Font size
WorksheetsGeografi Tingkatan 3 Bab 11
Total questions: 20
Worksheet time: 2hrs 40mins
Pilih kenyataan yang benar mengenai konsep kitar semula
Menjual semula bahan sisa pepejal
Memungut sisa pepejal untuk kegunaan peribadi
Menjalankan aktiviti pembakaran sisa pepejal secara terbuka
Memungut dan mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori
Konsep amalan kitar semula merujuk kepada
mengurangkan sisa pepejal
menggunakan barangan secara berulang kali
menghasilkan semula produk sama jenis atau baharu
menggunakan bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan
Antara yang berikut, yang manakah kepentingan amalan kitar semula?
Meningkatkan suhu bumi
Memelihara sumber hutan
Meningkatkan pendapatan
Pencemaran udara meningkat
Apakah kepentingan melaksanakan amalan Hari Tanpa Beg Plastik?
Menjimatkan ruang kawasan pelupusan
Meningkatkan pendapatan syarikat
Mengurangkan sisa sukar dihapus
Mengurangkan aktiviti pembalakan
Pilih kenyataan yang benar mengenai amalan kitar semula di Jerman
Garment Collecting
Mewujudkan tong sampah muzikal
Melaksanakan program Waste 21
Mengunakan konsep Duales System Deutschland GmBH
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan reduce?
Penggunaan semula barangan
Meminimumkan penggunaan barangan
Penggunaan barangan secara maksimum
Amalan mengasingkan barangan mengikut jenis
Apakah negeri pertama yang melaksanakan kempen tanpa beg plastik?
Pahang
Sarawak
Pulau Pinang
Selangor
Negara manakah melaksanakan program pemeliharaan alam sekitar seperti Program Cukai Hijau?
Sweden
Taiwan
Denmark
Jerman
Apakah kategori lampin pakai buang?
Sisa baki
Sisa kitar semula
Sisa pukal
Sisa kebun
Garment Collecting merupakan pemberian kupon rebat oleh H&M apabila pelanggan menyumbang pakaian terpakai.
Antara yang berikut, negara manakah yang dikaitkan dengan amalan kitar semula dalam pernyataan di atas?
Sweden
Belgium
Taiwan
Denmark
Antara yang berikut, manakah amalan reduce (kurangkan) dalam kitar semula?
Surat khabar dijadikan bakul
Menggunakan tuala kecil bagi menggantikan tisu
Tayar terpakai dijadikan pasu tanaman
Membawa beg boleh guna semula semasa membeli barangan
Antara berikut, yang manakah merupakan 2 amalan mengguna semula?
Kitar semula tayar terpakai untuk dijadikan pasu tanaman
Menggunakan kain atau tuala kecil bagi menggaantikan tisu
Membawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan
Mendermakan pakaian yang masih elok kepada mereka yang memerlukan
Apakah beg yang sesuai untuk mengurangkan penggunaan beg plastik?
Beg kertas
Beg sekolah
Beg pakai buang
Beg Biodegradasi
Penduduk digalakkan untuk memilih makanan yang perlu sahaja mengikut kesesuaian untuk mengelakkan pembaziran makanan.
Di atas merupakan salah satu langkah amalan kitar semula di Sweden. Apakah langkah yang dimaksudkan?
Kitar Semula
Guna Semula
Pemulihan Tenaga
Pencegahan sisa
Maklumat di bawah adalah mengenai suatu amalan kitar semula.
Mewajibkan pengilang dan pengimport bertanggungjawab ke atas produk yang dihasilkan.
Antara berikut, negara manakah yang melaksanakan amalan kitar semula di atas?
Taiwan
Sweeden
Jerman
Denmark
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan reuse?
Amalan mengurangkan sisa pepejal
Amalan penggunaan semula barangan secara berulang kali
Amalan mengasingkan barangan mengikut jenisnya
Amalan meminimumkan penggunaan barangan
Nyatakan akta yang digunakan untuk memastikan bahan kitar semula diurus selia dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan di Malaysia.
Akta Pelupusan Sisa
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Akta Agensi Persendirian
Akta Kualiti Alam Sekitar
Penggunaan sesuatu barangan secara maksimum dapat mengelakkan...
pembaziran
kos dijimatkan
pencemaran
masa dijimatkan
Apakah amalan 3R yang dikaitkan dengan aktiviti mengasingkan sisa mengikut kategori tong kitar semula yang disediakan?
Reduce (Kurangkan)
Reuse (Guna semula)
Recycle (Kitar semula)
Rethink (Fikir dahulu)
Amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran apabila sisa diurus dengan sistematik.
Pernyataan di atas dapat dikaitkan dengan ....
kesan-kesan amalan kitar semula
kepentingan amalan kitar semula
usaha-usaha mengatasi kesan pencemaran
implikasi kitar semula
