NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tingkatan 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pilih jawapan yang tepat.
Sarang burung tempua yang bergayutan di ranting pohon itu menarik perhatian kami.
Sarang burung tempua yang bergayutan pada ranting pohon itu menarik perhatian kami.
Pilih jawapan yang tepat.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian cikgu hadir ke majlis perkahwinan kakak saya pada minggu lalu.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian cikgu hadir ke majlis perkahwinan kakak saya pada minggu lalu.
Pilih jawapan yang tepat.
Sejak kempen kitar semula pihak berkuasa tempatan lancarkan, tahap kebersihan di kawasan kediaman itu kian meningkat.
Sejak kempen kitar semula dilancarkan oleh pihak berkuasa tempatan, tahap kebersihan di kawasan kediaman itu kian meningkat.
Pilih jawapan yang tepat.
“Wahai belia harapan negara, taburlah jasa kepada agama, nusa dan bangsa,” kata Menteri Besar semasa berucap dalam perhimpunan belia, kelmarin.
“Wahai belia harapan negara, taburlah jasa pada agama, nusa dan bangsa,” kata Menteri Besar semasa berucap dalam perhimpunan belia, kelmarin.
Pilih jawapan yang tepat.
Pihak berkuasa telah berjaya menyelesaikan beberapa kes-kes pecah rumah dan samun di kawasan perumahan itu.
Pihak berkuasa telah berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan samun di kawasan perumahan itu.
Pilih jawapan yang tepat.
Anggota masyarakat Kampung Damai menunjukkan kerjasama yang erat dalam kempen mencegah denggi anjuran Jabatan Kesihatan.
Anggota masyarakat Kampung Damai menunjukkan kerjasama yang erat dalam kempen menghapuskan denggi anjuran Jabatan Kesihatan.
Pilih jawapan yang tepat.
Kejohanan merentas desa sekolah kami pada tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah.
Kejohanan merentas desa sekolah kami pada tahun ini telah Tuan Pegawai Pendidikan Daerah rasmikan.
Pilih jawapan yng tepat.
Rakyat Malaysia sungguh bertuah kerana dapat menikmati berbagai jenis juadah pada musim perayaan.
Rakyat Malaysia sungguh bertuah kerana dapat menikmati pelbagai jenis juadah pada musim perayaan.
Pilih jawapan yang tepat.
Negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia
Negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik sekali di dunia
Pilih jawapan yang tepat.
Suasana di kawasan kampung sangat menenangkan terutamanya di waktu pagi.
Suasana di kawasan kampung sangat menenangkan terutamanya pada waktu pagi.
