wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz PSI Menjaga Pandangan mata dan memelihara maruah diri

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan

يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ

a)

Menjaga keluarga dan keturunan

b)

Memelihara maruah dan kehormatan diri

c)

Menyekat pandangan dan memelihara kehormatan

d)

Menjaga diri dan kehormatan

2.

Pilih tuntutan hukum yang tepat berdasarkan ayat 30-31 surah an-Nur

a)

Allah memerintahkan supaya menjaga kehormatan dengan menutup aurat

b)

Orang mukmin dilarang melihat perkara mungkar yang boleh merosakkan akal

c)

Muslimat tidak boleh mendedahkan perhiasan diri kecuali batasan yang dibenarkan

d)

Kaum lelaki tidak perlu menjaga batasan aurat

3.

Golongan mukminat hanya dibenarkan memperlihatkan perhiasan dirinya kepada ....

a)

Bapa suami mereka

b)

Anak tiri mereka

c)

Sepupu mereka

d)

Adik beradik mereka

4.

Apakah peristiwa yang menyebabkan ayat 30 - 31 surah an-Nur ini diturunkan?

a)

Lelaki dan wanita saling berpandangan

b)

Lelaki dan wanita saling berdua-duaan

c)

Lelaki dan wanita saling berpegang tangan

d)

Lelaki dan wanita berjalan beriringan

5.

Aurat lelaki ialah di antara pusat dan lutut.

a)

Salah

b)

Betul

6.

Aurat antara seorang mukminah dan lelaki ajnabi adalah keseluruhan anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Lafaz yang dijadikan asas istinbat hukum wajib menjaga pandangan ialah..

a)

يَغُضُّواْ

b)

يَغۡضُضۡنَ

c)

وَلَا يُبۡدِينَ

8.

Gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat seperti pencabulan terhadap wanita adalah berpunca daripada masalah berikut ...

a)

Kegagalan umat Islam menutup aurat dengan sempurna

b)

Kegagalan menjaga pandangan mata

c)

Kegagalan umat Islam menapis bahan di dalam internet

d)

Kegagalan umat Islam mendalami ilmu agama sehingga mudah terjerumus dengan perkara maksiat

9.

Islam tidak menetapkan fesyen tertentu, yang penting pakaian tersebut menutup aurat.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Anda mempunyai seorang kawan yang selalu mendedahkan aurat ketika keluar berjalan dengan anda. Apakah tindakan yang sepatutnya anda lakukan?

a)

Tidak berkawan dengannya agar tidak terpengaruh

b)

Tegur dengan sopan dengan mengatakan perbuatannya boleh mengundang maksiat

c)

Biarkan sahaja kerana cara berpakaian adalah hak individu

d)

Laporkan kepada pihak berkuasa agama di tempat anda supaya tindakan dapat diambil ke atasnya

11.

Hukum menutup aurat ialah

a)

harus

b)

sunat

c)

wajib

d)

haram

12.

Antara kebaikan menutup aurat ialah

a)

akan dipandang mulia oleh masyarakat

b)

menyebabkan berlakunya fitnah

c)

menghindari diri daripada maksiat

d)

terdedah kepada jenayah seperti rogol

13.

Adab-adab menjaga penampilan ialah

a)

berpakaian secara sederhana dan menutup aurat

b)

mengenakan perhiasan yang keterlaluan

c)

pakaian yang nipis dan ketat

d)

tidak menyerupai pakaian orang kafir

14.

Antara cara menjaga pandangan mata ialah

a)

memelihara mata daripada melihat semua perkara

b)

menjaga mata daripada melihat perkara yang haram

c)

tidak melihat aurat wanita yang bukan mahram

d)

melihat perkara yang melaghokan/melalaikan

15.

Berikut merupakan pengajaran ayat 30-31 Surah An-Nur

a)

Umat Islam hendaklah sentiasa menyediakan bekalan amalan agar hidup selamat.

b)

Umat Islam lelaki dan perempuan hendaklah menutup aurat dengan sempurna agar hidup diberkati Allah.

c)

Umat Islam hendaklah menjaga pandangan daripada melihat perkara yang melalaikan dan perkara yang haram seperti melihat bahan lucah.

d)

Umat Islam hendaklah sentiasa menjaga adab pergaulan,adab berkomunikasi serta penampilan dengan baik agar diberi pahala.

16.

Senaraikan DUA tuntutan hukum daripada ayat 30-31 Surah An-Nur.

a)

Menjaga percakapan

b)

Memelihara mauah diri

c)

Memelihara ahli keluarga

d)

Menjaga pandangan mata

17.

Berikan EMPAT isi penting Sebab Nuzul ayat 30 Surah An-Nur.

a)

Kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah di Kota Madinah

b)

Apabila sampai di rumah Rasulullah lelaki tersebut mengadu keadaannya, maka turunlah ayat ini.

c)

Seorang lelaki saling bertentang mata dengan seorang wanita dan membuatkan mereka saling terpikat

d)

Ketika dalam perjalanan, lelaki tersebut terlanggar tembok dan berdarah dan lelaki itu tidak mengesat darahnya.

e)

Orang mu'min diperintahkan supaya memelihara kehormatan diri srta menutup aurat seperti yang dikehendaki dalam syariat Islam

18.

EMPAT ciri Kaedah Istinbat Hukum menjaga kehormatan diri

a)

LAFAZ : "يغضوا " دان "يحفظوا "

b)

MAKNA : menyekat dan memelihara

c)

KAEDAH : setiap perkara yang menunjukkan perintah adalah wajib

d)

BENTUK : جَوَاب الأَمر kepada lafaz قُل menunjukkan wajib kerana berbentuk perintah

e)

HUKUM : oleh itu, Wajib menjaga pandangan mata dan memelihara maruah diri

19.

Berikut merupakan pelaksanaan tuntutan ayat kecuali...

a)

Memelihara kehormatan diri daripada perkara mungkar dan maksiat

b)

Menutup aurat untuk memelihara maruah diri dan keluarga bagi lelaki dan perempuan

c)

Melahirkan umat Islam yang mengetahui batas pergaulan sesama jantina atau berlainan jantina.

d)

Tidak melihat perkara yang diharamkan yang boleh merosak pemikiran dan mengarah kepada membuat maksiat

20.

lafaz يغضوا dan يحفظوا adalah ........... kepada lafaz قل yang menunjukkan perintah

a)

فعل الأمر

b)

جواب الأمر

c)

فعل الماضى

d)

فعل المضارع