wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Penyimpanan Ubat KKBT

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan tempat di mana pesakit seringkali menyimpan ubat mereka KECUALI

a)

Peti sejuk

b)

Kereta

c)

Bilik mandi

d)

Stor farmasi

2.

Penyimpanan ubat dalam peti sejuk boleh menambah jangka hayat ubat dan ubat tahan lebih lama. Adakah pernyataan ini betul?

a)

Betul

b)

Salah

3.

Puan Nazariah menyimpan tablet Paracetamol di dalam peti sejuk setelah membelinya di kedai farmasi berdekatan. Adakah tindakannya wajar?

a)

Tidak

b)

Ya

4.

Mengapa ubat biji tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk? (pilih DUA jawapan)

a)

Ubat menjadi lembap dan mudah hancur

b)

Ubat menjadi kurang sedap

c)

Keberkesanan ubat tidak dijamin

d)

Ubat tidak memberikan apa-apa kesan sampingan

5.

Encik Amir mempunyai penyakit asma. Dia seringkali menyimpan ubat inhaler di dalam kereta. Adakah tindakannya betul?

a)

Betul

b)

Salah

6.

Mengapakah ubat tidak boleh disimpan di dalam kereta? (pilih DUA)

a)

Kerkesanan ubat meningkat

b)

Ubat akan rosak

c)

Ubat mudah dicuri orang

d)

Ubat sedut (inhaler) meruap (evaporasi)

7.

Ubat tidak boleh disimpan di dalam bilik mandi atas faktor berikut KECUALI

a)

Kebersihan

b)

Kawalan harga

c)

Kelembapan

d)

Keselamatan (boleh dicapai oleh kanak-kanak)

8.

Encik Hafizi menyimpan ubat batuk di atas ketuhar kerana senang untuk mengambilnya ketika memasak di dapur. Apakah yang akan terjadi terhadap ubat berkenaan?

a)

Ubat jatuh dalam kuali

b)

Ubat menjadi lebih berkesan

c)

Ubat mudah rosak apabila terdedah pada haba

d)

Ubat hilang

9.

Berikut merupakan cara menyimpan ubat yang betul KECUALI

a)

Simpan ubat dalam bungkusan asal beserta label

b)

Simpan ubat dalam bekas yang sesuai di tempat yang mudah dicari

c)

Asingkan ubat makan dengan ubat untuk kegunaan luar

d)

Simpan ubat di tempat boleh dicapai oleh kanak-kanak

10.

Berikut merupakan bungkusan asal ubat KECUALI

a)

Pillbox

b)

Blister

c)

Botol

d)

Sampul ubat

11.

Apakah contoh ubat kegunaan luar yang perlu diasingkan daripada ubat makan? (pilih DUA)

a)

Krim

b)

Inhaler

c)

Tablet

d)

Losyen

12.

Apakah suhu yang sesuai untuk penyimpanan ubat insulin di dalam peti sejuk?

a)

0 hingga 10°C

b)

-2 hingga 0°C

c)

4 hingga 12°C

d)

2 hingga 8°C

13.

Puan Nasreen telah menerima ubat darah tinggi yang bertarikh luput 10/22. Di rumahnya terdapat ubat sama yang bertarikh luput 12/21. Apakah tindakan yang wajar dilakukannya?

a)

Campurkan kedua2 ubat berkenaan

b)

Buang ubat yang bertarikh luput 12/21

c)

Tidak mencampurkan kedua-duanya dan makan yang luput 12/21 dahulu

d)

Makan ubat yang bertarikh luput 10/22 dahulu

14.

Apakah DUA contoh ubat yang perlu disimpan di dalam bekas legap?

a)

Paracetamol

b)

Chlorpheniramine

c)

GTN

d)

Nifedipine

15.

Asingkan ubat yang telah mengalami perubahan pada ________ (pilih TIGA) bagi mengelakkan daripada terambil ubat yang sudah rosak.

a)

bentuk

b)

harga

c)

warna

d)

bau