wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ciri gelombang bunyi

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah boleh menghasilkan tenaga bunyi?

a)

Haba

b)

Cahaya

c)

Getaran

d)

Gelombang

2.

Mengapakah tiada kedengaran bunyi di angkasa lepas?

a)

Bunyi dipantulkan di angkasa lepas

b)

Bunyi merambat dengan sangat laju dalam vakum

c)

Bunyi memerlukan medium untuk merambat

d)

Bunyi merambat dengan sangat perlahan di angkasa lepas

3.

Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri gelombang bunyi?


*Pilih lebih dari satu jawapan

a)

boleh dipantul dan diserap

b)

merambat pada kelajuan yang berbeza dalam medium berbeza

c)

bunyi boleh merambat melalui vakum

d)

memerlukan medium untuk perambatan

4.

Rajah menunjukkan satu eksperimen melibatkan loceng elektrik yang diletakkan di dalam bekas loceng. Yang manakah merupakan PEMERHATIAN bagi eksperimen ini?

a)

deringan loceng didengari paling kuat apabila keseluruhan udara di dalam bekas dikeluarkan

b)

deringan loceng tidak kedengaran apabila keadaan di dalam bekas menjadi vakum

c)

deringan loceng menyebabkan bekas bergetar bersamaan dengan frekuensi bunyi

d)

Menghidupkan pam vakum menjadikan deringan loceng menjadi lebih kuat

5.

Antara bahan berikut, yang manakah membantu mengurangkan pantulan bunyi di dalam sebuah bilik?

a)

Langsir tebal

b)

Cermin

c)

Dinding konkrit

d)

Meja kayu

6.

Bunyi merambat paling cepat dalam medium pepejal berbanding dengan cecair dan gas.

a)

BETUL

b)

SALAH

7.

Pilih susunan yang betul bagi kepantasan medium memindahkan bunyi dalam urutan menaik.

a)

Gas, cecair, pepejal

b)

Cecair, gas, pepejal

c)

Pepejal, gas, cecair

d)

Pepejal, cecair, gas

8.

Antara yang berikut, permukaan manakah pemantul bunyi yang baik?

a)

Kain

b)

Kapas

c)

Span

d)

Jubin marmar

9.

Antara bahan berikut, yang manakah membantu mengurangkan pantulan bunyi di dalam sebuah bilik?

a)

cermin

b)

dinding konkrit

c)

langsir yang tebal

d)

kepingan aluminium

10.

Berikut adalah beberapa contoh alatan yang menghasilkan bunyi melalui getaran kecuali

a)
b)
c)
d)
11.

Bunyi adalah satu bentuk tenaga yang dihasilkan oleh

a)

getaran

b)

gelombang

c)

gerakan

d)

gema

12.

Berikut merupakan contoh sumber getaran yang menghasilkan bunyi, KECUALI

a)

Apabila kayu pemukul memukul gong, getaran gong menghasilkan bunyi yang kuat.

b)

Getaran sayap lebah atau nyamuk menghasilkan bunyi yang berdesing.

c)

Gitar menghasilkan bunyi melalui getaran tali.

d)

Nyanyian lagu Getaran Jiwa menyebabkan tulang rusuk bergetar.

13.

Tandakan tiga (3) ciri-ciri gelombang bunyi

a)

Memerlukan medium untuk perambatan

b)

Merambat pada kelajuan yang berbeza di dalam medium yang berbeza

c)

Boleh dipantul dan diserap

d)

Boleh dibiaskan

14.

Dinding pawagam biasanya dilapisi dengan papan lembut yang nipis. Apakah kegunaan papan tersebut?

a)

Untuk menyerap bunyi

b)

Untuk memantulkan bunyi

c)

Untuk sekadar hiasan

d)

Untuk menguatkan bunyi

15.

Permukaan yang _______________ memantulkan bunyi dengan baik

a)

keras dan licin

b)

lembut dan kasar

c)

keras dan kasar

d)

lembut dan licin

16.

Dalam keadaan jirim yang manakah bunyi merambat paling perlahan?

a)
b)
c)
17.

Padankan pemindahan bunyi pada gambar dengan jenis mediumnya yang betul.

a)

Pepejal

b)

Cecair

c)

Gas

18.

Padankan pemindahan bunyi dalam rajah dengan medium yang betul

a)

Pepejal

b)

Cecair

c)

Gas

19.

Berdasarkan gambarajah, kepingan kayu itu ditukarkan dengan kepingan logam diikuti dengan tuala. Permukaan yang manakah penyerap bunyi yang baik? TP3

a)

kayu

b)

logam

c)

tuala

20.

Angkasawan di angkasa lepas boleh mendengar bunyi dengan lebih jelas berbanding Bumi. TP3

a)

BETUL

b)

SALAH

21.

Gelombang bunyi memerlukan medium untuk merambat. TP1

a)

BETUL

b)

SALAH

22.

Bunyi dipindahkan dengan cepat melalui pepejal dan sangat perlahan apabila melalui_______. TP2

a)

cecair

b)

gas