wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sains Tahun 5 bab 1-6

Total questions: 50

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Kedudukan meniskus yang betul semasa mengambil bacaan suhu ialah.....

a)
b)
c)
d)
2.

Rajah menunjukkan pemerhatian dalam satu penyiasatan yang dijalankan. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian ini?

a)

Belon mengembang kerana panas.

b)

Belon bersifat kenyal.

c)

Udara dalam botol mengembang apabila menerima haba.

d)

Udara dalam botol bertambah apabila menerima haba.

3.

Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?

a)

Panaskan bebola logam.

b)

Rendam bebola logam dalam air.

c)

Panaskan bebola dan gelang logam.

d)

Rendam gelang logam dalam air

4.

Rajah menunjukkan sebuah landasan keretapi. Apakah yang perlu dilakukan supaya landasan itu tidak membengkok pada hari panas?

a)

Besarkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

b)

Kecilkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

c)

Gantikan kepingan besi landasan keretapi dengan kayu.

d)

Bina landasan keretapi yang lurus.

5.

Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?

a)

Rendam gelas P dalam air panas.

b)

Rendam gelas Q dalam air panas.

c)

Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.

d)

Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.

6.

Situasi yang ditunjukkan dalam rajah di bawah menggunakan aplikasi pengembangan kecuali...

a)
b)
c)
d)
7.

Apakah bahan yang paling sesuai digunakan didalam termometer ?

a)

Air berwarna

b)

Kerosin

c)

Merkuri

d)

Air gula

8.

Suhu ialah ...

a)

haba

b)

sukatan darjah haba

c)

sukatan darjah kepanansan sesuatu objek

d)

darjah Celcius

9.

mempunyai dua atau lebih laluan untuk tenaga elektrik mengalir

a)

Litar bersiri

b)

Litar selari

10.

digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar elektrik

a)

mentol

b)

wayar

c)

suis

11.

membekalkan tenaga elektrik kepada lampu basikal

a)

akumulator

b)

bateri

c)

dinamo

12.

Litar tersebut dikenali sebagai.....

a)

Litar selari

b)

Litar bersiri

c)

Litar elektrik tak lengkap

13.

Yang manakah benar mewakili litar tersebut?

a)

Semua nyalaan mentol cerah

b)

Jumlah tenaga elektrik yang sama melalui setiap laluan adalah sama

c)

Mentol disusun secara selari

d)

Semua mentol berkongsi tenaga elektrik yang dibekalkan daripada sel kering

14.

Mengapakah mentol di dalam litar itu tidak menyala?

a)

Wayar penyambung telah disambungkan dengan betul.

b)

Bilangan sel kering perlu ditambah

c)

Sel kering disusun salah.

d)

Suis tidak dipasang.

15.

J- Kincir air

K- Dinamo

L- Sel suria

M- Mentol


Antara yang berikut, yang manakah sumber tenaga elektrik?

a)

J dan K

b)

J dan M

c)

K dan L

d)

L dan M

16.

Antara yang berikut, yang manakah mewakili komponen elektrik tersebut?

a)
b)
c)
d)
17.

Apakah kelebihan sel kering berbanding dengan akumulator?

a)

Menjimatkan

b)

Kuasanya tahan lama

c)

Bentuknya yang cantik

d)

Saiznya kecil dan ringan

18.

Carta palang yang manakah mewakili keputusan dalam Rajah 3 dengan betul?

a)
b)
c)
d)
19.

Apakah ciri khas pada pokok betik untuk melindungi diri daripada musuh?

a)

berduri tajam

b)

bergetah

c)

berbulu halus

d)

beracun

20.

Tangan Arif berasa gatal selepas menyentuh tumbuhan R. Apakah tumbuhan R?

a)

cendawan

b)

semalu

c)

kaktus

d)

buluh

21.

Tumbuhan S mengeluarkan bau busuk menyebabkan haiwan tidak memakannya. Apakah tumbuhan S?

a)

Keladi

b)

Nangka

c)

Jeremin

d)

Keembung

22.

Tumbuhan manakah yang mempunyai ciri khas seperti tumbuhan di bawah?

a)

tebu

b)

semalu

c)

bunga tahi ayam

d)

pong-pong

23.

Pokok kunyit menggulungkan daunnya semasa cuaca panas.

Apakah tujuan pokok kunyit menggulungkan daunnya?

a)

mengelakkan kehilangan air

b)

mengelakkan serangan musuh

c)

menjalankan proses fotosintesis

d)

mengelakkan cahaya matahari yang terlalu panas

24.

Apakah pokok yang mempunyai kulit yang tebal untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk?

a)

pokok getah

b)

pokok mapel

c)

pokok mempelam

d)

pokok jagung

25.

Apakah ciri yang ada pada pokok kelapa yang melindungi diri daripada angin kencang?

a)

batang yang kuat

b)

batang mudah lentur

c)

daun yang banyak

d)

daun yang mudah tercabut

26.

Pokok apakah yang berbulu halus yang dapat melindungi diri daripada kehilangan air semasa cuaca panas?

a)

pokok tebu

b)

pokok labu

c)

pokok tomato

d)

pokok strawberi

27.

Bagaimanakah biji benih ini dipencarkan?

a)

air

b)

tanah

c)

angin

d)

haiwan

28.
Apakah ciri yang istimewa terdapat pada buah yang ditunjukkan untuk dipencarkan oleh air?
a)
kulit luar yang berlilin dan mempunyai sabut
b)
kulit luar yang berlilin dan menyerap air
c)
mempunyai sabut dan ringan
d)
mempunyai sabut dan berkulit keras.
29.

Apakah fungsi duri pada tumbuhan?

a)

untuk menyebabkan rasa gatal pada musuh

b)

untuk menyimpan air

c)

untuk melukakan musuh

d)

untuk mengurangkan kehilangan haba

30.

Antara tumbuhan berikut, yang manakah mempunyai daun berlilin yang kalis air untuk mengurangkan kehilangan air daripada tumbuhan itu?

a)
b)
c)
d)
31.

Apakah yang dimaksudkan dengan kemandirian spesies?

a)

keupayaan haiwan dan tumbuhan untuk mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan

b)

kepupusan yang berlaku di kalangan haiwan dan tumbuhan

c)

cara haiwan dan tumbuhan untuk memastikan spesies pupus

32.

Landak mempunyai duri-duri tajam pada badannya. Bagaimanakah caranya landak mempertahankan dirinya daripada musuh?

a)

berlari ke arah musuh sambil mengacukan durinya kepada musuh.

b)

menegakkan duri-duri untuk menakutkan musuh dan duri ini boleh mencederakan musuh jika menyentuh atau menyerangnya.

c)

menembak dengan menggunakan duri yanag ada pada badannya

33.

Haiwan berikut mempunyai cangkerang keras untuk melindungi diri kecuali..

a)

penyu

b)

belangkas

c)

rusa

34.

Haiwan berikut mempunyai sisik keras untuk melindungi diri daripada musuh, kecuali..

a)

tenggiling

b)

buaya

c)

ular

35.

Haiwan herbivor mempunyai tanduk yang kuat dan tajam untuk melindungi dari musuh. Manakah antara haiwan berikut yang TIDAK mempunyai tanduk?

a)

rusa

b)

kambing

c)

unta

36.

Haiwan seperti lebah, tebuan, kala jengking, lipan dan ular mempertahankan diri dari musuh dengan..

a)

cangkerang keras

b)

sisik keras

c)

bisa

d)

tanduk

37.

Antara cara haiwan mempertahankan diri ialah dengan mengeluarkan bau busuk untuk menghalau musuhnya. Semua haiwan di bawah melakukan cara itu kecuali..

a)

skunk

b)

lipas

c)

kambing

d)

pepijat

38.

Haiwan seperti singa, harimau, helang, dan beruang menggunakan kuku tajam untuk..

a)

memakan mangsa

b)

mengejar mangsa

c)

melindungi diri dan memburu mangsa

39.

Apakah kegunaan kaki panjang dan berotot kuat bagi katak dan kuda?

a)

bergerak pantas untuk melepaskan diri daripada musuh

b)

untuk melompat

c)

untuk memburu

40.

Mengapakah haiwan perlu memastikan kemandirian spesiesnya?

a)

untuk mengelakkan daripada diserang musuh

b)

untuk mengelakkan daripada kepupusan

c)

untuk mengelakkan daripada kehilangan anak

41.

Yang mana di antara berikut yang bukan fungsi sistem rangka manusia?

a)

Menyokong tubuh

b)

Melindungi otak

c)

Melindungi organ dalaman

d)

Bernafas

42.

Bahagian ini membantu dalam mengawal pergerakan manusia, apakah nama bahagian ini?

a)

Tulang belakang

b)

Tulang rangka

c)

Sendi

d)

Tengkorak

43.

Rajah ini menunjukkan salah satu bahagian rangka utama manusia. Bahagian ini dikenali sebagai?

a)

Tengkorak

b)

Tulang belakang

c)

Tulang rusuk

d)

Tulang tangan

44.

Contoh makanan yang sesuai untuk penjagaan sistem rangka?

a)

Sayuran

b)

Susu

c)

Bijirin

d)

Lemak

45.

Otak manusia dilindungi oleh?

a)

Tengkorak

b)

Tulang belakang

c)

Tulang rusuk

d)

Sendi

46.

Apakah yang terjadi pada sistem rangka apabila kita membesar?

a)

Ia kekal sama saiz

b)

Ia membesar

c)

Ia mula mengecil

d)

Ia mengecut

47.

Apakah fungsi sistem peredaran darah?

a)

Membekalkan nutrient ke seluruh badan

b)

Untuk mengekalkan suhu badan

c)

untuk menentang jangkitan dan penyakit

d)

Untuk mengangkut oksigen, nutrient dan darah ke seluruh badan

48.

Gambar di atas menunjukkan satu organ penting dalam badan manusia. Apakah fungsi utama organ ini?

a)

Ia mengepam darah ke peparu, kembali ke jantung dan kemudia ke seluruh badan.

b)

Ia mengepam darah ke seluruh badan, kemudian ke peparu dan balik semula ke jantung.

c)

Ia mengepam darah ke peparu, kemudian ke seluruh badan dan balik semula ke peparu.

d)

Ia mengepam darah ke seluruh badan, kemudian balik ke jantung dan peparu.

49.

Bagaimanakah cara untuk menjaga sistem peredaran darah supaya berfungsi dengan baik?

a)

Makan makanan berlemak

b)

Minum minuman beralkohol

c)

Tidur berlebihan

d)

Bersenam

50.

" Mengangkut oksigen ke seluruh tubuh "


Pernyataan di atas merupakan fungsi ......

a)

jantung

b)

peparu

c)

darah

d)

otot