wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AKHLAK TAHUN 3(ADAB MENZIARAHI ORANG TUA)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

ڤيليه 3 ڤڠرتين اورڠ توا

Pilih 3 pengertian orang tua

a)

اورڠ يڠ لبيه توا دري کيت

Orang yang lebih tua daripada kita

b)

اورڠ يڠ سأوسيا دڠن ايبو باڤ کيت

Orang yang seusia dengan ibu bapa kita

c)

اورڠ يڠ لبيه مودا دري کيت

Orang yang lebih muda dari kita

d)

اورڠ يڠ لبيه توا درڤد ايبو باڤ کيت

Orang yang lebih tua daripada ibu bapa kita

2.

حکوم منزيارهي اورڠ توا اداله __________ يڠ امت دݢالقکن

Hukum menziarahi orang tua adalah __________ yang amat digalakkan

a)

واجب

Wajib

b)

هاروس

Harus

c)

سنة

Sunat

d)

مکروه

Makruh

3.

يڠ ماناکه بوکن ڤڠݢيلن حرمت کڤد اورڠ توا؟

Yang manakah bukan panggilan hormat kepada orang tua?

a)

ابڠ

Abang

b)

اديق

Adik

c)

کاکق

Kakak

d)

مق چيق

Mak cik

4.

اورڠ مودا هاروس مڠحرمتي دان مڽايڠي اورڠ توا

Orang muda harus menghormati dan menyayangi orang tua

a)

بتول

Betul

b)

ساله

Salah

5.

ڤيليه 3 ادب منزيارهي اورڠ توا

Pilih 3 adab menziarahi orang tua

a)

مموتوڠ ڤرچاکڤن اورڠ توا

Memotong percakapan orang tua

b)

تيدق مڽوسهکن اورڠ توا

Tidak menyusahkan orang tua

c)

برسلامن دان منچيوم تاڠن

Bersalaman dan mencium tangan

d)

اخلاص ممبري دان تيدق مڠهارڤکن بالسن

Ikhlas memberi dan tidak mengharapkan balasan

6.

ڤيليه 3 فاءيده برادب کتيک منزيارهي اورڠ توا

Pilih 3 faedah beradab ketika menziarahi orang tua

a)

اورڠ توا براسا سديه

Orang tua berasa sedih

b)

مڠݢمبيراکن هاتي مريک

Menggembirakan hati mereka

c)

دسايڠي دان منداڤت ݢنجرن ڤهالا درڤد الله

Disayangi dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah

d)

مريڠنکن ببن مريک

Meringankan beban mereka

7.

ڤيليه 3 عاقبة تيدق برادب کتيک منزيارهي اورڠ توا

Pilih 3 akibat tidak beradab ketika menziarahi orang tua

a)

دبنچي الله

Dibenci Allah

b)

تيدق د سوکاءي اوليه اورڠ لاءين

Tidak disukai oleh orang lain

c)

اورڠ توا براسا ݢمبيرا

Orang tua berasa gembira

d)

مڠݢوريس ڤراساءن مريک

Mengguris perasaan mereka

8.

. _________ اڤابيلا برتمودڠن اورڠ يڠ لبيه توا کيت مستيله

Apabila bertemu dengan orang yang lebih tua kita mestilah __________

a)

مڠلق

Mengelak

b)

ممبري سلام

Memberi salam

c)

برتڠکر

Bertengkar

d)

برموک ماسم

Bermuka masam

9.

. _________ سماس منزيارهي اورڠ توا کيت هندقله ممباوا

Semasa menziarahi orang tua kita hendaklah membawa __________

a)

بواه تاڠن

Buah tangan

b)

بارڠ ماءينن

Barang mainan

c)

ديري

Diri

d)

سمڤه

Sampah

10.
a)

برادب

Beradab

b)

تيدق برادب

Tidak beradab

11.

Berikut yang manakah ejaan ZIARAH yang betul ?

a)

زياره

b)

زياراه

c)

ذياره

12.

Apabila berjumpa orang yang lebih tua, kita perlu _________.

a)

Mengucapkan "hello"

b)

Memberi salam

c)

Berbuat tidak endah

d)

Menyembah kaki

13.

Apabila memberi sesuatu hadiah atau pemberian kepada orang tua kita perlu ____________.

a)

Riak

b)

Ikhlas

c)

Bangga diri

d)

Takbur

14.

Orang muda harus ___________ dan menyayangi orang tua.

a)

Menghormati

b)

Menzalimi

c)

Membenci

d)

Mengherdik

15.

Apakah faedah mengamalkan adab Menziarahi orang tua?

a)

Mendapat dosa

b)

Mengembirakan hati mereka

c)

Dimurkai oleh Allah

16.

Semasa bercakap dengan orang tua , kita mestilah merendahkan ____________

kita

a)

Suara

b)

Badan

c)

Hati

17.

Apakah panggilan hormat kepada orang tua?

a)

woi

b)

hoi

c)

abang,makcik,nenek dan sebagainya

18.

Gambar tersebut berkaitan dengan _______________________.

a)

Susana Hari Raya

b)

Kenduri Kahwin

c)

Menziarahi orang sakit

d)

Bercuti

19.

Cara mentaati orang tua ialah ;

a)

Menjaga mereka ketika tua dan sakit.

b)

Selalu menziarahi mereka.

c)

Sentiasa meminta wang daripada mereka.

d)

Selalu mendoakan mereka.

20.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengertian orang tua dan orang dewasa?

a)

Lebih tua daripada kita.

b)

Orang yang telah meninggal dunia

c)

Seusia dengan ibu bapa kita.

d)

Lebih tua daripada ibu bapa kita.