wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AYAT MAJMUK & AYAT TUNGGAL

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan ayat tunggal?

a)

Kakak saya amat meminati tarian Zapin.

b)

Zack gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

c)

Awak hendak ke pasar atau klinik?

d)

Ayah sedang membasuh kereta.

2.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya sambil tersenyum gembira.

a)

Pelakon itu sedang berucap gembira.

Pelakon itu tersenyum gembira di hadapan peminatnya.

b)

Pelakon itu sedang berucap di hadapan.

Pelakon itu dan peminatnya tersenyum gembira.

c)

Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya.

Pelakon itu tersenyum gembira.

3.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Soloz gemar membuat kerja sekolah sambil mendengar muzik di laman web Youtube.

a)

Soloz gemar membuat kerja.

Soloz mendengar muzik Youtube.

b)

Soloz gemar membuat kerja di sekolah.

Soloz mendengar muzik di laman web.

c)

Soloz gemar membuat kerja sekolah.

Soloz mendengar muzik di laman web Youtube.

4.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Semua murid Tingkatan Satu Akrab hadir ke sekolah kecuali Niana.

a)

Semua murid Tingkatan Satu Akrab.

Murid Tingkatan Satu Akrab ialah Niana.

b)

Semua murid TIngkatan Satu Akrab hadir ke sekolah.

Niana tidak hadir ke sekolah.

c)

Semua murid Tingkatan Satu Akrab ke sekolah.

Niana juga hadir ke sekolah.

5.

Tukarkan ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.


John boleh memilih Persatuan Bahasa Sepanyol atau Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kokurikulumnya.

a)

John boleh memilih Persatuan Bahasa sebagai aktiviti kokurikulumnya.

John memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kourikulumnya.

b)

John memilih Persatuan Bahasa Sepanyol sebagai aktiviti kokurikulumnya.

John memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kokurikulumnya.

c)

John boleh memilih Persatuan Bahasa Sepanyol sebagai aktiviti kokurikulumnya.

John boleh memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kokurikulumnya.

6.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Penyanyi wanita kegemaran saya di Malaysia ialah Siti Nurhaliza dan Wany Hasrita.

a)

Penyanyi wanita kegemaran saya di Malaysia ialah Siti Nurhaliza.

Penyanyi wanita kegemaran saya di Malaysia ialah Wany Hasrita.

b)

Penyanyi wanita kegemaran saya ialah Siti Nurhaliza.

Penyanyi wanita kegemaran saya ialah Wany Hasrita.

c)

Penyanyi wanita di Malaysia ialah Siti Nurhaliza.

Penyanyi wanita kegemaran saya di Malaysia ialah Wany Hasrita.

7.

Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Jalan itu dinaiki air.

Jalan itu ditutup sementara waktu.

a)

Jalan yang dinaiki air itu ditutup sementara waktu.

b)

Jalan disana itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

c)

Jalan itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

8.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Kami mendapat berita.

Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.

a)

Kami mendapat berita gembira bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video itu.

b)

Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek.

c)

Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.

9.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Ejen Ali terkejut.

Ejen Ali terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

a)

Ejen Ali terkejung kerana terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

b)

Ejen Ali terkejut tatkala terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

c)

Ejen Ali terperanjat semasa terdengar bunyi letupan bom di kawasan pelabuhan itu.

10.

Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.


Pasukan Manchester United akan berhenti menjalani latihan bola sepak ________hujan bertambah lebat.

a)

apabila

b)

setelah

c)

jika

11.

Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.


Lisa tidak berputus asa ___________ dia gagal dalam temuduga tersebut.

a)

semasa

b)

walaupun

c)

kerana

12.

Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.


Dia membuka pintu almari biru itu ________ mengambil baju lengan panjang miliknya.

a)

lalu

b)

sekiranya

c)

dengan

13.

Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.


Petani itu rajin membajak sawah dari pagi ___________ ke petang.

a)

supaya

b)

hingga

c)

adakala

14.

Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.


Ketua pengawal keselamatan itu berbual-bual kosong _________ menunggu ketibaan para VIP.

a)

sementara

b)

apabila

c)

tatkala

15.

Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.


Jutawan kosmetik itu bukan sahaja sombong _______ kedekut orangnya.

a)

dan

b)

tetapi

c)

malahan