wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji RBT Tingkatan 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi bagi mekatronik?

a)

Pengaturcaraan komputer untuk menggerakkan peralatan elektronik

b)

Gabungan sistem mekanikal dan elektronik untuk menghasilkan produk

c)

Aplikasi elektronik dan teknologi komputer untuk mengawal pergerakan sistem mekanikal suatu produk

d)

Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal, elektronik, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki

2.

Apakah maksud reka bentuk mekatronik?

a)

Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu mekanikal, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki

b)

Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektronik, mekanikal, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki

c)

Reka bentuk produk atau sistem yang menggunakan satu proses kawalan atau pemindahan tenaga melalui pergerakan mekanikal seperti tuas, mesin atau jentera

d)

Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektronik, elektrik, mekanikal, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki

3.

Rajah 3 menunjukkan suatu produk mekatronik.


Apakah sistem yang membolehkan produk tersebut bergerak secara berputar?

a)

Sistem elektrik

b)

Sistem elektronik

c)

Sistem mekanikal

d)

Sistem kawalan dan pengaturcaraan

4.

Antara berikut, apakah aspek yang diambil kira dalam sistem elektrik sebuah produk mekatronik?


I Kedudukan peranti dalam litar

II Harga litar

III Saiz litar

IV Sambungan litar

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

5.

Apakah aplikasi yang perlu diaktifkan telefon pintar agar boleh berfungsi sebagai alat kawalan bagi kereta kawalan jauh?

a)

Wi-fi

b)

Hotspot

c)

Bluetooth

d)

Inframerah

6.

Apakah fungsi penderia dalam mesin basuh automatik?

a)

Mengerakkan motor AU

b)

Memastikan arahan yang dipilih pengguna dilaksanakan

c)

Memberi isyarat input apabila air di dalam dram telah penuh

d)

Membolehkan mesin basuh mempunyai banyak fungsi secara serentak

7.

Apakah kaedah pengujian yang digunakan untuk menilai kefungsian sesuatu produk mekatronik?

a)

Ujian kestabilan

b)

Ujian parameter

c)

Ujian ketahanan

d)

Ujian kekemasan

8.

Berikut menunjukkan sebahagian langkah yang terlibat dalam proses penghasilan produk. Susun mengikut urutan yang betul.

I Pendokumentasian

II Pengujian / penambahbaikan

III Lakaran idea

IV Penghasilan model

a)

I, III, II, IV

b)

I, III, IV, II

c)

III, IV, I, II

d)

III, IV, II, I

9.

Susun mengikut urutan yang betul sebahagian langkah-langkah dalam proses penghasilan produk.


I Kajian keperluan pelanggan

II Projek brief

III Penyelesaian masalah inventif

IV Penjanaan idea

a)

I, III, II, IV

b)

I, III, IV, II

c)

III, IV, I, II

d)

III, IV, II, I

10.

Apakah definisi bagi projek brief?

a)

Aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada masa kini dan akan datang

b)

Proses penambahbaikan terhadap sesuatu produk berdasarkan pandangan dan harapan pelanggan

c)

Proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk

d)

Kaedah penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya telah dikenal pasti terlebih dahulu

11.

Antara komponen berikut, yang manakah boleh dikategorikan sebagai reka bentuk fesyen?

a)

Zip

b)

Lampu LED

c)

Bateri

d)

Wayar lembar tunggal

12.

Rajah 2 menunjukkan penggunaan berus kasut.


Apakah kelemahan produk tersebut?

a)

Harganya mahal

b)

Merosakkan permukaan kasut

c)

Pemegang berus tidak tahan lama

d)

Mengambil masa yang lama untuk menggilap kasut

13.

Rajah 4 menunjukkan Jambatan Icon Elmina yang boleh dijumpai di Shah Alam.


Apakah prinsip reka bentuk yang digunakan pada jambatan tersebut?

a)

Keseimbangan

b)

Kontras

c)

Keringkasan

d)

Pergerakan

14.

Antara berikut, yang manakah membawa maksud subjek?

a)
b)
c)
d)
15.

Rajah 8 menunjukkan sejenis alat yang digunakan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik.


Antara berikut yang manakah kegunaan alat itu?

a)

Mengapit bahan kerja

b)

Menjalur penebat wayar

c)

Memateri komponen elektronik

d)

Menggerudi lubang dan memasang skru

16.

Antara berikut, manakah yang menerangkan tentang bajet?

a)

Anggaran kos upah dan kos overhed yang diperlukan

b)

Anggaran kos bahan dan peralatan dalam menghasilkan suatu produk

c)

Jumlah perbelanjaan yang dihadkan untuk menghasilkan suatu produk

d)

Anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya dan menguntungkan

17.

Antara berikut, manakah merupakan sebahagian daripada langkah utama dalam menghasilkan sebuah produk berfungsi?


I Melakukan kerja kemasan pada produk

II Menganalisis lakaran reka bentuk produk

III Mengenal pasti prinsip reka bentuk produk

IV Membina dan mencantum bahagian-bahagian produk

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

18.

Antara berikut, manakah pernyataan yang betul tentang penilaian?

a)

Dijalankan menggunakan kaedah ujian parameter

b)

Dilakukan untuk menguji aspek kefungsian dan ketahanan

c)

Dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang diperoleh

d)

Digunakan dalam peringkat pengujian untuk tujuan perbandingan dengan kaedah lain

19.

Berikut merupakan maklumat tentang kepentingan suatu langkah dalam penghasilan produk.


  • Diperlukan dalam proses pendaftaran paten sesuatu produk
  • Penting sebagai rujuka masa akan datang


Apakah langkah yang dimaksudkan?

a)

Penilaian produk

b)

Penyediaan bajet

c)

Pendokumentasian

d)

Analisis keputusan ujian parameter

20.

Pilih aspek yang perlu diambil kira semasa membuat penilaian kefungsian reka bentuk sesuatu produk yang telah diubah suai.


I Keupayaan produk

II Nilai estetika

III Keselamatan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

I, II dan III