wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM BAB 6

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah tepat berkaitan writ ?

a)

Bukti yang menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan

b)

Dokumen rasmi untuk meminta defendan menghadirkan diri di mahkamah

c)

Perintah bertulis mahkamah yang menghendaki sesuatu pihak dalam sesuatu tindakan melakukan atau tidak melakukan sesuatu

d)

Mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk memulakan pendakwaan sesuatu kes

2.

Pilih padanan yang PALING TEPAT berkaitan kes sivil merangkumi tindakan undang-undang yang diambil oleh seseorang individu (A) untuk mendakwa orang lain (B) yang telah melanggar hak-haknya.

a)

(A- defendan ) (B- plaintif)

b)

(A- writ) (B-defendan)

c)

(A- plaintif) (B-defendan)

d)

(A- plaintif) (B-writ)

3.

Yang manakah tugas badan kehakiman?

a)

meluluskan undang-undang negara

b)

menggubal undang-undang negara

c)

melaksanakan undang-undang negara

d)

menentukan kesahan undang-undang negara

4.

Yang manakah betul tentang Peguam Negara?

a)

boleh menjadi pendakwa raya di mahkamah

b)

Peguam kepada anggota kabinet kerajaan Persekutuan

c)

dilantik oleh Perdana Menteri dengan persetujuan Kabinet

d)

Peguam kepada kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

5.

Encik K didapati bersalah atas tuduhan membunuh di negeri Sarawak


Pihak yang akan menjadi pengerusi Lembaga Pengampunan bagi mengampunkan kesalahan di atas ialah

a)

Yang diPertua Negeri Sarawak

b)

Yang diPertuan Agong

c)

Ketua Hakim Negara

d)

Ketua Menteri

6.

Yang manakah antara kesalahan berikut dikategorikan sebagai kes jenayah?


i. Meminta ganjaran dan saguhati daripada pelanggan

ii. Menuntut harta warisan daripada kedua-dua ibu bapa

iii. Tidak menyelesaikan bayaran balik pinjaman perumahan

iv. Mencuri maklumat akaun dan peribadi pelanggan melalui internet

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

7.

Perintah mahkamah " habeas corpus " mempunyai hubungan yang rapat dengan kebebasan asasi individu

a)

Kesamarataan antara kaum

b)

Membebaskan seseorang daripada tahanan pihak berkuasa

c)

Kebebasan bergerak

d)

Kebebasan beragama

8.

Yang manakah antara jawatan berikut dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

a)

Ketua Pendaftar Mahkamah

b)

Pesuruhjaya Kehakiman

c)

Hakim Mahkamah Rayuan

d)

Hakim Mahkamah Majistret

9.

"Encik Chong mendapat arahan supaya menghadirkan diri ke mahkamah untuk menjadi saksi ke rompakan yang berlaku di sebuah kedai emas". Yang manakah dokumen yang dimaksudkan dengan penyataan ini.

a)

Afidavit

b)

Sapina

c)

Habeas Corpus

d)

Writ

10.

Yang manakah kuasa pengampunan Yang Di-Pertuan Agong bagi pesalah berikut.

a)

Pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

b)

Pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen Kedah

c)

Pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Syariah Perlis

d)

Pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Borneo

11.

*Prima facie *


Istilah di atas merujuk kepada?

a)

Dokumen yang mewajibkan orang yang disaman hadir di mahkamah

b)

Seseorang dalam tahanan pihak berkuasa dibebaskan

c)

Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah sebagai saksi

d)

Mempunyai bukti-bukti yang kuat untuk membicarakan sesuatu kes

12.

Fungsi utama Biro Bantuan Guaman ialah

a)

A. Memberi bantuan nasihat tuntutan kes sivil

b)

B. Memberi bantuan kewangan kepada golongan miskin

c)

C. Memberi bantuan nasihat guaman kepada pihak yang tidak mahukan khidmat peguam

d)

D. Memberi bantuan nasihat guaman kepada golongan miskin bagi kes sivil atau jenayah

13.

Hakim boleh merujuk kepada prinsip undang-undang mahkamah yang setaraf atau yang lebih tinggi


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

A kebebasan kehakiman

b)

B doktrin duluan kehakiman

c)

C doktrin pengasingan kuasa

d)

D perundangan subsidiari

14.

Antara yang berikut yang manakah merupakan tugas Peguam Negara?


I Menjadi pendakwa raya

II Menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan

III Membentangkan rang undang-undang di Parlimen

IV Menetapkan hukuman dalam kes jenayah

a)

A.I dan II

b)

B. II dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

15.

Antara yang berikut yang manakah merupakan kes-kes sivil mahkamah awam?


I Tuntutan cerai suami isteri

II Tuntutan hutang

III Pemalsuan mata wang

IV Kesalahan pecah amanah

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV