WorksheetsPB KHAS DBF1123
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Manakah antara yang berikut BUKAN jenis komunikasi rangkaian tanpa wayar
A. Wifi
B.Infrared
C. Bluetooth
D. Fibre optic
Manakah antara berikut BENAR tentang perisian ?
i. Perisian perlu dipasang (install) ke dalam komputer sebelum menggunakannya
ii. Perisian adalah program-program yang dibangunkan untuk membolehkan komputer melakukan semua tugas
iii. Perisian merupakan arahan yang terdapat dalam bentuk program dan mengawal operasi ataupun perjalanan sesuatu komputer
iv. Perisian ialah set arahan terancang dan langkah-langkah yang diperlukan untuk menukar data menjadi maklumat yang membuatkan komputer boleh digunakan
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
Syarikat insurans memerlukan sistem komputer yang boleh memproses maklumat mengenai berjuta-juta pemegang polisi.
Apakah jenis komputer yang paling sesuai digunakan oleh syarikat insurans ?
A. Super komputer
B. Komputer peribadi
C. Komputer midrange
D. Komputer kerangka utama
Apakah kelebihan perisian pemprosesan perkataan kepada pegawai tadbir ?
i. Memasukkan elemen grafik animasi dalam dokumen
ii. Menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip ke dalam cakera
iii. Mencipta dokumen, menyunting, dan mencetak pada masa yang lain
iv. Mencetak teks bersama grafik seperti surat, notis, kertas kerja dan lain-lain
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
Perisian X bekerja dengan pengguna akhir, perkakasan komputer dan perisian aplikasi serta mengendalikan kebanyakan isu teknikal. Berikut merupakan contoh perisian X KECUALI
A. Ubuntu
B. Macintosh
C. Microsoft office
D. Microsoft windows
Rajah 1
Rajah 1 merupakan contoh aplikasi yang digunakan dalam menyimpan data dan maklumat. Aplikasi ini tergolong dalam jenis___________.
A. fail dokumen
B. fail lembaran kerja
C. fail pembentangan
D. fail pangkalan data
Manakah antara berikut BENAR tentang perkakasan komputer ?
i. Perkakasan terbahagi kepada dua iaitu input dan output
ii. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device)
iii. Merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer
iv. Merujuk kepada program dalaman yang membentuk komputer yang lengkap
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
Rajah 2
Berikut adalah elemen yang terdapat pada antara muka pengguna grafik (graphical user interface (GUI)) yang digunakan dalam perisian Microsoft Word 2019 KECUALI
A. Tabs
B. Gallery
C. Toolbars
D. Ribbon systems
Apakah yang dimaksudkan dengan perisian aplikasi ?
A. Perisian pengguna akhir yang tidak boleh dipadam dari peranti
B. Perisian pengguna akhir dan digunakan untuk menyempurnakan pelbagai tugas
C. Perisian pengguna akhir yang boleh digunapakai di satu peranti dan pengguna sahaja
D. Perisian pengguna akhir yang telah siap dipasang pada sesebuah peranti sejak dari awal
Manakah antara berikut merupakan aplikasi tujuan umum yang paling sesuai digunakan oleh seorang kerani akaun dalam memasukkan data jualan harian ?
i. Google Docs
ii. Google Slides
iii. Google Sheets
iv. Google Obvibase
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
Perisian ____________ adalah program tambahan untuk kegunaan peranti seperti telefon pintar dan tablet.
A. sistem
B. aplikasi
C. maklumat
D. mudah alih
Apakah program yang terlibat dalam aplikasi khusus ?
i. Program pengarangan video
ii. Program penyuntingan video
iii. Program grafik persembahan
iv. Program pemprosesan perkataan
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv
Pernyataan 1
Pernyataan 1 merujuk kepada program yang dilaksanakan dalam bidang seni ____________.
A. grafik
B. ilustrasi
C. perfileman
D. pengarangan sesawang
Pernyataan 2
Berdasarkan pernyataan 2, apakah aplikasi yang digunakan oleh Amir ?
A. Apple Apps Store
B. Apple Play Store
C. Google Play
D. Appszoom
Pernyataan 3
Berdasarkan pernyataan 3, apakah suite yang digunakan oleh Rafiq ?
A. Utiliti
B. Mobiliti
C. Khusus
D. Kewangan
Manakah antara berikut merujuk kepada isu privasi utama ?
i. Akses
ii. Ketepatan
iii. Kepadatan
iv. Kepunyaan
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
Apakah fail pelayar web (web browser) yang menyimpan rekod mengenai aktiviti internet pada cakera keras ?
A. Fail sejarah (History files)
B. Fail inkognito (incognito files)
C. Fail rakaman (recording files)
D. Fail laman sesawang (web page files)
Apakah yang dimaksudkan dengan spyware?
A. Program yang merakam aktiviti di internet
B. Program yang merakam dan melaporkan aktiviti individu di internet secara rahsia
C. Program yang menjejaki aktiviti web yang dilakukan oleh satu pihak dalam rangkaian
D. Program yang menyimpan maklumat mengenai aktiviti semasa dan pilihan umum di laman web
_______ merujuk kepada program yang bersembunyi dalam kod HTML laman web atau mesej bergambar dalam emel.
A. Virus
B. Zombies
C. Pepijat web
D. Trojan horse
Penjenayah komputer yang mencipta dan menyebarkan program berniat jahat dikenali sebagai ______________
A. crackers
B. antispies
C. cyber traders
D. pencuri identiti
