WorksheetsLesson in Chemistry 2
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Manakah takrifan tindak balas redoks?
Tindak balas yang melibatkan peningkatan dan penurunan berlaku serentak
Tindak balas yang melibatkan penghidratan dan pendehidratan berlaku serentak
Tindakbalas yang melibatkan pembentukan ikatan kovalen tunggal dan ikatan kovalen ganda dua berlaku serentak
Tindak balas yang melibatkan pengoksidaan dan penurunan berlaku serentak
Manakah BUKAN cara untuk menentukan suatu tindak balas redoks?
Terima atau kehilangan proton
Terima atau kehilangan oksigen
Terima atau kehilangan hidrogen
Perubahan nombor pengoksidaan.
Mg + CuSO4 --> MgSO4 + Cu
Berdasarkan persamaan setengah di atas. Manakah pernyataan yang TIDAK benar?
nombor pengoksidaan bagi atom magnesium pada bahan tindak balas ialah +2
nombor pengoksidaan bagi ion kuprum di dalam kuprum(II) sulfat ialah +2
nombor pengoksidaan bagi ion sulfat di dalam magnesium sulfat ialah -2
nombor pengoksidaan bagi atom kuprum pada hasil tindak balas ialah 0
Apakah nama IUPAC bagi bahan yang mempunyai formula ion PbO2?
Plumbum(I) oksida
Plumbum(II) oksida
Plumbum(III) oksida
Plumbum(IV) oksida
Rajah menunjukkan suatu eksperimen mengkaji tindak balas redoks.
Manakah TIDAK benar tentang eksperimen tersebut?
Ion ferum(II) akan ditukarkan kepada ion ferum(III)
Air bromin akan melunturkan warna hijau ferum(II) menjadi tanpa warna
Air bromin adalah agen pengoksidaan
Ion ferum(II) mengalami pengoksidaan
Rajah menunjukkan suatu eksperimen mengkaji perpindahan elektron pada suatu jarak.
Manakah yang benar?
Kalium iodida bertindak sebagai agen penurunan
Elektron mengalir dari elektrod Q ke elektrod P
Kalium dikromat(VI) berasid mengalami pengoksidaan
Kalium iodida ialah anod
Pernyataan manakah yang menunjukkan perbezaan antara propena dan propana
A. peratus karbon per molekul bagi propena lebih tinggi
B. Propana menyahwarnakan warna ungu kalium manganat(VII) tetapi propena tidak
C. Propana menyahwarnakan warna perang air bromin tetapi propena tidak
Rajah di atas ialah formula molekul yang mewakili satu sebatian organik. Apakah nama sebatian organik ini?
A. Etil etanoat
B. Etil metanoat
C. Metil etanoat
D. Metil metanoat
Rajah di atas menunjukkan buah mengandungi sebatian R yang memberikannya bau buah-buahan. Apakah siri homolog bagi sebatian R?
A. Ester
B. Alkena
C. Alkohol
D. Asid karboksilik
Etanol digunakan sebagai pelarut di dalam penyediaan ubat batuk. Antara berikut yang manakah siri homolog bagi etanol?
A. Alkana
B. Alkena
C. Alkohol
D. Asid Karboksilik
Rajah di atas menunjukkan formula struktur bagi suatu sebatian. Apakah nama IUPAC bagi sebatian itu?
A. 2-etilpent-4-ena
B. 2-etilpent-1-ena
C. 2,3-dimetilpent-4-ena
D. 2,4-dimetilpent-1-ena
Alkohol boleh ditukarkan kepada asid karboksilik melalui proses?
A. Penghidratan
B. Pendehidratan
C. Pengoksidaan
D. Penghidrogenan
Rajah di atas menunjukkan formula struktur bagi sebatian karbon J. Antara pernyataan berikut, manakah adalah benar?
A. Formula empirik J ialah C4H8
B. Penghidratan sebatian J menghasilkan butan-1-ol
C. Pembakaran sebatian J menghasilkan karbon dioksida dan air sahaja
D. Nama sebatian J ialah butana
antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan tentang tindak balas endotermik
suhu persekitaran meningkat
tenaga haba dibebaskan kepersekitaran
semua tindak balas adalah berbalik
tindak balas yang menyerap haba daripada persekitaran
Antara berikut yang manakah benar mengenai tindak balas endotermik?
Haba dibebaskan ke persekitaran.
Hasil tindak balas mempunyai tenaga yang lebih rendah berbanding bahan tindak balas.
Suhu larutan campuran menurun.
Tekanan sekeliling meningkat.
suhu awal : 27⁰C
suhu akhir : 45⁰C
Berdasarkan keputusan di atas apakah jenis tindakbalas yang terlibat?
Endotermik
Kondensasi
Eksotermik
Pembakaran
Bahan yang digunakan di dalam pek panas adalah
Kalsium klorida kontang
Kalsium sulfida kontang
Natrium klorida kontang
Natrium sulfida kontang
Letupan bom ialah tindak balas
Eksotermik
Endotermik
Termoset dan termo plastik merupakan sejenis polimer sisntetik yang banyak digunakan dalam kehidupan.Apakan perbezaan antara termoset dan termo plastik?
Termoset boloeh diacu berulangkali
Termoset adalah lebih lembut daripada termo plastik
Termoset adalah legap tetapi termo plastik adalah lutsinar dan berwarna
Beg plastik diperbuat daripada polimer yang dipanggil politena.Di antara berikut yang manakah sifat bagi beg plastik tersebut?
Penebat yang baik
Tidak mudah terbakar
Kekuatan regangan yang tinggi
Terbiodegradasi
Kebanyakan paip sekarang menggunakan polimer polivivnil klorida (PVC).Apakah kelebihan paip ini berbanding paip logam?
Kuat dan keras
Tahan terhadap tekanan tinggi
Tidak mudah patah
Tidak terkakis
Rajah di bawah menunjukkan pinggan yang diperbuat daripada termoset
Resin epoksi
Melamina
barkelit
Perspeks
Ahli sains kini telah mencipta plastik terbiodegradasi.Apakah yang dimaksudkan dengan biodegradasi?
Boleh lebur dengan mudah
Boleh mengalirkan arus elektrik tanpa rintangan
Boleh terurai oleh bakteria kepada bahan yang lebih ringkas
Bahan manakah yang menggumpalkan lateks?
Ammonia
Asid formik
Natrium klorida
Apakah jenis getah sintetik yang digunakan untuk membuat tayar kenderaan?
getah neoprena
getah silikon
Getah stirena-butadiena(SBR)
Namakan proses penyediaan sabun.
Pendehidratan
Pengsulfonan
Saponifikasi
Pempolimeran
Bahan manakah yang lazim digunakan untuk membuat pewarna dan detergen?
Ammonium klorida
Asid fosforik
Natrium klorida
Asid sulfurik
Apakah fungsi utama sabun sebagai agen pencuci?
Melembutkan air
Mengurangkan ketegangan permukaan air
Memendakkan ion magnesium dan ion kalsium
Mengurangkan daya tarikan antara zarah-zarah kotoran
Yang Manakah formula struktur bagi sabun?
Mengapakah detergen lebih berkesan berbanding sabun?
detergen terbiodegradasi tetapi sabun tidak
detergen mengurangkan tegangan permukaan air tetapi sabun tidak
detergen tidak menghasilkan kekat dalam air liat tetapi sabun menghasilkan kekat dalam air liat
detergen larut dalam gris tetapi sabun tidak larut dalam gris
Antara berikut, yang manakah bukan fungsi bahan tambah makanan?
memperbaiki tekstur makanan
mengurangkan kadar pengoksidaan makanan
meningkatkan perisa makanan
meningkatkan kadar pencemaran makanan
Seorang ibu ingin membakar sebiji kek yang manis dan menarik warnannya. Bahan yang manakah perlu ditambah ke dalam kek?
Aspartam dan tartrazina
mononatrium glutamat dan tartrazina
Aspartam dan asid benzoik
mononatrium glutamat dan asid benzoik
Rajah menunjukkan sebuah jug yang mengandungi timun. Bahan tambah makanan manakah yang paling sesuai ditambah untuk memastikan timun tersebut tahan lama?
Penstabil
Perisa
Pengantioksida
Pengawet
Apakah perbezaan lemak dan minyak?
Lemak dalam keadaan cecair dan minyak dalam keadaan pepejal pada suhu bilik
Lemak dalam keadaan pepejal dan minyak dalam keadaan cecair pada suhu bilik
Lemak biasanya ditemui dalam tumbuhan
MInyak ditemui dalam haiwan
Rajah menunjukkan perubahan dalam lumen arteri.
Makanan yang manakah jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan situasi ini?
Mentega Kacang
Buah-buahan
Sayur-sayuran
Biskut Fiber
