Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz BM T5 - Kata Majmuk Kiasan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Kalau kita bersikap ___________ , kita tidak akan disenangi oleh kawan-kawan.

a)

ada hati

b)

makan gaji

c)

hidung tinggi

d)

buka mata

2.

Setelah Hanis berjaya memperoleh Ijazah Sarjana, barulah saudara-maranya _______________ .

a)

buka mata

b)

ringan tulang

c)

naik angin

d)

buah mulut

3.

Lagu 'Mimpi' dendangan K-Clique itu kerap menjadi ________ apabila saya bersendirian di rumah.

a)

adu nasib

b)

buka mata

c)

halwa telinga

d)

hidung tinggi

4.

Dia _____________ apabila kawan-kawan mengusiknya.

a)

adu nasib

b)

tangan terbuka

c)

lupa daratan

d)

naik angin

5.

Khairul menerima tanggunggjawab membiayai pelajaran anak yatim itu dengan _____________ .

a)

tangan terbuka

b)

anak dagang

c)

halwa telinga

d)

buah mulut

6.

Amir menjadi ___________ apabila sudah kaya.

a)

batu loncatan

b)

adu nasib

c)

naik angin

d)

lupa daratan

7.

Sebagai _______________ , Hasan pandai mengambil hati penduduk tempatan.

a)

banting tulang

b)

anak dagang

c)

lupa daratan

d)

ringan tulang

8.

Walaupun berpangkat tinggi tetapi dia seorang yang ________________ .

a)

buah mulut

b)

halwa telinga

c)

adu nasib

d)

rendah diri

9.

Kawasan rumah Encik Shamsul selalu bersih kerana tukang kebunnya ________________ .

a)

ada hati

b)

buah mulut

c)

ringan tulang

d)

lupa daratan

10.

Walaupun berpendapatan kecil, Zehra _____________ hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

a)

anak dagang

b)

lupa daratan

c)

ada hati

d)

hidung tinggi

11.

Daniel datang dari seberang dan cuba meng___________ di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

a)

adu nasib

b)

ringan tulang

c)

makan gaji

d)

tangan terbuka

12.

Natasha bekerja _____________ dengan abangnya.

a)

naik angin

b)

rendah diri

c)

anak dagang

d)

makan gaji

13.

"Kursus membuat kek ini hanyalah ______________ sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan," ujar Alif Syukri.

a)

halwa telinga

b)

batu loncatan

c)

buah mulut

d)

rendah diri

14.

Ayah mem_______________ mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.

a)

banting tulang

b)

ada hati

c)

buah mulut

d)

ringan tulang

15.

Berita tentang Ahmad membawa gadis Inggeris pulang telah menjadi ______________ seluruh kampung.

a)

tangan terbuka

b)

anak dagang

c)

lupa daratan

d)

buah mulut