wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Budak yang sombong itu tidak mempunyai ramai kawan di sekolah.

a)

hati emas

b)

hidung tinggi

c)

panjang akal

2.

“Jangan masuk campur dalam urusan orang lain,” nasihat ibu kepada saya.

a)

makan suap

b)

panjang akal

c)

campur tangan

3.

Setelah mendapat tahu yang anaknya telah pulang, Puan Mariam berasa senang.

a)

lapang dada

b)

memerah otak

c)

makan suap

4.

Pegawai polis sedang berikhtiar mengatasi masalah vandalisme di kawasan perumahan itu.

a)

memerah otak

b)

mengorak langkah

c)

cari jalan

5.

Pelawat-pelawat itu membawa barang sebagai hadiah untuk pesakit-pesakit yang ingin mereka ziarahi.

a)

buah tangan

b)

campur tangan

c)

makan suap

6.

Langkah kanan bermaksud ___________________.

a)

melangkah dengan kaki kanan

b)

bernasib baik

c)

seorang yang sopan

7.

Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan, _____________.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti aur dengan tebing

c)

seperti bulan di pagar bintang

d)

bagai pinang dibelah dua

8.

Program Motivasi itu berjalan _____________________ kerana mendapat sokongan semua pihak.

a)

lancar seperti air

b)

besar seperti gajah

c)

lambat seperti siput

9.

Nyatakan peribahasa yang betul berdasarkan maksud yang diberi ini.


Kata sepakat yang dicapai melalui muafakat.

a)

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

b)

Bagai isi dengan kuku.

c)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

10.

Nur Amanina seorang yang __________________________________ kerana walaupun dia seorang yang pandai tetapi sentiasa merendah diri dan suka menolong rakannya dalam pelajaran.

a)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

b)

muafakat membawa berkat

c)

mengikut resmi padi, makin berisi makin menunduk

11.

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah :


Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti lipas kudung

c)

seperti belut pulang ke lumpur

d)

bagai ayam disambar helang

12.

Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

sambil menyelam minum air

d)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

13.

Tokoh murid itu memberitahu rahsia kejayaannya dalam pelajaran ialah dia sentiasa berusaha dengan gigihnya tanpa mengira jemu dan penat

a)

Menatang minyak yang penuh

b)

Dimana ada kemahuan di situ ada jalan

c)

Bertangguh itu pencuri masa

d)

Ke tengah boleh ke tepi pun boleh

14.

kita perlu beradab apabila mewawancara seseorang dan bahasa yang digunakan mestilah bertatasusila serta sopan

a)

Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sesekali

b)

kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

c)

Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa

d)

Daripada pohon dikenal buahnya

15.

Setelah mengharungi pelbagai kepayahan hidup, kini Puan Asiah hidup senang lenang setelah anak-anaknya dewasa dan mempunyai kerjaya tetap

a)

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian

b)

alah bisa tegal biasa

c)

sediakan payung sebelum hujan

d)

Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

16.

'' Jika kamu tidak mahu berhadapan dengan sebarang kesulitan, lebih baik kamu tidak pergi ke kawasan yang berbahaya itu,'' kata Afiq kepada Maria

a)

Karam sambal oleh belacan

b)

Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai

c)

Sudah terhantuk baru tergadah

d)

ikut hati mati, ikut rasa binasa

17.

Seseorang yang berada di negara orang tidak seharusnya bersikap suka menunjuk-nunjuk tetapi hendaklah bersikap baik dengan semua orang

a)

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguap

b)

Duduk sama rendah berdiri sama tinggi

c)

Setinggi bangau terbang, hinggap di belakang juga

d)

Seperti belut pulang ke lumpur

18.

Setelah lebih tiga bulan bekerja di Kilang Eletronik itu, Anna sudah dapat menyesuaikan diri. Kini, segala tugas dapat dilakukan dengan cepat

a)

Alah bisa tegal biasa

b)

Cepat kaki, ringan tangan

c)

Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

d)

Dimana ada kemahuan di situ ada jalan

19.

Minah suka mengumpat dan berprasangka buruk kepada orang lain . Sikap buruknya menyebabkan dia dipecat oleh majikannya

a)

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga

b)

Nasi sudah menjadi bubur

c)

Ingat sebelum kena jimat sebelum habis

d)

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

20.

Kami berasa kecewa apabila tiba di pusat peranginan yang dikatakan indah dan permai. Sebaliknya kami mendapati bahawa pusat peranginan ini hanyalah...................

a)

Karam sambal oleh belacan

b)

omong kosong

c)

Indah khabar daripada rupa

d)

tepuk dada tanya selera