NEW
Font size
WorksheetsPENYUNTINGAN
Total questions: 11
Worksheet time: 6mins
Ayat di bawah mengandungi kesalahan sama ada ejaan, imbuhan, tanda bacaan, tatabahasa atau pun penggunaan kata. Pilih jawapan yang tepat.
Minat dan cita-cita merupakan faktur paling dominan yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang.
faktur - faktor
pemilihan - pilihan
paling dominan - dominan
Ayat di bawah mengandungi kesalahan sama ada ejaan, imbuhan, tanda bacaan, tatabahasa atau pun penggunaan kata. Pilih jawapan yang tepat.
Murid sepatutnya telah menetapi matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diingini.
kursus - khusus
menetapi - menetapkan
diingini - diinginkan
Ayat di bawah mengandungi kesalahan sama ada ejaan, imbuhan, tanda bacaan, tatabahasa atau pun penggunaan kata. Pilih jawapan yang tepat.
Penetapan kerjaya penting agar supaya murid mempunyai hala tuju dalam hidup.
hala tuju - halatuju
penetapan- tetapan
agar supaya - agar
Ayat di bawah mengandungi kesalahan sama ada ejaan, imbuhan, tanda bacaan, tatabahasa atau pun penggunaan kata. Pilih jawapan yang tepat.
Perkara ini dapat dikaitkan dengan peribahasa layang-layang terputus tali dan bukan menyesal dengan keputusan yang diambil di kemudian hari.
terputus - putus
bukan - tidak
di - ke
Ayat di bawah mengandungi kesalahan sama ada ejaan, imbuhan, tanda bacaan, tatabahasa atau pun penggunaan kata. Pilih jawapan yang tepat.
Ketika murid berada di tingkatan empat, mereka perlu menentukan aliran yang dipilih, sama ada aliran Sains atau aliran sastera.
menentukan - menentu
sama ada - samada
Sains - sains
Ayat di bawah mengandungi kesalahan sama ada ejaan, imbuhan, tanda bacaan, tatabahasa atau pun penggunaan kata. Pilih jawapan yang tepat.
Murid akan belajar dengan tekunnya untuk menggenggam kejayaan cemerlang bagi semua pakej matapelajaran yang ditawarkan dalam jurusan yang diambil.
matapelajaran - mata pelajaran
menggenggam - mengenggam
ditawarkan - ditawar
Ayat di bawah mengandungi kesalahan sama ada ejaan, imbuhan, tanda bacaan, tatabahasa atau pun penggunaan kata. Pilih jawapan yang tepat.
Kecemerlangan dalam pelajaran membolehkan murid meneruskan persekolahan di menara gading untuk merealisasikan cita-cita mereka.
dalam - di dalam
cita-cita - impian
persekolahan - pengajian
Ayat di bawah mengandungi kesalahan sama ada ejaan, imbuhan, tanda bacaan, tatabahasa atau pun penggunaan kata. Pilih jawapan yang tepat.
Di universiti murid menimba ilmu berdasarkan kerjaya yang diimpikan sama ada untuk menjadi golongan pekerja professional seperti doktor, peguam, pendidik atau sebaliknya.
universiti - Universiti
pekerja - pekeja
professional - profesional
Ayat di bawah mengandungi kesalahan sama ada ejaan, imbuhan, tanda bacaan, tatabahasa atau pun penggunaan kata. Pilih jawapan yang tepat.
Jikalau murid berusaha, sudah pasti mereka akan menggapai kerjaya yang diimpikan sejak dari kecil.
jikalau - jika
sejak dari kecil - sejak kecil
menggapai - mengapai
Ayat di bawah mengandungi kesalahan sama ada ejaan, imbuhan, tanda bacaan, tatabahasa atau pun penggunaan kata. Pilih jawapan yang tepat.
Peribahasa ada menyatakan di mana ada kemahuan, di sini ada jalan.
peribahasa - pribahasa
di mana - dimana
di sini - di situ
Ayat di bawah mengandungi kesalahan sama ada ejaan, imbuhan, tanda bacaan, tatabahasa atau pun penggunaan kata. Pilih jawapan yang tepat.
Faktor minat dan cita-cita merupakan kedua aspek penentu utama kejayaan seseorang.
faktor - faktur
kedua - kedua-dua
kejayaan - kerjaya
