”
“Dirikanlah sembahyang dan tunaikan zakat”
3. Apakah salah satu hukum Ijmak Ulama mengenai hukum zakat?
Jika satu puak atau kumpulan yang besar, yang berkuasa atau berpengaruh enggan / berdegil mengeluarkan zakat hukumnya mereka boleh diperangi sehingga mereka memberikan zakatnya.
Jika satu puak atau kumpulan yang besar, yang berkuasa atau berpengaruh enggan / berdegil mengeluarkan zakat hukumnya kepala mereka dipenggal dan hartanya dirampas.
Jika satu puak atau kumpulan yang besar, yang berkuasa atau berpengaruh enggan / berdegil mengeluarkan zakat hukumnya mereka akan dipenjara dan dijadikan tebusan.
4. Harta benda yang wajib dikeluarkan zakat, ialah:
Binatang ternakan laut, Emas dan Tembaga, Tanam-tanaman, Zakat Pertukaran barang dan Zakat Harta Rikaz.
Binatang liar, Zamrud dan Perak, Biji-bijian dan buah-buahan, Zakat Perniagaan dan Zakat Harta Luqatah.
Binatang ternakan, Emas dan Perak, Biji-bijian dan buah-buahan, Zakat Perniagaan dan Zakat Harta Rikaz.
5. Apa dia syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat?
Islam, Merdeka, Baligh, Hak milik yang sempurna, Cukup Nisab dan Sampai Haul.
Islam, Merdeka, Mukallaf, Hak milik yang sempurna, Cukup Nisab dan Sampai Haul.
Islam, Merdeka, Berakal, Hak milik yang sempurna, Cukup Nisab dan Sampai Haul.
6. Apakah hikmat Allah mewajibkan zakat?
Dapat mengembirakan fakir miskin dan menegah mereka daripada bersifat benci dan berperasaan iri hati terhadap orang-orang yang berharta.
Supaya umat manusia tidak berputus asa dalam mencari rezeki yang halal dan bersih.
Dapat memberkati lagi sipemberi zakat dengan bersedekah setiap tahun.
7. Apakah tugas-tugas seorang amil?
Mengambil zakat, menulis zakat, menyerahkan zakat kepada yang berhak dan mengumpulkan orang-orang yang berhak menerima zakat.
Memungut zakat, menulis zakat, membahagikan zakat kepada yang berhak dan menghimpunkan orang-orang yang berhak menerima zakat.
Meletakkan harga zakat, mencatit zakat, memisah-misahkan zakat kepada yang berhak dan membahagikan orang-orang yang berhak menerima zakat.
Siapakah dia Al Gharimin?
Orang Islam yang berhutang secara yang diluluskan oleh hukum Syara’ - berhutang untuk perkara asasi dan menepati hukum Syara’.
Orang Islam yang berhutang secara yang diluluskan oleh hukum Syara’ - berhutang untuk perkara yang kurang memerlukan dan untuk kepuasan hati sendiri.
Orang Islam yang berhutang secara yang diluluskan oleh hukum Syara’ - berhutang sebab tidak mahu kalah dan untuk mempamerkan kepada orang lain.
9. Isteri termasuk di dalam salah satu golongan orang yang tidak berhak menerima zakat. Kenapa?
Sebab isteri bukan termasuk di dalam golongan orang yang susah dan berhutang.
Sebab isteri lebih kaya daripada suaminya.
Sebab isteri adalah di bawah tanggungjawab suami.
10. Jawab masalah di bawah ini:-
Rahiah yang berada di Turkey mempunyai harta perniagaan yang sangat banyak yang terletak di Canada, Barcelona dan New Zealand. Pilih hukum, alasan dan selesai.
H: Tidak wajib Rahiah mengeluarkan zakat.
A: Sebab dia miskin dan hartanya tidak sampai nisab.
S: Dia tidak wajib mengeluarkan zakat di mana-mana.
H: Wajib Rahiah mengeluarkan zakat.
A: Sebab dia kaya dan berkemampuan dan hartanya sampai nisab.
S: Dia wajib mengeluarkan zakat di negeri tempat hartanya berada iaitu Canada, Barcelona dan New Zealand.
H: Wajib Rahiah mengeluarkan zakat.
A: Sebab dia kaya dan berkemampuan dan hartanya sampai nisab.
S: Dia wajib mengeluarkan zakat di negeri tempat dia berada iaitu Turkey.
11. Jawab masalah di bawah ini:
Yusri telah berhutang banyak seperti berhutang kereta, rumah dan barang-barang kerja. Nyatakan Hukum, Alasan dan Selesai.
H: Yusri tidak wajib mengeluarkan zakat.
A: Dia seorang yang berhutang yang digelar Al Gharimin.
S: Dia sebenarnya tergolong kepada orang-orang yang berhak menerima zakat.
H: Yusri wajib mengeluarkan zakat.
A: Dia seorang yang kaya sebab itu tidak banyak hutang.
S: Dia wajib mengeluarkan zakat setiap tahun.
H: Yusri tidak wajib mengeluarkan zakat.
A: Dia mempunyai hutang yang banyak dan berhutang kepada benda-benda yang tidak berfaedah.
S: Dia sebenarnya tergolong kepada orang-orang yang tidak berhak menerima zakat.
