Font size
WorksheetsPendidikan moral ting 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara berikut, yang manakah etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi?
Berkomunikasi secara berhemah di talian
Memuat naik sebarang bahan sesuka hati
Tidak menceroboh dan menyebarkan virus
Menyebarkan maklumat palsu
Apakah contoh penggunaan akaun e-mel secara beretika?
Menggunakan e-mel dengan bijak dan berhati-hati
Memberikan maklumat diri yang palsu dalam pendaftaran e-mel
Merahsiakan nama pengguna dan kata laluan
Pilih kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Maklumat diri tidak akan digodam
Serangan pelbagai virus
Menimbulkan fitnah
Memudahkan kerja orang lain
Contoh penggunaan pengiklanan secara beretika ialah
Memburukkan barang dan perkhidmatan orang lain
Mengiklanan barang yang tidak menyalahi undang-undang
Bersikap jujur supaya pengguna tidak berasa tertipu
Menyebarkan maklumat pembeli
Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul untuk sebarang penggunaan dalam talian
betul
salah
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika akan
meningkatkan kualiti pendidikan
menjimatkan kos dan masa
menjana ekonomi
melahirkan generasi celik IT
Antara berikut, yang manakah langkah-langkah menghentikan buli siber?
Mengenali tanda/simbol
Membalas mesej daripada pihak yang tidak dikenali
Mendapatkan bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai
Berkongsi maklumat peribadi sulit melalui internet
Anda dan rakan-rakan sedang menonton sebuah filem terbaharu di pawangan. Sambil menonton, anda telah merakam filem tersebut dengan menggunakan telefon pintar.
Adakah tindakan anda merupakan salah satu pelanggaran hak cipta?
Ya
Tidak
Pilih tips untuk mengelakkan diri daripada penipuan pembelian online
Malu bertanya
Berperasaan gelojoh semasa membeli
Berfikir secara rasional
Menyemak testimoni pelanggan lain sebelum membeli
Apakah kesan ketagihan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi?
Pembaziran masa
Menganggu tugasan harian
Meluaskan ilmu pengetahuan dalam penggunaan teknologi maklumat
Mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran
Berikut merupakan etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi KECUALI?
Tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemiliknya yang asal
Menceroboh dan menyebarkan virus
Tidak menyebarkan maklumat palsu dan diragui
Berikut merupakan karya yang layak mendapat perlindungan harta intelek KECUALI?
Karya sastera
Filem
Surat
Apakah kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika?
Menggugat hubungan sosial
Meningkatkan kualiti pendidikan
Kos yang tinggi
Berikut merupakan contoh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika KECUALI?
Memuat turun dan memuat naik bahan lucah
Penggunaan e-mel
Penggunaan pengiklanan
Berikut merupakan kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika KECUALI?
Terdedah kepada bahan berunsur negatif
Ketagihan penggunaan
Menjamin keselamatan
"Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia"
Definisi di atas merupakan definisi bagi nilai?
Hormat
Hemah tinggi
Baik hati
"Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan"
Definisi di atas merupakan definisi bagi nilai?
Rasional
Harga diri
Kejujuran
"Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup diri dan orang lain"
Definisi di atas merupakan definisi bagi nilai?
Toleransi
Kerjasama
Berdikari
Apakah definisi bagi nilai Harga diri?
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah
Berupaya menjaga maruah diri
Apakah definisi bagi nilai Kasih sayang?
Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua
Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas
Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar
