wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 1 (TING.5)

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Manakah badan profesional yang ditubuhkan untuk memajukan profesion perakaunan melalui latihan dan peperiksaan?

a)

Institut Akauntan Malaysia (MIA)

b)

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

c)

Association of Chartered Certified Accountans (ACCA)

d)

Institu Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

2.

Antara berikut, yang manakah komponen kos jualan bagi Klinik YT?

a)

Perolehan

b)

Belian ubat

c)

Caj rawatan

d)

Inventori awal

3.

Joyce Enterprise menetapkan peratus yang sama bagi mengira peruntukan hutang ragu. Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Usaha berterusan

d)

Tempoh perakaunan

4.

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri sebuah aset.

- bersifat tidak tahan lama

- mempunyai tahap kecairan yang tinggi

- tempoh penggunaan kurang dari setahun


Aset manakah yang memenuhi ciri-ciri di atas?

a)

Perabot

b)

Kenderaan

c)

Alatan pejabat

d)

Simpanan tetap

5.

Apakah hasil yang tidak melibatkan penerimaan wang?

a)

Sewa diterima

b)

Komisen diterima

c)

Faedah atas simpanan

d)

Untung atas pelupusan aset

6.

Perniagaan Kereta Alice menjual kereta terpakai bernilai RM 45 000 pada harga RM 54 000 kepada Encik Hong secara kredit.


Apakah kesan urusniaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?

a)

Inventori +45 000, ABT +54 000, Untung bersih +9 000

b)

Inventori +45 000, ABT -54 000, Untung bersih +9 000

c)

Inventori -45 000, ABT +54 000, Untung bersih +9 000

d)

Inventori -45 000, ABT -54 000, Untung bersih -9 000

7.

Apakah item yang dikategorikan sebagai Aset Semasa?

a)

Gadai janji

b)

Gaji prabayar

c)

Komisen belum terima

d)

Sewa belum terperoleh

8.

Miss Jenny telah menerima sekeping dokumen daripada pihak bank untuk memaklumkan bahawa baki akaunnya telah berkurang.


Apakah dokumen yang diterima oleh Miss Jenny?

a)

Slip bank

b)

Nota debit

c)

Penyata bank

d)

Maklumat debit

9.

Antara berikut, manakah dokumen yang melibatkan perekodan urusniaga di sebelah kredit Buku Tunai?

a)

Nota kredit (asal)

b)

Keratan cek

c)

Maklumat kredit

d)

Resit rasmi (asal)

10.

Berapakah jumlah pengeluaran yang dibuat oleh perniagaan ini?

a)

RM 464

b)

RM 736

c)

RM 1200

11.

Apakah Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Kedai Perabot Sin Hong?

a)

Jurnal Am

b)

Jurnal Jualan

c)

Jurnal Belian

d)

Buku Tunai

12.

Apakah urusniaga yang berlaku pada 5 Januari 2005?

a)

Mengeluarkan tunai dari bank untuk kegunaan sendiri

b)

Mengeluarkan tunai dari bank untuk keperluan pejabat

c)

Mengeluarkan tunai dari bank untuk belian barang niaga

d)

Mengeluarkan tunai dari bank untuk belian alatan pejabat

13.

Berikut adalah carta akaun Kedai Baju MeiLin.


Kod Akaun

1000-1999 Aset

2000-2999 Liabiliti

3000-3999 Hasil

4000-4999 Belanja


Akaun manakah yang betul bagi kod 1250?


a)

Gaji

b)

Dividen

c)

Simpanan tetap

d)

Susutnilai alatan pejabat

14.

Apakah Lejar Subsidiari?

a)

Buku yang merekodkan urusniaga secara kredit sahaja

b)

Buku yang merekodkan hasil dan belanja sepanjang tahun

c)

Buku yang mengandungi pelbagai jenis akaun untuk merekod pelbagai urusniaga

d)

Buku yang merekodkan urusniaga yang berkaitan dengan Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar

15.

Aliran dokumen yang berikut berlaku dalam urusniaga secara kredit.


Pesanan belian - Y - Cek - Resit


Apakah Y?

a)

Invois

b)

Bil tunai

c)

Nota debit

d)

Nota kredit

16.

Butiran manakah yang disenaraikan di bahagian debit Imbangan Duga?

a)

Gaji

b)

Dividen

c)

Inventori akhir

d)

Pulangan masuk

17.

Antara butir berikut yang manakah akan mengurangkan nilai kos jualan?

a)

Pulangan masuk

b)

Pulangan keluar

c)

Inventori awal

d)

Inventori akhir

18.

Antara berikut, manakah item yang diambil kira semasa mengira modal kerja?

a)

Perabot

b)

Gadai janji

c)

Sewa belum bayar

d)

Dividen belum terima

19.

Butiran manakah yang tidak dicatat dalam Akaun Kawalan Belum Terima?

a)

Hutang lapuk

b)

Pulangan jualan

c)

Diskaun dibatalkan

d)

Peruntukan hutang ragu

20.

Apakah fungsi Imbangan Duga?

a)

Mengukur prestasi perniagaan

b)

Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan

c)

Menghitung untung atau rugi bersih perniagaan

d)

Menyemak ketepatan catatan lejar yang berasaskan sistem catatan bergu

21.

Apakah maksud hutang lapuk terpulih?

a)

Hutang lapuk dihapuskan

b)

Hutang yang akan dikutip

c)

Hutang yang dikutip semula setelah dihapuskan

d)

Hutang yang dianggarkan tidak dapat dikutip sepanjang tempoh perakaunan

22.

Jenis kesilapan manakah yang tidak akan memberi kesan terhadap keseimbangan Imbangan Duga?

a)

Kesilapan terbalik

b)

Kesilapan menghitung

c)

Kesilapan ketinggalan satu catatan

d)

Kesilapan perekodan di bahagian yang sama

23.

Kesilapan berikut telah dikesan dalam buku perakaunan Jaya Trading.


Belian daripada Haziq RM 2000 telah tersalah catat dalam Akaun Haziqah.


Catatan manakah yang membetulkan kesilapan tersebut?

a)

Dt Haziqah RM 2000

Kt Haziq RM 2000

b)

Dt Haziq RM 2000

Kt Haziqah RM 2000

c)

Dt Haziqah RM 4000

Kt Haziq RM 4000

d)

Dt Haziq RM 4000

Kt Haziq RM 4000

24.

Diskaun diberi sebanyak RM 150 tersalah rekod ke dalam Diskaun diterima.


Apakah jenis kesilapan di atas?

a)

Kesilapan prinsip

b)

Kesilapan komisen

c)

Kesilapan songsang

d)

Kesilapan saling mengimbangi

25.

Sewa dibayar RM 1200 telah direkod sebagai sewa diterima.


Apakah kesan pembetulan kesilapan ke atas untung bersih perniagaan?

a)

Untung bersih berkurang RM 1 200

b)

Untung bersih bertambah RM 1 200

c)

Untung bersih berkurang RM 2 400

d)

Untung bersih bertambah RM 2 400

26.

Maklumat berikut diambil daripada Syarikat TY pada 31 Disember 2020.


Kenderaan (kos) RM 75 000

Susutnilai terkumpul kenderaan RM 22 500


Pada 31 Disember 2020, kenderaan tersebut dijual dengan harga RM 55 000.


Berapakah untung atau rugi atas pelupusan kenderaan?


a)

Rugi atas pelupusan kenderaan RM 2 500

b)

Rugi atas pelupusan kenderaan RM 20 000

c)

Untung atas pelupusan kenderaan RM 2 500

d)

Untung atas pelupusan kenderaan RM 20 000

27.

Untung bersih yang diperoleh daripada Perniagaan Sissy ialah RM 2 900.


Kesilapan berikut telah ditemui selepas pengiraan untung bersih :

i) Kos jualan terlebih rekod sebanyak RM 60.

ii) Kadar bayaran sebanyak RM 300 belum dicatat dalam mana-mana buku.


Berapakah untung bersih selepas kesilapan dibetulkan?

a)

RM 2 540

b)

RM 2 660

c)

RM 3 140

d)

RM 3 260

28.

Antara berikut, manakah yang merupakan nisbah keberuntungan?

a)

Nisbah semasa

b)

Pulangan atas modal

c)

Margin untung bersih

d)

Kadar pusing ganti inventori

29.

Jualan RM 28 000

Kos jualan RM 16 000


Berapakah margin untung kasar?

a)

36.36%

b)

42.86%

c)

57.14%

d)

63.64%

30.

Perabot RM 12 000

Akaun Belum Terima RM 8 000

Overdraf Bank RM 10 500

Inventori RM 14 000

Komisen Belum Terperoleh RM 500


Berapakah nisbah semasa?

a)

3.29 : 1

b)

3.09 : 1

c)

2.14 : 1

d)

2.00 : 1