Font size
WorksheetsMASJID DESTINASIKU
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Masjid dari segi bahasa diambil dari perkataan arab ( سَجَدَ ) yang membawa maksud ___________
tempat rukuk
tempat sujud
tempat solat
tempat tinggal
إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ
“Apabila salah seorang di antara kalian masuk masjid, maka shalatlah dua rakaat sebelum duduk.”
Dalil diatas merupakan galakan untuk...
menunaikan hutang
menunaikan solat sunat qabliah
menunaikan solat sunat tahiyatul masjid
menunaikan haji
Di antara yang berikut, manakah merupakan doa yang dianjurkan ketika hendak masuk ke masjid ?
اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِك
اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي،
اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً
Manakah antara berikut adab ketika berada di dalam masjid
memperkatakan sesuatu yang berfaedah
niat kerana Allah
membaca doa اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
semua di atas
Apakah hikmah beradab di dalam masjid?
mengeratkan persaudaraan sesama muslim
melaksanakan ibadah dengan selesa dan khusyuk
menenangkan akal fikiran
semua di atas
Apakah yang perlu dilakukan seorang individu jika membawa gajet ke masjid?.
membuka laman sosial ketika solat
menetapkan ke mod senyap
bermain game sambil berzikir
mendengar khutbah sambil membaca manga
i- niat beriktikaf kerana Allah swt
ii- berehat
iii- diam menghormati jemaah lain yang sedang solat
iv- menunaikan solat atau membaca al-Quran
Masjid boleh dijadikan sebagai tempat berikut, kecuali
Ceramah Agama
Mesyuarat JKKK
Pesta Rakyat
Sambutan Maulidur Rasul
Berikut adalah adab-adab ketika keluar masjid, kecuali..
Melangkah keluar dengan kaki kanan
Berdoa untuk kembali semula ke masjid
Membaca doa keluar masjid
Keluar dengan tenang
Memberi salam kepada orang yang berada di dalam masjid
Niat __________ boleh dilakukan semasa berada di dalam masjid.
Iktikaf
Tahiyatul Masjid
Taaruf
Istiqamah
Antara cara mengimarahkan masjid adalah
Mewujudkan bilik musafir
Mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
Menjadikan masjid sebagai tempat belajar membaca Al-Quran dan tafsir, berzikir dan beriktikaf
Menunaikan solat lima waktu secara berjemaah
Semua di atas adalah TEPAT
Menunaikan solat sunat tahiyatul masjid
Berniat iktikaf
Duduk dengan tertib
Pernyataan di atas merujuk kepada
adab pergi ke masjid
adab masuk ke masjid
adab di dalam masjid
adab keluar masjid
Mengapakah kita tidak digalakkan membawa sesuatu yang berbau ke masjid?
Mencemarkan alam sekitar
Mengganggu ketenteraman
Mengganggu keselesaan
Mencemarkan udara
Amalan beradab di masjid dapat mengeratkan _________ sesama umat Islam.
hubungan
tali
kasih sayang
persaudaraan
Apakah yang akan terjadi sekiranya umat Islam mengabaikan adab di masjid?
Umat Islam akan menjadi terkenal
Umat Islam akan lebih mudah beribadat
Akan lebih disukai oleh masyarakat
Tidak dihormati oleh orang bukan Islam
