Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Ema belajar _______ sarung ketupat daripada neneknya.

a)

menenun

b)

menganyam

c)

memilin

d)

menyulam

2.

“Maafkan _______ kerana tidak berjaya mengalahkan lanun itu,” kata Bendahara Ali kepada Sultan.

a)

saya

b)

aku

c)

patik

d)

hamba

3.

Nayeon membeli dua ________ jagung bakar untuk adiknya.

a)

batang

b)

tongkol

c)

buah

d)

biji

4.

“Lia, ________ datang ke majlis hari jadi adik saya minggu depan,” pelawa Yeji.

a)

jemputlah

b)

usahlah

c)

janganlah

d)

silalah

5.

Daniel sangat suka akan sup ________ ikan yang dimasak oleh ibunya.

a)

bebendul

b)

bebawang

c)

berbelang

d)

bebola

6.

Pekerja itu __________ dahan pokok yang menghalang pandangan lalu lintas.

a)

menghiris

b)

mencantas

c)

membelah

d)

menggunting

7.

Lisa rajin mengemas rumah. _______ , dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.

a)

Lantaran itu

b)

Tambahan pula

c)

Malahan

d)

Sedangkan

8.

Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu _________ oleh sorakan penonton.

a)

mundar - mandir

b)

lintang - pukang

c)

hiruk - pikuk

d)

simpang - siur

9.

Ayah membaca se ________ surat khabar sambil mendengar radio.

a)

keping

b)

helai

c)

kajang

d)

naskhah

10.

Kecantikan Mahsuri yang _________ itu menjadi bualan penduduk Langkawi.

a)

bagai pinang dibelah dua

b)

bagai bulan dipagari bintang

c)

bagai cincin dengan permata

d)

bagai bertih digoreng

11.

Murid yang _________ peraturan sekolah itu telah dikenakan tindakan tatatertib.

a)

melanggar

b)

mengikut

c)

menyalahi

d)

membuat

12.

Hubungan persahabatan Ana dan Mila makin _________ sejak mereka berselisih faham.

a)

rapat

b)

renggang

c)

ketat

d)

dekat

13.

_________ majlis penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari Keluarga sekolah kami.

a)

Tatatertib

b)

Tatacara

c)

Tatasusila

d)

Tatahias

14.

Jisung _________ apabila bahunya dicuit dari belakang oleh lelaki yang tidak dikenalinya.

a)

tergamam

b)

tersentak

c)

terdiam

d)

terpukau

15.

Terdapat beberapa ________ pokok buluh di tepi rumah Yuna.

a)

batang

b)

bilah

c)

keping

d)

rumpun