Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PAI TING 4 SEPT/OKT

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Hadis di atas menerangkan tentang kemuliaan apabila mengamalkan hidup berdikari dan tidak meminta-minta.

Berikan maksud berdikari.

a)

Berusaha sekadarnya untuk meneruskan kehidupan di dunia.

b)

Bekerja bersungguh-sunguh setakat yang termampu untuk mencari nafkah.

c)

Berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain.

d)

Bekerja tanpa henti untuk menjamin kehidupan diri dan keluarga.

2.

Berikan maksud petikan hadis di atas.

a)

jika seseorang dari kami mengumpul kayu api

b)

menanggungnya di atas belakangnya

c)

pastinya lebih baik daripada dia meminta-minta kepada seseorang

d)

lalu orang itu memberi kepadanya atau menolaknya

3.

Berikan maksud petikan hadis di atas.

a)

jika seseorang daripada kamu mengumpul kayu api

b)

menanggungnya di atas belakangnya

c)

pasti lebih baik daripada dia meminta-minta kepada seseorang

d)

lalu orang itu memberi kepadanya atau menolaknya

4.

Pilih padanan yang betul di bawah mengenai pekerjaan para nabi dan rasul.

a)

Nabi Idris / tukang jahit

b)

Nabi Adam / penternak kambing

c)

Nabi Daud / tukang kayu

d)

Nabi Zakaria / Tukang besi

5.

Pernyataan di bawah adalah huraian tentang konsep berdikari KECUALI

a)

Menggunakan potensi diri yang dikurniakan Allah untuk perkara yang bermanfaat.

b)

Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan.

c)

meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu tugas

d)

berazam dengan cita-cita yang tinggi dan berusaha mencapainya samada secara baik atau buruk.

6.

Antara pernyataan di bawah, yang manakah kelebihan berdikari dari sudut pendidikan.

a)

Menjadikan Islam dipandang tinggi kerana umatnya rajin berusaha.

b)

mendapat sumber pendapatan yanh diyakini halal

c)

melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi melalui penerokaan ilmu dan kemahiran.

d)

memperkasakan daya saing masyarakat untuk mempertingkatkan taraf kehidupan.

7.

Pilih pernyataan yang betul tentang maksud ajaran sesat.

a)

Ajaran yang didakwa ajaran Islam iaitu seperti yang terdapat dalam as-Sunnah nabi Muhammad SAW

b)

Ajaran yang mengajak manusia berbuat kebaikan sedangkan ia bercanggah dengan ajaran Islam.

c)

Ajaran yang mencegah perkara ma'ruf dan mengajak kepada perkara mungkar.

d)

Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

8.

Berikut adalah ciri-ciri ajaran sesat dari aspek ibadah KECUALI

a)

Menghalalkan penzinaan atas nama nikah

b)

Ibadah hanya berzikir bagi menggantikan solat

c)

Menolak kewajipan ibadah fardhu

d)

Bersikap taksub kepada guru

9.

Terangkan kesan kepada ekonomi sekiranya ajaran sesat semakin berleluasa di Malaysia ?

a)

Melahirkan individu yang pasif dan malas

b)

Membelanjakan wang pada perkara yang berfaedah

c)

Melemahkan iman dan malas beribadah

d)

Menjatuhkan imej agama

10.

Mendakwa menjadi nabi dan rasul

Mendakwa gurunya imam mahdi

Mendakwa gurunya dapat menebus dosa


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri ajaran sesat dari aspek ..........

a)

Ibadah

b)

Al Quran dan As Sunnah

c)

Akidah

d)

Akhlak

11.

ILMU pengetahuan penting untuk memastikan masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat.

Terangkan Bagaimana ILMU dapat menjauhkan kita dari ajaran yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah ?

a)

Berdoa memohon petunjuk agar sentiasa berada dijalan yang benar

b)

Mencari maklumat dari sumber yang sahih

c)

Mempelajari akidah yang sebenar berdasarkan manhaj ahli sunnah wal jamaah

d)

Memastikan amalan benar-benar mengikut ahli sunnah wal jamaah

12.

"Mencari maklumat dari sumber yang sohih supaya tidak terpengaruh dengan ajaran sesat. "

Pernyataan di atas merujuk kepada cara menjauhi ajaran sesat dari sudut.......

a)

amal

b)

kaji

c)

doa

d)

taubat

13.

Berikan maksud solat sunat dhuha

a)

Solat sunat selepas sub uh

b)

Solat yang dilakukan antara matahari naik selepas syuruk sehingga sebelum gelincir matahari

c)

Solat yang dilakukan pada waktu pagi semasa gerhana matahari atau bulan

d)

Solat sunat dua rakaat yang dilakukan untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah.

14.

Maksud solat sunat gerhana ialah

a)

Solat sunat selepas subuh

b)

Solat yang dilakukan antara matahari naik selepas syuruk sehingga sebelum gelincir matahari

c)

Solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau bulan

d)

Solat sunat untuk memohon sesuatu hajat semasa gerhana matahari atau bulan.

15.

Jelaskan bilakah masuknya waktu dhuha ?

a)

selepas 15 minit waktu syuruk sehingga masuk waktu zohor.

b)

selepas 30 minit waktu syuruk sehingga masuk waktu zohor.

c)

selepas 28 minit waktu syuruk sehingga masuk waktu zohor.

d)

selepas 10 minit waktu syuruk sehingga masuk waktu zohor.

16.

Nyatakan surah yang sunat dibaca pada rakaat pertama dan kedua dalam solat sunat dhuha.

a)

As-Shams dan Ad-Dhuha

b)

As-Shams dan Al-Ikhlas

c)

Ad-Dhuha dan Al-Ikhlas

d)

Al-Kaafirun dan Al-Ikhlas

17.

Antara amalan yang mesti dijauhi ketika fenomena gerhana sedang berlaku ialah

a)

bertakbir memuji kebesaran Allah

b)

melakukan sujud di kaki langit seperti menyembah

c)

melakukan sedekah jariah dengan ikhlas

d)

memperbanyak istighfar memohon keampunan Allah SWT

18.

Berikut adalah pernyataan yang benar tentang solat sunat dhuha KECUALI

a)

mesti dilakukan secara berjemaah

b)

hukumnya menunaikannya ialah sunat muakkad.

c)

boleh ditunaikan 2, 4, 6 atau 8 rakaat.

d)

Dilakukan selepas waktu syuruk sehingga masuk waktu Zohor

19.

Kerajaan Abbasiyyah ialah kerajaan yang memerintah sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah selama 524 tahun.

Berikan nama pengasas kerajaan Abbasiyyah.

a)

Harun Ar-Rashid Bin Muhammad Mahdi

b)

Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Safah

c)

Al-Makmun Bin Harun Ar-Rashid

d)

Abi Jaafar Abdullah Muhammad

20.

Berikut adalah senarai nama khalifah kerajaan Abbasiyyah yang terkenal KECUALI

a)

Abdul Malik Bin Marwan

b)

Abu Jaafar Abdullah Bin Muhammad Ali Al-Mansur

c)

Abu Jaafar Abdullah Al-Makmun Bin Harun Ar-Rashid

d)

Harun Ar-Rashid Bin Muhammad Al-Mahdi

21.

Pilih pernyataan yang benar di bawah tentang sumbang khalifah Abu Jaafar Abdullah Bin Muhammad Al-Mansur

a)

Menghapuskan pemberontakan golongan Syiah & Khawarij

b)

Memindahkan pusat pemerintahan ke Baghdad

c)

Membina kemudahan awam seperti farmasi

d)

Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara

22.

Pilih pernyataan di bawah yang BUKAN faktor perkembangan PENDIDIKAN zaman Kerajaan Abbasiyyah?

a)

Aktiviti penterjemahan ke dalam bahasa Arab

b)

Galakan khalifah

c)

Kemudahan institusi pendidikan

d)

Sumber & pengurusan Baitulmal yang sistematik

23.

Terangkan faktor kemerosotan kerajaan Abbasiyyah dari sudut sosial.

a)

Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran khalifah

b)

campur tangan pegawai bangsa Parsi dalam pemerintahan

c)

Serangan dari tentera luar yang meruntuhkan kekuatan kerajaan

d)

Pedagang luar tidak datang ke Baghdad akibat dari rusuhan dan pemberontakan yang berlaku.

24.

Antara berikut, yang manakah faktor perkembangan kerajaan Abbasiyyah dari sudut pendidikan ?

a)

Layanan yang adil daripada khalifah dengan menghapuskan penindasan.

b)

Kedudukan Baghdad di tengah-tengah laluan membantu perkembangan.

c)

Perkembangan pelbagai bidang ilmu melahirkan ramai sarjana dan ilmuan.

d)

Kebijaksanaan khalifah menjadikan Baghdad sebagai pusat pentadbiran.

25.

Tokoh empat mazhab adalah pengasas kepada empaz mazhab fiqh yang diamalkan oleh masyarakat Islam seluruh dunia.

Di bawah adalah nama penuh pengasas mazhab fiqh KECUALI

a)

An-Nu'man Bin Thabit Al-Kufi

b)

Abu Al-Hassan Al-Karkhi Ibn 'Abidin

c)

Malik Bin Anas Al-Madani

d)

Muhammad Bin Idris As-Syafie

26.

Nyatakan tarikh lahir Imam Malik Bin Anas Al-Madani.

a)

80 Hijrah

b)

93 Hijrah

c)

150 Hijrah

d)

164 Hijrah

27.

AL-IMAM AS-SYAFIE

ABU YUSOF AL-QODHI

HAMMAD BIN KHALID


Nama-nama di atas adalah senarai guru bagi Al-Imam ........

a)

Abu Hanifah

b)

Malik

c)

As-Syafie

d)

Ahmad Bin Hanbal

28.

Berikut merupakan guru tersohor bagi Imam Abu Hanifah KECUALI

a)

Atha' bin Yasar

b)

Amru bin Dinar

c)

Nafi' al-Madani

d)

Hammad bin Abi Sulaiman

29.

Pilih pernyataan yang betul tentang hasil karya Imam As-Syafie di bawah :


i. Ar-Risalah

ii. Al-Faraidh

iii. Al-Umm

iv. Al-Musnad

a)

i, ii dan iii sahaja

b)

i, ii dan iv sahaja

c)

ii, iii dan iv sahaja

d)

i, iii dan iv sahaja

30.

Pilih pernyataan yang betul tentang murid Al-Imam Abu Hanifah di bawah :


i. Abdul Halim Bin Taimiyah

ii. Al-Imam As-Syafie

iii. Abdullah Bin Abdul Hakam

iv. Abdul Rahman Bin Qosim

a)

i, ii dan iii sahaja

b)

ii, iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iv sahaja

d)

i, iii dan iv sahaja

31.

Berikut adalah sifat keperibadian Al-Imam Ahmad Bin Hanbal KECUALI

a)

Sentiasa menuntut ilmu walaupun telah mendapat gelaran imam yang masyhur

b)

kuat melakukan ibadah nawafil

c)

memuliakan majlis pengajian hadis Rasulullah SAW.

d)

sanggup dipenjara kerana mempertahankan akidah

32.

Pilih pernyataan yang BETUL tentang keperibadian Al-Imam Abu Hanifah di bawah.

a)

Tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat dan kedudukan

b)

Mencintai Rasulullah sehingga tidak sanggup menunggang kuda dalam kota Madinah kerana menghormati jasad Rasulullah.

c)

Sanggup berkorban harta demi menuntut ilmu

d)

Sangat pemurah kepada fakir miskin

33.

Pilih pernyataan yang BETUL tentang Al-Imam Malik di bawah :


i. wafat tahun 179 hijrah

ii. lahir pada tahun 150 hijrah

iii. antara gurunya ialah Nafi' Al-Madani

iv. Kuniyah bagi dirinya ialah Abu Abdullah

a)

i, ii dan iii sahaja

b)

i, ii dan iv sahaja

c)

i, iii dan iv sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

34.

Pilih pernyataan yang BETUL tentang Al-Imam As-Syafie di bawah :


i. menulis tiga buah kitab iaitu Ar-Risalah, Al-Umm dan Al-Musnad

ii. mengasaskan mazhab berdasarkan ijma', qias dan istidlal

iii. antara murid yang terkenal ialah Al-Imam Ahmad Bin Hanbal

iv. mazhabnya tersebar di Baghdad dan Mesir

a)

i, ii dan iii sahaja

b)

i, ii dan iv sahaja

c)

i, iii dan iv sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

35.

"Ahmad menziarahi jirannya di hospital dan mendoakan supaya kesihatan jirannya bertambah baik."


Pernyataan di atas merujuk kepada adab menziarahi pesakit daripada aspek....

a)

fizikal

b)

rohani

c)

ibadah

d)

emosi

36.

Pilih pernyataan yang BETUL di bawah tentang adab terhadap orang sakit dari aspek emosi.


i. Membantu mereka yang ingin melakukan ibadah.

ii. Memberikan semangat dan motivasi agar mereka sabar.

iii. Tidak melakukan sesuatu yang boleh mengganggu ketenteraman mereka.

iv. Menyediakan keperluan dan kemudahan asas untuk mereka.

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

iii dan iv sahaja

d)

i dan iv sahaja

37.

Pilih pernyataan yang betul tentang adab terhadap orang sakit dari aspek fizikal.

a)

membantu mereka yang ingin melakukan ibadah

b)

memberikan bantuan kepada mereka dengan ikhlas

c)

menyediakan keperluan dan kemahuan mereka

d)

memberikan semangat dan motivasi kepada mereka

38.

Antara yang berikut manakah hikmah beradab terhadap orang sakit?

a)

Melahirkan rasa takut untuk melakukan kemungkaran.

b)

Menimbulkan rasa bangga dalam diri kerana mampu menjaga kesihatan.

c)

Mengeratkan ukhuwah sesama anngota masyarakat

d)

Dapat menasihati pesakit agar sentiasa menjaga kesihatan.

39.

Pada pandangan anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan ketika menziarahi pesakit di hospital ?

a)

Membawa pelbagai jenis makanan yang banyak dan sedap untuk pesakit.

b)

Menziarahi pesakit secara beramai-ramai bersama kawan- kawan.

c)

Mengajak pesakit berbual tentang pelbagai perkara.

d)

Mendoakan pesakit agar diberi kesabaran dan dipermudahkan urusan.

40.

Berikan maksud orang kurang upaya.

a)

Seseorang yang cacat atau hilang anggota ftubuh badan sejak lahir atau selepasnya.

b)

Seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri secara efektif dalam masyarakat dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera sejak lahir atau selepasnya.

c)

Seseorang yang telah disahkan oleh pegawai perubatan sebagai tidak mempunyai keupayaan mental seperti manusia normal.

d)

Seseorang yang tidak mempunyai keupayaan berfikir dan melihat secara efektif disebabkan kerana kekurangan diri sejak dari lahir atau selepasnya.

41.

Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR tentang aspek adab terhadap orang kurang upaya.

a)

Aspek ibadah

b)

Aspek sosial

c)

Aspek fizikal

d)

Aspek emosi

42.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang adab terhadap orang kurang upaya dari aspek fizikal.


i. Memastikan kemudahan asas disediakan untuk mereka tidak disalahgunakan

ii. Menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadah dengan sempurna.

iii. Tidak mengejek dan menghina mereka

iv. Menyediakan ruang yang sesuai dengan keperluan mereka.

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

iii dan iv sahaja

d)

i dan iv sahaja

43.

Ahmad menyediakan kerusi roda untuk Azmi bergerak ke tandas bagi mengambil wudhuk.


Situasi di atas adalah adab terhadap orang kurang upaya dari aspek....

a)

fizikal

b)

mental

c)

ibadah

d)

jasmani

44.

Pilih pernyataan yang benar tentang hikmah beradab terhadap orang kurang upaya

a)

Menimbulkan rasa dihargai dalam diri orang kurang upaya kerana mendapat perhatian dan keistimewaan

b)

Membantu mereka dengan memberikan tunjuk ajar mengenai urusan ibadat

c)

Memastikan kemudahan asas yang disediakan kepada mereka tidak disalahgunakan

d)

Memberikan layanan dengan penuh kasih sayang terhadap mereka

45.

Lengkapkan maksud wasatiyyah di bawah.

"Pendekatan yang ________________ , _______________ , adil dan cemerlang dalam setiap tindakan.

a)

sederhana , seimbang

b)

sederhana , tawadhu'

c)

tawadhu' , seimbang

d)

seimbang, rendah diri

46.

Berikan maksud keadilan

a)

Meletakkan hak kepada mereka yang berhak

b)

Meletakkan sesuatu sesuai dengan keadaan, masa dan tempat

c)

Meletakkan sesuatu sesuai dengan kawasan, masa dan tempat

d)

Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana, masa dan tempat

47.

Pernyataan di bawah adalah tentang prinsip wasatiyyah dari aspek kesederhanaan KECUALI.

a)

Menunaikan tugas dengan sempurna dan penuh bertanggungjawab

b)

Menunaikan hak kepada mereka yang berhak menerimanya.

c)

Memenuhi syarat dalam menunaikan tugas, mematuhi arahan dan prosedur dalam menjalan kan amanah.

d)

Melaksanakan tugas sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di muka bumi.

48.

Berehat setelah penat bekerja

Menggunakan akal untuk memajukan diri

Melakukan Ibadah dengan ikhlas.


Pernyataan di atas merujuk kepada prinsip wasatiyyah dari aspek......

a)

kesederhaan

b)

keseimbangan

c)

keadilan

d)

kecemerlangan

49.

Lengkapkan pernyataan di bawah.

"Ummatan wasatan ialah menggabungkan unsur jasad dan __________ tanpa mengabaikan mana-mana aspek."

a)

Jasmani

b)

Fizikal

c)

Nurani

d)

Rohani

50.

Pernyataan di bawah ialah tentang hikmah melaksanakan prinsip wasatiyyah KECUALI

a)

Melahirkan masyarakat yang aman damai dan bersatu padu dengan melaksanakan prinsip keadilan

b)

Mewujudkan kestabilan ekonomi dalam masyarakat kerana tiada pembaziran

c)

Meningkatkan tahap pendidikan dalam masyarakat mengikut keperluan negara.

d)

Perkembangan syiar islam akan terbantut kerana tiada sokongan melalui dasar-dasar kerajaan.