Font size
WorksheetsKUIZ KELAB ULUL ALBAB
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Manakah yang penting dalam membina kepimpinan?
Niat menjadi pemimpin yang terkenal
Bersikap seperti ketua di hadapan orang
Muhasabah selalu dan memperbaiki diri
Mahir menguasai dan mengarah orang bawahan
Manakah bicara yang mampu menggalak orang lain melakukan perkara yang baik?
Hadi, kamu tidak tahukah, jika kamu tidak solat nanti Allah murka?
Omar, ustaz kata jika kita selalu berzikir hati kita akan menjadi tenang
Laili, cukuplah makan sedikit sahaja. Bukankah kamu sudah gemuk?
Azmin, saya lihat kamu kurang berzikir, sebab itulah kamu asyik nak marah sahaja
Ibu kamu sedang sibuk di dapur. Kamu memerlukan bantuannya untuk kerja sekolah kamu dengan kadar segera.
Ibu, saya tidak tahu bagaimana hendak buat kerja sekolah ini. Boleh ibu tolong saya dahulu?
Ibu, kerja sekolah ini sangat susah. Bolehkah ibu tolong buatkan sebab cikgu hendak segera
Ibu, izinkan saya bantu ibu kerana saya memerlukan bantuan ibu untuk menyiapkan tugasan yang cikgu beri dengan segera
Kamu ada dua orang adik yang masih kecil dan hampir sebaya. Mereka bergaduh kerana alat permainan. Sila leraikan pergaduhan mereka.
Adik, permainan ini cuma satu. Kita hendaklah kongsi dan main bersama-sama. Jangan bergaduh lagi ya
Adik, jika tidak boleh berkongsi, abang akan buang alat permainan itu supaya kamu tidak bergaduh lagi
Adik, abang ada banyak kerja. Jika tidak boleh berkongsi mainan, abang akan ambil mainan tersebut
Ayah dan ibu membawa kamu sekeluarga makan di restoran. Sila pilih perilaku yang baik.
Melayani adik-adik kecil agar ayah dan ibu merasa selesa dan gembira
Duduk diam dan bermain ‘game’ sahaja serta bersikap tidak ambil peduli
Duduk dan mengusik adik kecil sehingga mereka membuat bising atau menangis
Duduk dan berbual dengan abang atau kakak akan hal peribadi
Bagaimanakah kamu menasihati abang atau kakak yang mempunyai masalah sikap?
Bang long, hari sudah jauh malam. Berhentilah berbual dengan rakan. Ini masa kita berehat.
Kak Ngah, waktu Zohor hampir habis. Itupun nak kena ingatkan selalukah?
Kak Uda, asyik saya sahaja yang sidai kain. Selepas ini, saya tidak akan sidai dan angkat kain kakak lagi
Apakah ciri-ciri sikap tidak mementingkan diri bagi diri pemimpin?
Merendah diri
Istiqomah
Muhasabah diri
Suka membantu orang
Saya akan menyiapkan latihan yang cikgu beri pada siang hari. Manakala pada waktu malam saya akan mengaji dan membaca buku cerita. Setiap hujung minggu saya membantu ayah membersihkan persekitaran rumah. Ini adalah ciri pemimpin yang………
Cerdik
Berdisiplin
Jujur
Penyayang
Konsep tiada manusia yang sempurna. Kamu terlupa menyiapkan kerja yang cikgu beri. Apakah bicara yang paling sesuai kepada cikgu?
Cikgu, saya terlupa hendak buat kerja yang cikgu bagi minggu lepas.
Cikgu, Saya minta maaf. Saya terlupa menyiapkan latihan minggu lepas. Saya akan siapkan segera selepas ini
Cikgu, saya minta maaf. Saya terlupa menyiapkan latihan minggu lepas
Dilantik menjadi ketua kelas menjadi satu cara untuk…..
meningkatkan keyakinan diri sebagai pemimpin kecil
memudahkan kita mengarah rakan-rakan melakukan sesuatu
mendapatkan keistimewaan daripada guru-guru
memperoleh markah yang lebih baik dalam pelajaran
