wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Sejarah T4 Bab 8 - 10 KSSM

Total questions: 30

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Pilihan Raya Umum Pertama yang diadakan dianggap penting?

a)

Mengetuai pentadbiran negeri

b)

Merintis kemerdekaan negara

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Menamatkan pemerintahan British

2.

Antara padanan berikut, yang manakah benar tentang syarat menjadi pengundi dan calon dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan?


I. Pemansuhan Sistem Ahli

II. Pemilihan ahli oleh rakyat

III. Pemilihan pemimpin berwibawa

IV. Pemberian kemerdekaan oleh British

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Jadual berikut merujuk kepada kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.


Apakah yang mewakili X?

a)

Menteri Pelajaran

b)

Menteri Pengangkutan

c)

Menteri Pos dan Telekom

d)

Menteri Tanah dan Galian

5.

Apakah yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?

a)

Penolakan terhadap Malayan Union

b)

Pilihan Raya Umum 1955

c)

Ancaman Komunis di Tanah Melayu.

d)

Janji kerajaan British kepada pemimpin tanah Melayu.

6.

Gambar menunjukkan anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


Apakah tujuan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?

a)

Menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

b)

Mempercepatkan kemerdekaan negara

c)

Melantik pegawai pentadbiran kerajaan yang baru.

d)

Membincangkan kedudukan Raja-Raja Melayu.

7.

Berikut merupakan reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


I. Bimbang kedudukan istimewa orang Melayu tergugat

II. Menuntut bahasa Melayu dijadikan Bahasa Melayu

III. Sekolah Venakular diteruskan

IV. Hak masyarakat Serani dipertahankan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Gabungan parti berikut berlaku dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.


Pilihan Raya Umum Pertama

a)

Memilih ahli Pesuruhjaya Perbandaran

b)

Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan

c)

Memilih anggota Jawatankuasa Pilihan Raya

d)

Memilih ahli Suruhanjaya Pilihan Raya

9.

Apakah tujuan pilihan raya tempatan pertama diadakan di Sarawak pada tahun 1956?

a)

Menubuhkan kerajaan baru

b)

Mewujudkan kerjasama dengan British

c)

Persediaan awal ke arah berkerajaan sendiri

d)

Penglibatan penduduk tempatan dalam pentadbiran

10.

Pernyataan berikut berkaitan dengan pilihan raya peringkat negeri.


Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada kemenangan tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya adalah telus

b)

Kerjasama kaum mendapat sokongan

c)

Sokongan rakyat terhadap kemerdekaan

d)

Kewibawaan calon menjadi pilihan utama

11.

Gambar berikut menunjukkan Ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955.


Mengapakah kabinet pertama ini penting kepada negara kita?

a)

Penyatuan parti politik

b)

Menunjukkan kompromi antara kaum

c)

Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu

d)

Pertambahan kuasa Pesuruhjaya Tinggi

12.

Selepas Pilihan Raya 1955, Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) telah dibentuk.


Apakah fungsi majlis tersebut?

a)

Mengetuai pentadbiran negeri

b)

Melaksanakan pungutan cukai

c)

Menggubal undang-undang

d)

Mengambil alih tugas pentadbiran

13.

Senarai di bawah berkaitan dengan tokoh-tokoh parti politik di Tanah Melayu.


- E. E. C. Thuraisingham

- Ahmad Boestaman


Apakah reaksi tokoh-tokoh tersebut terhadap rundingan kemerdekaan negara?

a)

demonstrasi

b)

bekerjasama

c)

Memberi sokongan

d)

Menentang

14.

Perkara 32 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu membincangkan tentang kaedah perlantikan Yang di-Pertuan Agong.


Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik?

a)

Dicalonkan oleh kerajaan negeri

b)

Dipilih oleh Majlis Raja-raja Melayu

c)

Berasaskan sistem warisan

d)

Melalui pilihan raya

15.

Pernyataan berikut merujuk kepada jenis kerakyatan dalam Perjanjian Persekutuan 1957.


Apakah X ?

a)

Jus Soli

b)

Perkenan Raja-Raja Melayu

c)

Naturalisasi

d)

Kelulusan Dewan Undangan Negeri

16.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan kemerdekaan ke London melalui Karachi menaiki kapal laut?

a)

Menjimatkan kos perjalanan

b)

Menjelaskan misi rundingan

c)

Menyusun strategi

d)

Faktor keselamatan

17.

Berikut merupakan wakil Raja-raja Melayu yang menyertai rombongan ke London.


I Dato’ Abdul Razak Hussein

II Dato’ Haji Wahab Abd Aziz

III Encik Abdul Aziz Abdul Majid

IV Dr. Ismail Abdul Rahman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Gambar berikut berkaitan bangunan di Bandar Hilir, Melaka.


Apakah kepentingan bangunan tersebut?

a)

Lambang kedaulatan negara

b)

Memperingati peristiwa kemerdekaan

c)

Tapak warisan UNESCO

d)

Tarikan perlancongan

19.

Manakah antara berikut Terma Rujukan Suruhanjaya Ried?


I Merangka perlembagaan Tanah Melayu

II Menjamin keamanan

III Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu

IV Mewujudkan kerajaan pusat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.


Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Meningkatkan taraf hidup

b)

Rakyat asal Tanah Melayu

c)

Desakan pemimpin

d)

Persetujuan masyarakat pelbagai kaum

21.

“Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, wlaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni”


Petikan ucapan di atas adalah ucapan tokoh tentang makna kemerdekaan. Tokoh yang dImaksudkan ialah

a)

Nelson Mandela

b)

Mahatma Gandhi

c)

Soekarno

d)

Tun Fuad Stephen

22.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)


Penubuhan badan di atas adalah dilakukan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya.


Apakah matlamat penubuhan badan di atas.

a)

Memajukan kawasan tanah baru

b)

Menggalakan kegiatan perdagangan

c)

Memantau kesihatan penduduk

d)

Memberi kemudahan kewangan

23.

Pada awal pagi 31 Ogos 1957, kira kira 20 ribu orang membanjiri stadium merdeka walaupun hari hujan.


Mengapakah rakyat sanggup melakukan perkara tersebut?

a)

Ingin bertemu dengan Ratu Elizabeth II

b)

Mendapat arahan dari pihak kerajaan

c)

Menunjukkan semangat cinta akan negara

d)

Mengurangkan risiko di serang pengganas

24.

Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mentadbir negara.


Antara badan yang terkandung dalam komponen ini ialah


I. Badan Kehakiman

II. Badan Perundangan

III. Badan Pelaksanaan

IV. Badan Pemilihan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Jawatankuasa berikut ditubuhkan bagi menjayakan sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara.


- Jawatankuasa Fizikal

- Jawatankuasa Sambutan


Apakah tanggungjawab Jawatankuasa Sambutan?

a)

Membina Stadium Merdeka

b)

Mencipta lagu kebangsaan

c)

Membuat tempahan bendera

d)

Menonjolkan identiti negara

26.

Berikut merupakan jawatankuasa yang diwujudkan bagi memastikan sambutan kemerdekaan negara berjalan dengan lancar.


I Jawatankuasa Kerja Pusat Merdeka

II Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka

III Jawatankuasa Suruhanjaya Ried

IV Jawatankuasa Sambutan Merdeka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Mengapakah lambang-lambang tersebut penting kepada negara kita?

a)

Jati diri kebangsaan

b)

Perpaduan

c)

Kekuasaan

d)

Identiti negara

28.

Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan selepas upacara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu.


Apakah simbolik tembakan tersebut?

a)

Negara berdaulat

b)

Kekuatan petahanan

c)

Perjuangan kemerdekaan

d)

Kerjasama pelbagai pihak

29.

Maklumat berikut berkaitan institusi yang membangunkan ekonomi negara.


Apakah X?

a)

Majlis Pembangunan Luar Bandar

b)

Bilik Gerakan Kemajuan Negara

c)

Majlis Amanah Rakyat

d)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

30.

Dialog berikut mungkin berlaku selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.


Apakah tindakan kerajaan Persekutuan dalam menjayakan matlamat tersebut?

a)

Penubuhan Jabatan Penerangan

b)

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah

c)

Menyediakan kemudahan kesihatan

d)

Pengukuhan Dasar Kebudayaan Kebangsaan