wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PELAJARAN 16 : UNIT 1 - KONSEP MUAMALAT ISLAM

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah hukum muamalat dalam Islam ?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Makruh

2.

Maksud muamalat Islam adalah hukum syarak yang berkaitan dengan ______________________ seperti jual beli, sewaan, simpanan dan sebagainya.

a)

urusan kebajikan

b)

urusan kewangan

c)

urusan kehidupan

3.

Pilih tiga perkara yang benar mengenai muamalat Islam

a)

Mengharamkan riba

b)

Berteraskan keuntungan dan kekayaan

c)

Bersumberkan dalil al Quran dan as Sunnah

d)

Bebas daripada unsur judi dan gharar

4.

Riba ialah

a)

Setiap perkara yang membawa kepada kerosakan

b)

Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga

c)

Kesamaran dalam urusan muamalah yang tidak dibenarkan oleh syarak

d)

Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang

5.

Akad ialah Ijab dan Kabul dalam urusan perniagaan dan kewangan.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Yang manakah bukan rukun akad ?

a)

Pihak yang berakad

b)

Sesuatu yang diakadkan

c)

Tempat untuk berakad

d)

Sighah: Ijab dan Kabul

7.

Yang manakah di bawah bukan syarat bagi pihak yang berakad

a)

Penjual dan pembeli berada di satu tempat tertentu

b)

Penjual dan pembeli mestilah baligh

c)

Penjual dan pembeli mestilah berakal

d)

Penjual dan pembeli mampu memelihara dan mengurus harta

8.

Pilih tiga syarat bagi perkara yang diakadkan

a)

Dapat diserahkan ketika akad

b)

Mestilah berada ketika waktu akad

c)

Kedua dua pihak bebas membuat pilihan

d)

Barang atau perkhidmatan yang diakadkan adalah halal

9.

Skim cepat kaya mengandungi usur judi, riba dan gharar.

Apakah hukum melibatkan diri dengan skim cepat kaya

a)

Harus

b)

Makruh

c)

Sunat

d)

Haram

10.

Judi ialah

a)

Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga

b)

Setiap perkara yang membawa kepada kerosakan

c)

Kesamaran dalam urusan muamalah yang tidak dibenarkan oleh syarak

d)

Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang

11.

Gharar ialah

a)

Setiap perkara yang membawa kepada kerosakan

b)

Kesamaran dalam urusan muamalah yang tidak dibenarkan oleh syarak

c)

Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga

12.

Pilih penyataan yang tidak benar mengenai muamalah konvesional

a)

Berteraskan keuntungan dan kekayaan

b)

Mengamalkan riba

c)

Bebas daripada unsur judi dan gharar

d)

Bersumberkan teori dan pemikiran manusia semata mata

13.

Dharar ialah

a)

Kesamaran dalam urusan muamalah yang tidak dibenarkan oleh syarak

b)

Setiap perkara yang membawa kepada kerosakan

c)

Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang

14.

Surah An-Nisa' ayat 29 menerangkan bahawa Allah SWT melarang memakan harta benda sesama manusia dengan cara yang ....

a)

haram

b)

batil

15.

Apakah maksud akad dari sudut bahasa ?

a)

Ikatan

b)

Pertalian

c)

Perhubungan

16.

1) Menunjukkan keadilan Allah dalam mengatur urusan kehidupan manusia


2) Mengiktiraf pemilikan harta melalui akad yang sah


Penyataan diatas merujuk kepada .......

a)

hikmah muamalah Islam

b)

objektif muamalah Islam

c)

konsep muamalah Islam

d)

matlamat muamalah Islam

17.

Firman Allah SWT : { وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَوا }

Ayat Al-Quran diatas menerangkan .....

a)

Hukum menjalankan muamalah dalam Islam

b)

Jenis jual beli yang diharamkan

c)

Kewajipan melafazkan akad dalam jual beli

18.

Riba' dalam urusan hutang dipanggil...

a)

ربا البيوع

b)

ربا الديون

c)

ربا الفضل

d)

ربا النسيئة

19.

Pilih pembahagian jenis riba' yang betul berdasarkan pendapat Imam Syafie.

a)

ربا الفضل

b)

ربا اليد

c)

ربا البيوع

d)

ربا النسيئة

20.

Amir menjual senjata api kepada pengganas. Perbuatan Amir mempunyai unsur ______________ yang dilarang dalam Islam.

a)

gharar

b)

dharar

c)

riba'

d)

judi