WorksheetsKATA KERJA 2
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Pesakit yang menghidap penyakit kronik itu telah _____________ pembedahan semalam dan berjaya menyelamatkan nyawanya.
menjalankan
menjalani
berjalan
perjalanan
Sebuah pesawat telah _______________ di Lautan Hindi disebabkan kerosakan enjin yang teruk. Semua penumpang dan anak kapal telah terkorban.
terhempap
terhentak
tersentak
terhempas
Cikgu Soh selalu ____________ kepada semua anak muridnya supaya menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh.
berteriak
bersembang
berpesan
berborak
Kawasan luar rumah Wei Zhe pasti akan dibanjiri setiap kali hujan kerana parit besar di situ telah ______________ dengan sampah sarap.
tersumbat
terselit
terserap
terperap
Pemuda itu tidak akan mencederakan ibunya jika bukan berada dalam keadaan _______________. Dia pasti tertekan dengan perkara tertentu.
tersesak
terdesak
terasak
terhimpit
Air di dalam tempayan itu _______________ tinggi ketika Shao Zhe yang nakal membaling seketul batu ke dalamnya.
merenjis
menyimbah
memercik
menyembur
Zi Rui ____________ pintu bilik guru besar terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk.
mengetuk
mengetip
menghentam
memalu
Cikgu Soh membimbing anak muridnya dengan bersungguh-sungguh supaya mereka dapat ______________ kemahiran tatabahasa yang diajar.
menjajah
mendapatkan
mendapati
menguasai
Beberapa ekor anak ayam ______________ tanah untuk mencari makanan di bawah sebatang pokok.
mencakar
membakar
menggali
mencangkul
Pak Abu duduk _________________ dengan menghulurkan kedua-dua belah kakinya sambil bersandar pada dinding ruang tamu untuk berehat.
bersimpuh
berlutut
berlunjur
bertinggung
Cikgu Lim _________________ murid-murid yang sedang melakukan eksperimen dengan teliti supaya tidak berlakunya kemalangan.
ternampak
mengawasi
menyelak
membelek
Cat lama pada dinding itu perlu _____________ sebelum disapu dengan cat baharu.
diukir
diusir
dikikis
dikesat
Pak Ali _____________ baju hujannya pada sebatang paku di dinding itu setelah tiba di rumahnya.
mengangkut
menyangkut
mengangkat
menganggap
Bayi itu _____________ buah timun dengan lama sebelum menelannya supaya tidak tercekik.
memamah
menjamah
menggonggong
mengunyah
Ronan ____________ kulit buah oren itu setelah dicuci dengan air bersih.
mengalas
menggalas
mengupas
mengulas
