wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SINTAKSIS TINGKATAN 2

Total questions: 47

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

SOALAN 1 - 6: JENIS-JENIS AYAT


Ayah pulang dari Arab Saudi bila?

a)

AYAT TANYA

b)

AYAT SERUAN

c)

AYAT PENYATA

d)

AYAT PERINTAH

2.
Puan Afifah baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata perempuan.

a)
AYAT TANYA
b)
AYAT PERINTAH
c)
AYAT PENYATA
d)
AYAT SERUAN
3.
Ambilkan saya segelas air di atas meja itu.

a)
AYAT TANYA
b)
ATAY SERUAN
c)
AYAT PERINTAH
d)
AYAT PENYATA
4.
Ah, jangan haraplah aku akan ke rumahnya lagi!

a)
AYAT PERINTAH
b)
AYAT SERUAN
c)
AYAT TANYA
d)
AYAT PENYATA
5.
Pasukan Rumah Rajawali telah memenangi acara lompat jauh.

a)
AYAT PERINTAH
b)
AYAT SERUAN
c)
AYAT TANYA
d)
AYAT PENYATA
6.
Harap hadirin bersabar seketika.
a)
AYAT PENYATA
b)
AYAT SERUAN
c)
AYAT PENYATA
d)
AYAT PERINTAH
7.

SOALAN 7 - 14: SUBJEK DAN PREDIKAT


Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah.


Maria masih belum makan.

a)

Maria masih

b)

Belum makan

c)

Maria

d)

Masih belum makan

8.

Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah.


Kenaikan harga minyak menyebabkan permintaan kereta semakin merosot.

a)

Kenaikan harga minyak

b)

Kenaikan harga minyak menyebabkan

c)

Permintaan kereta semakin merosot

9.

Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah.


Lembu Pak Yob meragut rumput di tepi kebun ayah.

a)

Meragut rumput di tepi kebun ayah

b)

Lembu

c)

Lembu Pak Yob meragut

d)

Lembu Pak Yob

10.

Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah.


Pokok di hadapan sekolah itu amat tinggi.

a)

Pokok di hadapan

b)

Pokok di hadapan sekolah itu

c)

Amat tinggi

11.

Kenal pasti predikat bagi ayat di bawah.


Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran itu.

a)

Kami

b)

Kami dilayan dengan mesra

c)

Oleh pekerja restoran itu

d)

Dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran itu.

12.

Kenal pasti predikat bagi ayat di bawah.


Pekerja-pekerja kilang itu didedahkan dengan peralatan moden untuk membuat kerja-kerja di kilang.

a)

Untuk membuat kerja-kerja di kilang

b)

Pekerja-pekerja kilang itu

c)

Didedahkan dengan peralatan moden

d)

Didedahkan dengan peralatan moden untuk membuat kerja-kerja di kilang

13.

Kenal pasti predikat bagi ayat di bawah.


Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di Pulau Redang.

a)

Pada cuti sekolah yang lalu

b)

Kami sekeluarga bercuti

c)

Bercuti di Pulau Redang pada cuti sekolah yang lalu

14.

Kenal pasti predikat bagi ayat di bawah.


Kelajuan kenderaan yang dibenarkan 80 kilometer sejam.

a)

Yang dibenarkan 80 kilometer sejam

b)

80 kilometer sejam

c)

Kelajuan kenderaan

d)

Kelajuan kenderaan yang dibenarkan

15.

SOALAN 15 - 24: POLA AYAT


Kenal pasti pola ayat bagi ayat di bawah.


Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan.

a)

FN+FK

b)

FN+FS

c)

FN+FN

d)

FN+FA

16.

Kenal pasti pola ayat bagi ayat di bawah.


Kura-kura itu merangkak dengan perlahan.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FS

d)

FN+FA

17.

Kenal pasti pola ayat bagi ayat di bawah.


Kereta merah itu untuk abang saya.

a)

FN+FS

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FN

18.

Kenal pasti pola ayat bagi ayat di bawah.


Pelakon lelaki yang popular itu sangat kacak

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

19.

Kenal pasti pola ayat bagi ayat di bawah.


Puan Shikin ketua panitia Bahasa Melayu di SMK Seri Berlian.

a)

FN+FA

b)

FN+FK

c)

FN+FS

d)

FN+FN

20.

Kenal pasti pola ayat bagi ayat di bawah.


Hadiah di atas meja itu sangat cantik.

a)

FN+FA

b)

FN+FK

c)

FN+FS

d)

FN+FN

21.

Kenal pasti pola ayat bagi ayat di bawah.


Lukanya beransur sembuh.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

22.

Kenal pasti pola ayat bagi ayat di bawah.


Kelihatan beberapa orang murid di padang sekolah.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

23.

Kenal pasti pola ayat bagi ayat di bawah.


Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

24.

Kenal pasti pola ayat bagi ayat di bawah.


Baju batik ini untuk ayah saya.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

25.

SOALAN 25 - 29: AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF


Cikgu Aifa memuji Amni.

a)

Amni dipuji oleh Cikgu Aifa.

b)

Amni Cikgu Aifa puji.

26.

Saya memetik sekuntum bunga di halaman rumah Siti.

a)

Sekuntum bunga dipetik oleh saya di halaman rumah Siti.

b)

Sekuntum bunga saya petik di halaman rumah Siti.

27.

Kami menyelesaikan tugas itu bersama-sama.

a)

Tugas itu diselesaikan oleh kami bersama-sama.

b)

Tugas itu kami selesaikan bersama-sama.

28.

Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.

a)

Eksperimen itu telah dijalankan oleh awak dengan baik.

b)

Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik.

29.

Kamu mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran diri.

a)

Kursus itu perlu kamu hadiri untuk meningkatkan kemahiran diri.

b)

Kursus itu perlu dihadiri oleh kamu untuk meningkatkan kemahiran diri.

30.

SOALAN 30 - 34 : AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF


Semua kerja sekolah telah saya siapkan.

a)

Saya telah menyiapkan semua kerja sekolah.

b)

Saya telah siapkan semua kerja sekolah.

31.

Komputer itu telah saya beli untuk adik sebagai hadiah hari jadi.

a)

Saya telah membeli komputer itu sebagai hadiah hari jadi adik.

b)

Saya telah membeli komputer itu untuk adik sebagai hadiah hari jadi.

32.

Rakyat dititahkan oleh baginda supaya bersabar.

a)

Baginda menitahkan rakyat supaya bersabar.

b)

Baginda menitahkan supaya rakyat bersabar.

33.

Surat itu mesti awak serahkan kepada Encik Rosli.

a)

Awak mesti menyerahkan surat itu kepada Encik Rosli.

b)

Awak mesti serahkan surat itu kepada Encik Rosli.

34.

Orang ramai diarahkan oleh beliau supaya beratur.

a)

Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur.

b)

Beliau mengarahkan supaya orang ramai beratur.

35.

SOALAN 35 - 41: MENGGABUNGKAN AYAT TUNGGAL MENJADI AYAT MAJMUK


1. Siti sedang memasak rendang.

2. Hawa sedang memasak rendang.

a)

Siti dan Hawa sedang memasak rendang.

b)

Siti manakala Hawa sedang memasak rendang.

c)

Siti sedang memasak rendang dan Hawa sedang memasak rendang.

36.

1. Cikgu Daud mengemas barnagnya.

2. Cikgu Daud pulang ke rumah.

a)

Cikgu Daud mengemas barangnya tetapi Cikgu Daud pulang ke rumah.

b)

Cikgu Daud mengemas barangnya lalu pulang ke rumah.

c)

Cikgu Daud mengemas barangnya lalu Cikgu Daud pulang ke rumah.

37.

1. Firdaus membaca buku.

2. Firdaus mendengar lagu.

a)

Firdaus membaca buku dan mendengar lagu.

b)

Firdaus membaca buku sambil mendengar lagu.

c)

Firdaus membaca buku sambil Firdausmendengar lagu.

38.

1. Yani makan buah tembikai?

2. Yani makan buah durian?

a)

Yani makan buah tembikai Yani makan buah durian?

b)

Yani makan buah tembikai tetapi durian?

c)

Yani makan buah tembikai atau durian?

39.

1. Masakan ibu sedap.

2. Masakan ibu berkhasiat.

a)

Masakan ibu sedap manakala berkhasiat.

b)

Masakan ibu sedap dan berkhasiat.

c)

Masakan ibu sedap tetapi berkhasiat.

40.

1. Abu tidak hadir ke sekolah.

2. Abu sakit perut.

a)

Abu tidak hadir ke sekolah manakala sakit perut.

b)

Abu tidak hadir ke sekolah dan sakit perut.

c)

Abu tidak hadir ke sekolah kerana sakit perut.

41.

1. Zara mengambil pelocok.

2. Zara memberikan kepada ibunya.

a)

Zara mengambil pelocok lalu memberikan kepada ibunya.

b)

Zara mengambil pelocok manakala Zara memberikan kepada ibunya.

c)

Zara mengambil pelocok dan Zara memberikan kepada ibunya.

42.

SOLAN 42 - 47: MEMBINA AYAT TANYA


Alif yang membeli telefon bimbit tadi.

(a)  

43.

Cara untuk memasang pelindung kalis calar pada telefon bimbit adalah dengan merujuk panduan.

a)

Mengapakah pelindung kalis calar perlu dipasang pada telefon bimbit?

b)

Apakah cara untuk memasang pelindung kalis calar pada telefon bimbit?

c)

Bagaimanakah cara untuk memasang pelindung kalis calar pada telefon bimbit?

44.

Tempat yang dapat membaiki telefon bimbit terletak di hujung jalan itu.

(a)  

45.

Kos untuk membaiki telefon bimbit bergantung pada kerosakan yang dialami oleh telefon itu.

a)

Mengapakah telefon bimbit itu mengalami kerosakan?

b)

Berapakah kos untuk membaiki telefon bimbit?

c)

Berapakah telefon bimbit itu?

46.

Telefon bimbit itu siap dibaiki semalam.

(a)  

47.

Telefon bimbit itu dihantar ke kedai untuk dibaiki.

a)

Mengapakah telefon bimbit itu dihantar ke kedai?

b)

Bilakah telefon bimbit itu dihantar ke kedai?

c)

Bagaimanakah telefon bimbit itu dihantar ke kedai?