wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PELAJARAN 14 : BERIMAN DENGAN QADA' DAN QADAR (28.9.2021)

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud qada' dari segi bahasa?

a)

menjelaskan kadar sesuatu

b)

menyempurnakan sesuatu

c)

ketentuan Allah SWT yang azali terhadap semua makhluk

d)

pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah SWT sejak azali

2.

Beriman kepada qada' dan qadar bermaksud meyakini bahawa

(pilih dua sahaja)

a)

ketentuan Allah SWT yang azali terhadap semua makhluk

b)

semua ketentuan Allah SWT mempunyai hikmah terhadap hambaNya

c)

pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah SWT sejak azali

d)

Allah SWT menentukan setiap perkara yang berlaku kepada makhluk dengan ilmu dan kehendakNya (iradat)

3.

Azali bermaksud

a)

ajal maut

b)

pengakhiran sesuatu perkara

c)

sejak dahulu kala / permulaan zaman

4.

Qadar dari segi istilah ialah

a)

menjelaskan kadar sesuatu

b)

menyempurnakan sesuatu

c)

pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah SWT sejak azali

d)

ketentuan Allah SWT yang azali terhadap semua makhluk

5.

Dalil naqli kewajipan beriman kepada qada' dan qadar

(pilih dua sahaja)

a)

Surah Ali Imran ayat 49

b)

Surah Ali Imran ayat 47

c)

Surah Al-Qamar ayat 47

d)

Surah Al-Qamar ayat 49

6.

Qada' Mubram bermaksud

a)

ketentuan Allah SWT yang tidak berubah dan dilaksanakan mengikut kehendak dan kekuasaannya

b)

ketentuan Allah SWT yang berubah kepada ketentuan lain bersesuaian dengan usaha yang dilakukan oleh hamba

7.

Contoh qada' mubram

(pilih dua sahaja)

a)

bangsa

b)

jantina

c)

kemalangan

d)

gagal dalam ujian

8.

Qada' terbahagi kepada

a)

empat

b)

dua

c)

satu

d)

tiga

9.

Qada' dan Qadar adalah rukun iman yang ke ___________

a)

satu

b)

empat

c)

enam

d)

dua

10.

Tiga asas utama qada' muallaq ialah

(pilih tiga sahaja)

a)

qada' asal

b)

qada' yang berubah

c)

asbab

d)

niat