wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MUAMALAH ISLAM

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Maksud Muamalah Islam ialah

a)

Hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan.

b)

Ijab dan kabul dalam urusan perniagaan dan kewangan.

c)

Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga.

2.

Hukum Muamalah Islam ialah

a)

wajib

b)

harus

c)

sunat

d)

makruh

3.

Antara matlamat pensyariatan Muamalah Islam ialah mengiktiraf pemilikan harta melalui akad yang sah.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Pilih pernyataan yang BETUL mengenai perbandingan antara Muamalah Islam dan konvensional.

a)

Muamalah Islam dan konvensional mengamalkan riba.

b)

Muamalah Islam berteraskan keimanan kepada Allah manakala konvensional berteraskan ketakwaan kepada Allah.

c)

Muamalah Islam bebas daripada unsur judi dan gharar manakala konvensional mengandungi unsur judi dan gharar.

5.

Pilih dua unsur yang diharamkan dalam muamalah Islam.

a)

jual beli

b)

riba

c)

saham

d)

dharar

6.

Apakah maksud dharar?

a)

Setiap perkara yang membawa kerosakan.

b)

Kesamaran dalam urusan muamalah yang tidak dibenarkan oleh syarak.

c)

Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga.

7.

Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang adalah maksud bagi

a)

riba

b)

dharar

c)

gharar

d)

judi

8.

Manakah antara berikut BUKAN rukun akad?

a)

Pihak yang berakad

b)

Sesuatu yang diakadkan

c)

sighah

d)

syarat wajib

9.

Manakah antara berikut syarat akad bagi pihak yang berakad? Pilih dua sahaja.

a)

Dapat diserahkan ketika akad.

b)

Penjual dan pembeli mestilah baligh dan berakal.

c)

Melibatkan dua pihak dan bebas membuat pilihan.

10.

Skim cepat kaya ialah haram kerana mengandungi unsur judi, riba dan gharar.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Skim cepat kaya ialah haram kerana mengandungi unsur judi, riba dan gharar.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Berapakah bilangan jenis akad yang dipelajari?

a)

5

b)

7

c)

9

d)

11

13.

Pilih jenis akad yang berbentuk kebajikan:

a)

wakalah

b)

wakaf

c)

hibah

d)

qardu

14.

Terdapat 2 akad berbentuk jaminan iaitu :

a)

kafalah dan wakalah

b)

wadiah dan ar-rahnu

c)

wakaf dan hibah

d)

ar-rahnu dan kafalah

15.

Jual beli dan sewa termasuk dalam akad berbentuk :

a)

Jaminan

b)

Kebajikan

c)

Pertukaran

d)

Perkongsian

16.

Akad berbentuk perkongsian termasuklah musyarakah dan ...

a)

mudharabah

b)

kafalah

c)

wakalah

d)

wadiah

17.

Maksud hibah ialah memberikan sesuatu secara ____________ dengan rela hati kepada orang lain ketika pemberi masih hidup

a)

sederhana

b)

terbuka

c)

sembunyi

d)

percuma

18.

Mukhriz menyimpan RM200 daripada gaji bulanannya di dalam akaun Tabung haji. Akad muamalat ini dinamakan...

a)

Ar-Qardu

b)

Wadiah

c)

Hibah

d)

Waqaf

19.

Akad yang menetapkan sesuatu harta atau perniagaan yang dikongsi bersama oleh 2 orang atau lebih


Penyataan di atas merujuk kepada ...

a)

mudharabah

b)

musyarakah

c)

jual beli

d)

sewa

20.

Amir memberikan suntikan modal RM20,000 kepada Haziq untuk mengembangkan perniagaan kasut miliknya. Muamalat yang dilakukan oleh Amir dan Haziq ini termasuk dalam kategori akad jenis..

a)

Wakalah

b)

Mudharabah

c)

Kafalah

d)

Pinjaman

21.

Aina ingin menjual rumah banglonya di Damansara tetapi tidak tahu cara melakukannya. Dia meminta pertolongan Izzul untuk menjualnya dengan bayaran 10% dari harga rumah.


Situasi ini menunjukkan muamalah jenis ...

a)

kafalah

b)

jualbeli

c)

upah

d)

wakalah

22.

Ar-Qardu ialah menggadaikan sesuatu sebagai ___________ kepada sesuatu ___________

a)

pinjaman.....barang

b)

jaminan .....pinjaman

c)

pegangan .....urusan

d)

cagaran ....muamalah

23.

Apakah hukum melakukan jualbeli online?

a)

sunat

b)

makruh

c)

harus

d)

haram

24.

Atiqah ingin meminjam wang daripada Bank Islam untuk membeli sebidang tanah di Rawang dan dia telah meminta sepupunya Aqilah untuk menjadi penjaminnya.


Apakah nama bagi muamalah ini?

a)

Pinjaman

b)

Wakalah

c)

Hibah

d)

Kafalah

25.

Menjalankan perniagaan secara perkongsian dengan orang merupakan salah satu contoh akad dalam

a)

musaadah

b)

muhasabah

c)

mukarramah

d)

musyarakah

26.

Yusri mempunyai sebuah apartment di Kuala Lumpur. Dia boleh menjana keuntungan daripada apartmentnya dengan cara melakukan akad muamalat berbentuk....(pilih 2)

a)

wakalah

b)

sewa

c)

waqaf

d)

jual beli

27.

Menyimpan wang adalah contoh bagi muamalat

a)

Qardh

b)

Hibah

c)

Wakaf

d)

Wadiah

28.

Perkongsian untuk menubuhkan syarikat perniagaan adalah contoh muamalat

a)

Musyarakah

b)

Mudharabah

c)

Wakalah

d)

Kafalah

29.

Ayat di atas adalah berkaitan dalil tentang...

a)

Muamalah

b)

Perundangan

c)

Perkahwinan

d)

Ekonomi

30.

Hibah dan wakaf temasuk dalam akad muamalat Islam jenis __________

a)

Jaminan

b)

Kebajikan

c)

Perkongsian

d)

Agen

31.

Pertukaran barang dengan barang dengan persetujuan penjual dan pembeli ialah maksud

a)

Jual beli

b)

Sewaan

c)

Wakaf

d)

Syarikat

32.

Berikut adalah matlamat muamalat dalam Islam kecuali __________________________.

a)

semua urusan bertepatan dengan syariat Islam.

b)

mewujudkan masyarakat yang adil.

c)

memiliki harta dengan cara yang sah.

d)

menjaga kepentingan pihak yang terlibat.

33.

Antara yang berikut, yang manakah muamalat Islam yang berkaitan dengan perkongsian?

a)

Mudharabah

b)

Gadaian

c)

Wakalah

d)

Kafalah

34.

Berikut ialah mumalat Islam yang berkaitan dengan kebajikan kecuali ______________________.

a)

hibah

b)

wakaf

c)

wadiah

d)

rahn

35.

Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat yang boleh diberikan secara sewa dengan pembayaran tertentu.


Pernyataan di atas merujuk kepada ____________________.

a)

sewaan

b)

takaful

c)

wadiah

d)

wakaf

36.

Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang.


Pernaytaan di atas merujuk kepada ____________________.

a)

riba'

b)

gharar

c)

judi

d)

dharar

37.

Antara yang berikut, yang manakah bukan rukun akad dalam muamalat Islam?

a)

Saksi

b)

Sighah

c)

Pihak yang berakad

d)

Sesuatu yang diakadkan

38.

Setiap perkara yang membawa kerosakan ialah maksud ___________________.

a)

judi

b)

riba'

c)

dharar

d)

gharar

39.

Encik Badrul menjadi penjamin kepada Encik Kamarul yang membuat pembiyaan daripada sebuah bank.


Muamalat yang dilakukan oleh Encik Badrul ialah ________________.

a)

kafalah

b)

wakalah

c)

hibah

d)

takaful

40.
  1. Menunjukkan keadilan Allah dalam mengatur urusan kehidupan manusia
  2. Mengiktiraf pemilikan harta melalui akad yang sah


Penyataan diatas merujuk kepada .......

a)

hikmah muamalah Islam

b)

objektif muamalah Islam

c)

konsep muamalah Islam

d)

matlamat muamalah Islam