NEW
Font size
WorksheetsKuiz CU2 Penyediaan Bater dan Doh 2
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Apakah bahaya yang disebabkan oleh bakteria Salmonella, E-coli atau Bacillus Cereus?
Bahaya kimia
Bahaya fizikal
Bahaya biologi
Bahaya kritikal
Bagaimanakah cara mengukur cecair seperti susu atau air?
Guna jug penyukat
Guna sudu penyukat
Guna gelas penyukat
Guna mangkuk penyukat
Apakah peralatan yang sesuai untuk mencanai doh?
Pengisar
Penorak
Pengayak
Pengadun
Apakah teknik yang betul dalam penyediaan sugar dough/sugar crust?
Uli
Pukul
Kaup balik
Gaul ramas
Mengapakah doh perlu diuli dengan secukupnya? Supaya...
Doh menjadi berat
Doh menjadi padat
Doh menjadi kenyal
Doh menjadi lembut
Apakah akan terjadi sekiranya kita tidak memakai sarung tangan semasa mengeluarkan loyang panas dari ketuhar?
Luka
Melecur
Berdarah
Menanah
Mengapakah pembungkusan makanan polisterina tidak digalakkan penggunaannya?
Mencederakan manusia.
Menyebarkan bau busuk.
Mencemarkan alam sekitar.
Merosakan makanan yang disimpan.
Apakah teknik penyediaan doh yang menyebabkan ia menjadi keras?
Uli doh terlalu lama.
Canai doh berlapis-lapis..
Rehatkan doh terlalu lama.
Masukkan tepung terlalu sedikit.
Apakah tugas seorang pengurus semasa peringkat proses pengesahan pada Titik kawalan Kritikal (CCP)?
Pantau untuk memastikan bahaya dapat dikawal.
Periksa secara telus dan efektif untuk kawal bahaya.
Buat tindakan pembetulan untuk menentukan had yang kritikal atau kemungkinan melebihi.
Tentukan had kritikal untuk pastikan makanan selamat dan boleh diterima atau sebaliknya.
Kenapakah logo Amalan Pengilangan Baik (GMP) sangat diperlukan oleh pengilang yang mengeluarkan produk berasaskan makanan?
Meningkatkan keyakinan kepada pelanggan terhadap keselamatan makanan.
Memastikan produk dari pengilang adalah bebas dari pencemaran alam sekitar.
Memberi keyakinan kepada pelanggan tentang produk pengilang menggunakan bahan dan ramuan yang halal.
Memberi keyakinan kepada pelanggan tentang produk pengilang dihasilkan secara bersih dan amalan terbaik dalam pembuatannya.
Apakah kegunaan borang kuantiti pengeluaran dalam penyediaan bater dan doh?
Merekodkan tempahan pelanggan.
Membuat anggaran bahan mentah dan kos yang diperlukan.
Menerima pesanan pelanggan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Membuat penghantaran kepada pelanggan mengikut tarikh dan lokasi yang tercatat pada borang.
Apakah perbezaan diantara bater dan doh?
Bater melalui proses gaul dan ramas manakala doh melalui proses pengulian
Bater adalah campuran separa cecair manakala doh merupakan adunan membentuk ketulan pepejal.
Bater adalah campuran tepung dan air sahaja manakala doh campuran tepung bersama air, susu dan santan.
Kaedah memasak bater hanya membakar sahaja manakala doh boleh dimasak secara goreng bakar atau kukus.
Apakah kegunaan peralatan dalam rajah 1 di atas?
.
Alat untuk memotong epal.
Alat untuk mengupas kulit dan membuang biji epal.
Alat untuk membuang tangkal epal
Alat untuk mengeluarkan biji dan bahagian tengah epal.
Apakah langkah kerja selepas kupas kulit ubi keledek semasa menyediakan keledek fritter?
Tos keledek fritter pada kertas tisu untuk sejatkan minyak.
Celup keledek dalam adunan bater.
Potong ubi keledek berbentuk jejari
Gaul keledek fritter dengan gula
Apakah cara masak yang sesuai untuk short curst?
Bakar blind baked
Goreng minyak sedikit
Goreng minyak penuh
Rebus hingga mendidih
Bagaimanakah kaedah memasak hidangan di atas?
Masak menggunakan minyak banyak.
Masak menggunakan haba kering
Masak menggunakan bahan pemberat.
Masak menggunakan cecair menggelegak.
Bagaimanakah cara simpan produk hidangan di atas supaya tahan lebih lama?
Simpan dalam peti sejuk.
Simpan dalam stor kering.
Simpan dalam peti sejuk beku.
Simpan dalam bekas makanan.
Bagaimanakah cara yang sesuai menyimpan lebihan pankek di dalam peti sejuk?
Letak lebihan pankek dalam pinggan.
Bungkus lebihan pankek dalam plastik.
Simpan lebihan pankek dalam bekas bertutup.
Masukkan lebihan pankek ke dalam kertas pembungkusan.
Apakah prosedur untuk memanjangkan jangkahayat produk bater dan doh?
Susun pada rak tinggi.
Bungkus dengan palstik.
Simpan pada suhu yang betul.
Labelkan dengan nama produk.
Susunkan langkah kerja memasak wafel mengikut urutan yang betul.
I. Panas acuan wafel.
II. Tuang adunan secukupnya.
III.Gris dengan sedikit minyak.
IV. Masak selama 5 hingga 6 minit.
I, II, III, IV
I, II, IV, III
I, III, II, IV
I, III, IV, II
