NEW
Font size
WorksheetsKATA KERJA 1
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Para tetamu sedang ____________ air mawar kepada pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin.
merenjis
menyimbah
menyembur
menyiram
Wanita itu duduk ____________ seraya bersembang dengan tetamu yang bertandang ke rumahnya di ruang tamu.
berlunjur
bersimpuh
bercangkung
bertinggung
Orang asli itu ____________ beberapa orang penyelidik ke dalam hutan supaya dapat mengumpulkan spesies tumbuhan yang dikehendaki untuk uji kaji mereka.
mengelilingi
memimpin
memandu
membimbing
Ibu ___________ pisau yang tumpul itu supaya dapat menetak ayam itu dengan mudah.
menyisipkan
mengukir
mengasah
mengikis
Cikgu Soh berasa amat marah ketika ____________ beberapa orang murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.
mengawasi
mendapatkan
memperoleh
mendapati
Pendekar itu ____________ keris dari sarungnya lalu merodok perut penjahat itu.
menghunus
menyisip
membawa
menarik
Pemuda yang bertopeng itu ___________ tas tangan seorang wanita yang berdiri di tepi jalan sehingga mengakibatkan wanita itu jatuh di atas jalan raya.
menghentam
menghentak
mencabut
meragut
Harry _____________ bawang besar sambil mengesat air matanya kerana berasa pedih.
membelah
menghiris
menetak
memangkas
Beberapa orang anggota pengakap ___________ khemah sejurus tiba di tapak perkhemahan.
membaiki
menegakkan
mendirikan
membuat
Puan Fatimah _____________ buah kelapa lalu memerah santan untuk memasak kari ayam.
memarut
mengikis
memetik
mengupas
Jing Xuan ______________ kesejukan setelah kehujanan.
menggegarkan
menggoncang
menggigil
menggemparkan
Kaki Jing Wei ___________ kaki meja itu lalu terjelepok di atas lantai. Dia mengerang kesakitan di situ.
terperosok
tersadung
terhentak
terpijak
Semua pejalan kaki lari ________________ ketika hujan mencurah-curah secara tiba-tiba.
bertempiran
bertaburan
berhamburan
bergelimpangan
Pemuda itu _____________ sepatunya sehingga berkilat kerana dia akan menghadiri sesi temu duga di sebuah syarikat pada hari keesokan.
mengesat
menggalas
mengalas
menggilap
Ibu ____________ daging dengan halus untuk membuat inti pau.
mencantas
mencencang
menetak
membelah
